"Appa! Bangun! Bangun!"jerit Noah sambil menggoyangkan tubuh Chanyeol dengan segala kudrat yang ada.
Anak kecil itu cuba menolak tubuh sasa ayahnya yang asyik tidur secara mengiring ke kanan sehingga manik peluh mula merenik pada dahinya.
Kasihan sungguh anak kecil itu.
"Appa! Bangun! Kata nak jalan-jalan..."Noah memuncungkan bibirnya sambil berpeluk tubuh, merajuk kerana ayahnya masih terlena dibuai mimpi lagi.
Zzzz...
Bunyi dengkuran yang keluar daripada mulut sang ayah membuatkan Noah mendengus geram. Lantas, tubuh Chanyeol ditolak dengan kasar sehingga lelaki dewasa itu menjerit kecil apabila dia hampir sahaja terjatuh dari katil.
"OMMA!"jerit Chanyeol dengan kuat.
Alia yang baru sahaja memasakkan sarapan untuk mereka sekeluarga pada pagi itu terus bergegas masuk ke dalam bilik tidur tersebut.
Matanya membulat tatkala melihat Chanyeol yang baru sahaja terjatuh dari katil. Noah pula sibuk mentertawakan ayahnya sambil memegang perutnya.
"Ya Allah...Noah! Apa Noah buat dengan appa sampai jatuh dari katil ni?"soal Alia dengan risau.
"Appa ni yang tak nak bangun, omma! Appa janji nak bawa jalan-jalan harini, tapi dia tidur pula,"Noah memandang Chanyeol sambil memuncungkan bibirnya.
Mendengar sahaja kata-kata daripada anak sulungnya itu, Alia tersenyum geli hati. Anaknya itu memang seorang yang sangat jujur dan tidak pernah lupa terhadap setiap perkara yang sudah dijanjikan oleh kedua ibu bapanya.
"Aduss...sakit..."gumam Chanyeol sambil mengusap belakang kepalanya dengan perlahan.
Lelaki itu bangun lalu memandang Noah dengan wajah garangnya. Sementara itu, Noah terus terdiam sambil menundukkan kepalanya ke bawah.
"Sorry appa..."gumam Noah dengan suara yang mengendur.
Dari wajah yang amat dingin, perlahan-lahan sahaja Chanyeol mengukirkan senyuman pada bibirnya. Tubuh kecil Noah dibawa ke dalam pelukan.
"Alololo...keshian anak appa ni! Nak jalan-jalan ea? Kejap kio, appa mau bersiap sikijap,"Chanyeol terus mengucup pipi kanan Noah lalu bangun dari katil.
Alia terkejut apabila mendengar jawapan daripada suaminya itu.
Sejak bila suami Korea aku ni pandai cakap slang Sabah?
"Awak nak mandi dulu? Ke nak sarapan?"tanya Alia sebaik sahaja dia keluar dari bilik itu bersama Chanyeol.
"Mestilah saya nak mandi, sayang oi. Takkanlah saya tak nak mandi...nanti busuk, awak kan tak suka kalau saya busuk,"kata Chanyeol sambil mencuit pucuk hidung isterinya.
Alia memuncungkan bibirnya lalu memandang ke arah pintu bilik tidur mereka yang masih terbuka. Ketika itu, Noah sedang sibuk menonton rancangan kartun kegemarannya di Ipad milik Chanyeol. Aurora pula masih melelapkan matanya di atas katil yang dikongsi oleh mereka berempat
"Aiee, kat sini juga kan awak nak bermanja? Kalau si Noah dengan si Aurora tu nampak kita bersweet sakan ni macam mana?"tanya Alia dengan bengang.
"Kalau diorang nampak, baguslah. At least diorang tau yang mak bapa diorang ni sweet orangnya,"kata Chanyeol sambil tersenyum.
Alia membalas senyuman suaminya lalu menyambung semula pekerjaannya yang tergendala sebentar tadi.
~~~
Setelah siap bersarapan, seisi keluarga Park tersebut terus menyiapkan diri sebelum keluar untuk bersiar-siar.
YOU ARE READING
oneshots <3
Fanfiction[First Book:Malay Ver.] Just some oneshots because I'm bored. Some are fluffy, some are too romantic, some are a little bit mature and some are too funny as heck. EXO imagines ❤ Fluff and Romance.Hope you guys like it! ❤ (discontinued)