10 | You Are My Last Kiss-Chanyeol

76 5 4
                                    

Panas hati ni. Panas!

Scene Chanyeol bercium dengan Yuan Shanshan dalam movie 'So I Married An Anti Fan' membuatkan aku terasa ingin menangis. Sungguh teganya engkau melakukan sebegini terhadapku Chanyeol. Huhu...

Sambil aku melihat scene itu dengan muka yang beku dan hati yang membara, kehadiran Chanyeol di belakang tidak disedari oleh aku sehingga membuatkan lelaki itu menahan senyum.

"Anjir,"carutku sambil mengepal-ngepalkan penumbukku.

Mahu sahaja aku menumbuk pelakon wanita itu yang telah mencuri ciuman pertama pada suamiku itu. Nak harapkan cantik, muka aku lagi cantik lah wei.

Nak harapkan seksi, aku pun boleh jadi seksi kalau kau nak Yeol. Heh.

"Kenapa kau curi first kiss suami aku hanat?"gumamku lagi sambil menggigit bawah bibir.

"Sayang,"suara garau lelaki itu menerpa koklea.

Aku segera berpaling lalu menayangkan senyuman palsuku ke arahnya.

"Oh, hai...er, kenapa ni? Ada masalah ke? Ke abang nak duduk sama-sama?"tanyaku bertubi-tubi semakin menahan kemarahan yang membuak-buak.

"Erm, takdelah,"pandangan mata Chanyeol bertumpu ke arah tempat duduk yang kosong di sebelahku.

"Boleh abang duduk?"tanyanya lagi.

"B-boleh! Boleh! Duduk je lah takde siapa yang marah pun,"aku memalingkan semula pandangan mataku ke arah kaca televisyen itu.

Ya, scene itu dah tukar beb.

"Apa yang awak tengok tadi tu sampai mencarut bagai?"tanya Chanyeol sambil memeluk bahuku.

"Takde...scene awak bercium dengan pelakon tu je. Kenapa?"

Senyuman sinis diukir pada bibir mungilnya.

"Marahkan saya lagi?"tanya si suami.

"Kenapa?"

"Yelah. Kan Yuan Shanshan dah curi first kiss saya. Of course awak sedih kan? Semua EXO-L yang nak kahwin dengan saya semua nak curi first kiss saya tapi dia yang dapat,"kepalanya dilabuhkan pada bahuku.

Aku mengeluh.

Sedih juga menjadi EXO-L kadang-kadang. Sedih kerana kita hanya mampu menjadi Tinkerbell kepada Peter Pan kita.

"I'm just your Tinkerbell,"kataku dengan mata yang terpejam.

"But you are now my Wendy,"balasnya lagi.

Tetapi entah mengapa perasaan cemburu ini tetap bersarang dalam hati. Biarpun aku seorang EXO-L yang sudah mencapai cita-cita untuk berkahwin dengan ultimate biasku sendiri, aku tetap merasa seperti ada sesuatu yang kurang.

Ciuman daripadanya.

Itu yang aku dambakan. Belaian kasih sayang dan kucupan daripada bibir mungilnya yang aku mahukan sekarang.

Aku mahu tahu sejauh mana dia cintakan aku memandangkan dia juga ingin berkahwin dengan EXO-L seperti aku dan rakan-rakanku yang lain.

"Chanyeol..."panggilku sambil menahan sebak.

Pandangan matanya menatap aku dengan lembut.

"Kenapa hidup ni tak adil? Kenapa saya tak dapat apa yang saya nak?"aku memandangnya dengan mata yang berkaca.

"Apa yang awak nak (y/n)?"

Bibir bawah digetap dengan erat sambil mataku semakin berkaca. Chanyeol mula risau dengan perubahan ekspresi wajahku.

"A-awak okay?"tanya Chanyeol lagi.

Aku menggeleng lalu menghela nafasku sebentar. Hidungku sudah mula menampakkan warna merah jambu pada hujungnya dan pipiku sudah mula kemerahan.

Itu yang akan terjadi sekiranya aku menangis.

"Kenapa saya tak dapat first kiss daripada awak selama ni? Kenapa rasa cemburu tu selalu ada sampaikan saya rasa diri ni tak berguna langsung? Kenapa awak pilih untuk berkahwin dengan saya sedangkan saya ni...biasa-biasa saja?"

Chanyeol menunjukkan senyuman simpatinya terhadapku.

"Let me explain to you first. Satu, saya kahwin dengan awak sebab..."

Rambut suteraku yang disanggul dilepaskan sehingga mencecah paras dada.

"Cita-cita saya adalah untuk berkahwin dengan peminat saya sendiri,"hujung rambutku dikucup lembut olehnya.

"Dua, saya sayangkan awak,"gumamnya perlahan lalu mengucup kepalaku.

"Tiga, awak special daripada yang lain dan kita ada music taste yang sama,"dahiku dikucup lagi.

Aku masih mengalihkan pandanganku ke tempat lain apabila Chanyeol menggerakkan daguku.

"Look at me,"katanya dengan suara yang begitu husky dan deep sehingga membuatkan jantungku berdegup kencang.

Pandangan matanya yang begitu intimate dan misteri itu membuatkan imanku hampir goyah. Mahu sahaja aku menjerit kerana diperlakukan oleh bias a. k. a suami aku sendiri.

"I know you're very sad because my first kiss was stolen by the actress but I want you to know something,"katanya.

"What is that?"tanyaku sambil membiarkan Chanyeol menyelitkan helaian rambutku ke belakang.

"You are perfect,"pipiku dikucupnya lagi.

Kali ini pandangan kami bertemu. Aku dapat merasakan nafas hangatnya menerpa pada kulit wajahku.

"And you are my last kiss forever."

Jemari kami semakin bertaut.

"Saranghae (y/n),"bibir mungil Chanyeol bertaut pada bibirku.

Aku tersentak apabila bibirku disentuh oleh bibirnya. Pada mulanya aku tidak membalas dan membiarkan sahaja sambil air mata terus membasahi pipi.

Namun apabila Chanyeol semakin menekan ciumannya pada bibirku, aku membalasnya dengan memejamkan mata sambil tangan melingkar pada lehernya.

Aku dapat merasakan dia tersenyum pada ketika itu.

Kucupannya begitu lama sehingga aku memeluk tubuhnya dengan lebih erat.

Chanyeol melepaskan bibirnya lalu memandang aku dengan pandangan yang sangat lembut sekali lagi.

Tiba-tiba sahaja aku menangis.

"Janganlah nangis sayang,"Chanyeol tertawa sambil jemarinya mengesat air mataku.

Aku memeluk tubuhnya dengan erat lagi sambil membiarkan helaian rambut menutupi wajahku.

"A-awak ni...kenapa romantik sangat? Kita nak nangislah..."dada bidangnya kupukul manja.

Chanyeol hanya tersenyum. Rambut dan leherku diciumnya.

"You are too precious (y/n),"bisiknya pada telinga lalu mengucup tepi dahiku lagi.

oneshots <3Where stories live. Discover now