15 | He's a Bad Guy (Sad Ending ver)-Chanyeol

61 3 18
                                    

Note:
Ini adalah sedutan daripada ff di acc pertama aku iaitu He's A Bad Guy. Asalnya happy ending tapi kalini aku akan olah jalan cerita dia jadi sad romance dalam versi oneshot.

So happy reading~

AMARAN:
Terdapat part yang kurang menyenangkan bagi sesetengah pembaca. Sekiranya anda berasa tidak senang, jangan baca part ini. Terima kasih.

---

Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi

"KAU MEMANG BETINA TAK GUNA!"

PANG!

Satu tamparan pedas menyinggah tepat pada pipi mungil sang isteri sehingga meninggalkan bekas tapak tangannya yang mula memerah.

Alia jatuh terduduk di atas lantai sambil mengusap pipinya yang berbekas. Tangisan tidak henti membasahi pipinya sehingga menimbulkan riak benci pada wajah lelaki yang digelar suaminya itu.

Atau lebih tepat lagi, raksasa bertopengkan manusia.

"S-saya t-tak s-sengaja...m-maafkan saya..."Alia tersedu-sedu sambil mengusap pipinya.

Rambut gadis itu ditarik dengan kuat sehingga gugur beberapa helaian daripadanya. Alia terus meronta-ronta dalam kesakitan.

Namun, lelaki itu terus tidak mempedulikannya. Malah rambut si isteri itu terus ditarik lalu diseret ke dinding.

Tubuh Alia dihumban ke dinding sehingga menghasilkan bunyi dentuman yang sangat kuat.

"AKU DAH MUAKLAH DENGAN KAU, WANITA BODOH! KAU DAH BUATKAN SEMUA URUSAN KERJA AKU TERGENDALA HARI INI!"jerkah lelaki itu.

Alia terus memeluk erat kaki suaminya sambil mengeluarkan esakan yang semakin kuat.

"Tolonglah Chan...s-saya t-tak sengaja-"

"Mampuslah dengan tak sengaja kau!"bahagian leher baju Alia ditarik lagi lalu diseret ke lantai.

Perut Alia dipijak kuat sehingga gadis itu hampir mengeluarkan isi perutnya.

"T-tolong! Chan! T-tolong!"kata Alia dalam nada suara yang perit.

Dan sekali lagi, lelaki itu langsung tidak mempedulikan rontaannya.

Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi

---

4 Tahun Kemudian,

"Alia..."tutur Chanyeol dengan matanya yang bergenang.

"Lia...Lia...m-maafkan aku Lia..."

Pusara di hadapannya dipandang sepi. Butir mutiara jernih membasahi pipinya sambil buku Yassin dipegang erat.

Bagi Farid Azharin Park, lelaki itu sudah biasa hidup sendiri dengan membesarkan anak tunggal lelakinya hasil perkahwinan bersama arwah isterinya.

oneshots <3Where stories live. Discover now