Hari pertama di sekolah baharu ini begitu mencabar bagiku. Bukan nak cakap apa tapi aku tak ada sesiapa di sini.
Tidak ada seorang pun yang aku kenal.
Kerani wanita yang membawa aku ke sebuah kelas itu terus mengetuk pintu. Kedengaran tombol dipulas lalu menampakkan wajah seorang gadis yang tersenyum melihatku.
"Pelajar baru ke ni?"tanya pelajar itu kepadaku.
"Ya, kamu bagitaulah dekat cikgu. Bawa dia masuk,"kerani itu memegang lenganku lalu menyuruh pelajar itu untuk membukakan pintu kepadaku.
Pintu terkuak luas lalu menampakkan ramai pelajar dan seorang guru yang mengalihkan pandangan mereka ke arahku. Aku lihat beberapa orang pelajar lelaki sibuk bersiul nakal ke arahku dan ada juga yang berbisik-bisik sambil melemparkan pandangan yang sombong ke arahku.
"Seperti yang kita maklum, kita akan ada pelajar baru yang akan belajar di dalam kelas ini. Perkenalkan diri kamu dahulu,"kata guru itu.
"Annyeong, saya (y/n). Mohon beri tunjuk ajar,"kataku sambil menunduk.
"(y/n)? Sounds cliche..."sindir seorang lelaki yang berwajah kucing dan berkulit gelap itu.
"Diam kau!"seorang lelaki berkulit pucat yang aku yakini itu ialah rakannya mendecit kasar sambil menyiku kuat lengan lelaki itu.
"Tao, jangan cakap benda yang tak patut dekat pelajar baru ni!"tegur guru itu kepada lelaki yang berkulit gelap itu.
"Apalah...buu~"pelajar lelaki yang bertelinga capang terus mengebu kawannya.
"Park Chanyeol!"
Lelaki itu terdiam lalu bertukar menjadi kecut seperti tikus.
"Kamu boleh duduk di sebelah Tao."
Tao membulatkan matanya. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh guru itu apabila mendengar sahaja yang aku akan duduk di sebelahnya.
Semua pelajar memandang Tao dengan pandangan yang nakal.
"Wuu, Tao ada cewek baru!"Chanyeol menahan tawanya.
"Fuiyoo~"
"Phewwit!"
Pelbagai siulan dan decitan nakal dilontarkan ke arah Tao sehingga membuatkan lelaki itu menghentakkan tangannya di atas meja.
"Diamlah! Malas aku nak layan korang semua,"kata Tao tanpa mengetahui guru yang mengajar di hadapan sedang memerhatikannya dengan pandangan yang serba tajam.
"Huang Zi Tao..."kata guru itu sambil tersenyum sinis.
Tao menggulingkan matanya lalu bersandar semula pada kerusi itu. Chanyeol mentertawakannya sehingga bahu lelaki itu dipukul kuat.
"Diam kau bengong,"gumamnya.
Aku memerhatikan lelaki itu lalu menyambung semula tugasan yang diberikan oleh cikgu di hadapan.
Setelah selesai sesi persekolahan, aku berjalan seorang diri sambil membawa beg pada bahu. Langkah diatur menuju ke perhentian bas sehinggalah aku terperasan seseorang mengejarku dari belakang.
"(y/n)! (y/n)!"
Aku menoleh dan memandang Tao yang sedang berlari dengan pantas sekali.
Kemudian, langkahnya terhenti sehinggalah dirinya tercungap-cungap mencari nafas yang telah hilang.
"Awak okay?"tanyaku kepadanya.
Tao mendongak lalu mengangguk.
"Temankan aku pulang jom. Rumah kau dekat mana?"tanya Tao lagi.
"Myeongdong,"balasku sepatah.
"Myeongdong? Eh, rumah aku pun dekat Myeongdong jugalah!"matanya membundar perlahan-lahan.
Aku perasan satu senyuman meleret pada tepi bibirnya. Senyuman yang begitu manis sekali.
"Bolehlah kita jalan pulang sama-sama kan?"
Aku terdiam membisu. Lidahku kelu. Aku tidak tahu apa yang harus kukatakan kecuali memandangnya dengan pandangan yang mengejut.
"Kenapa? Takut ke? Ke kau ingat aku ni nak makan kau?"
Bahu Tao kutepuk dengan kuat tetapi lelaki itu hanya tertawa sahaja.
"Dah, dah...jom balik sama-sama,"Tao berjalan mendahuluiku sambil menyeluk kedua belah tangannya ke dalam poket.
Kakiku masih lagi terlekat di atas bumi. Air liur yang tersangkut di tekak kuteguk sambil pandangan mata memerhatikannya yang semakin lama semakin meninggalkanku sendiri di kawasan perhentian bas itu.
Tao berpaling lalu memandangku dengan hairan.
"Kau okay ke?"
Aku tersentak lalu mengangguk laju.
"A-o-a-okay,"mulutku tergagap.
Kemudian, Tao datang semula lalu memegang tanganku dengan erat sekali.
Genggamannya itu membuatkan wajahku membahang sehingga lelaki itu terus tersenyum memerhatikanku.
"Mari. Kita pulang,"katanya sambil mengucup tanganku.
Semasa dalam perjalanan itu, kami hanya mendiamkan diri. Tidak sampai sejam kemudian, lelaki cina itu bersuara.
"Aku tak sesombong macam yang kau sangka. Aku sebenarnya gentleman,"katanya sambil memandangku dengan segaris senyuman.
"Oh...begitu,"aku menunduk.
"Kau nak jadi kawan aku?"
Pandangan mata kami bertemu. Di kala daun pokok Sakura sudah berguguran pada musimnya, aku membalas pertanyaan lelaki itu tadi dengan anggukan kecil sambil disertakan senyuman yang membuatkan matanya membundar perlahan-lahan.
Kami berdua tertawa sambil menikmati suasana pada musim bunga ini.
YOU ARE READING
oneshots <3
Fanfiction[First Book:Malay Ver.] Just some oneshots because I'm bored. Some are fluffy, some are too romantic, some are a little bit mature and some are too funny as heck. EXO imagines ❤ Fluff and Romance.Hope you guys like it! ❤ (discontinued)