11 | Violin-Kai

42 7 0
                                    

Angin bertiup dengan tenang sekali. Di suatu sudut di atas sebuah bangunan sekolah, seorang lelaki berkulit tan dan terbelah dagunya sedang khusyuk dengan violinnya.

Alunan irama muzik Baroque yang dimainkan begitu mendamaikan jiwa sehingga menjadi halwa telinga bagi lelaki itu sendiri.

Setiap bait irama dan lagu bergema dan terus menari di angkasa sehingga burung-burung yang terbang berkicauan dengan riang. Beberapa orang pelajar yang berkeliaran di sekeliling bangunan itu tidak mempedulikan bunyi violin tersebut.

Bagi mereka, biarlah lelaki itu sibuk dengan dunianya sendiri.

Sedang lelaki itu terus khusyuk dengan violinnya. Gesekannya terhenti apabila dia perasan akan kewujudan seseorang yang memerhatikannya dari tadi.

"Sini pun kau (y/n),"katanya tanpa mengalihkan pandangan ke arah gadis yang berambut panjang berwarna hitam itu.

Aku hanya terdiam sahaja sambil menundukkan kepala. Bibir digetapkan tanda menahan malu.

"Kenapa kau selalu datang nak tengok aku (y/n)?"tanya lelaki itu.

"Jongin,"tutur aku dengan perlahan.

Pandanganku dialihkan di sekeliling kawasan atas bangunan tersebut. Tidak ada seorang pun di situ.

"Apa kau tengok-tengok kat sana tu?"tanya Jongin lagi.

Aku hanya menunduk.

"S-saya...cuma nak tengok-tengok je. Tak salah kan?"

"Masalahnya kau macam orang yang hilang akal aku tengok,"sindir Jongin dengan sinis.

Aku terus menunjukkan muka marah terhadap lelaki itu lalu memeluk lutut.

"Kau dah kenapa (y/n)?"tanya Jongin.

"Tak ada. By the way, mainlah lagi. Sedap sangat awak main violin tu,"aku tersenyum ke arah Jongin.

Jongin memuncungkan bibirnya lalu terus menggesek tali violin itu. Lagu Perfect dendangan Ed Sheeran dimainkan olehnya dengan penuh khusyuk.


I found a love for me

Darling, just dive right in

And follow my lead

Well, I found a girl, beautiful and sweet

I never knew you were the someone waiting for me

'Cause we were just kids when we fell in love

Not knowing what it was

I will not give you up this time

Darling, just kiss me slow, your heart is all I own

And in your eyes, you're holding mine

Baby, I'm dancing in the dark with you between my arms

Barefoot on the grass, we're listenin' to our favorite song

When you said you looked a mess, I whispered underneath my breath

But you heard it, darling, you look perfect tonight

Gesekan itu berakhir dengan senyuman yang diberikan olehnya kepadaku. Senyuman yang begitu manis.

"This song is for you (y/n),"kata Jongin sambil tersenyum.

Aku tersenyum dengan lebar sambil menunduk. Aku dapat merasakan wajahku semakin membahang dan pipiku semakin merah apabila Jongin terus menatap wajahku dengan lembut.

"Aku tak pandai nak luahkan dengan perkataan, tapi aku hanya dapat luahkan perasaan aku kepada kau hanya dengan instrument. Kau kena tau yang aku sukakan kau,"senyuman manis diberikan kepadaku.

Aku terus tersenyum lalu menundukkan kepala ke bawah sambil jemariku bertaut sesama sendiri.

"From your face, I know that you love me,"kata Jongin sambil tersenyum.

Aku menatap wajahnya dan terus tersenyum dengan manis. Tiba-tiba sahaja Jongin meraih jemariku lalu mengucupnya dengan lembut.

"Dangsin-eun sojunghabnida (You are precious),"bisiknya lalu mengucup jemariku dengan lembut.









oneshots <3Where stories live. Discover now