16 | Dying-Kai

45 3 2
                                    

A/n: Disarankan untuk baca sambil dengar lagu pada thumbnail Yt di atas bagi menghayati part ini. Gunakan imaginasi anda sendiri.

Beep...

Beep...

Beep...

Bunyi mesin detak jantung bernada seragam di dalam bilik yang sunyi itu.

Di situ juga terdapat sekujur tubuh seorang lelaki yang berwajah tampan sedang terlantar sambil bertarung nyawa yang semakin tipis.

Sudah enam hari Jongin dimasukkan ke dalam hospital akibat penyakit batuk keringnya yang semakin parah. Siang malam lelaki itu hanya batuk sahaja tanpa henti.

Malah pernah dalam suatu hari, sebelum dia dimasukkan ke dalam hospital lagi, lelaki itu pernah terkena batuk berdarah.

Sungguh kasihan apabila mendengar nasib yang menimpa lelaki itu. Tetapi apakan daya, hanya Tuhan sahaja yang tahu bilakah kesengsaraan ini akan berakhir.

Mungkin berakhir dengan bahagia, mungkin juga berakhir dengan duka.

Kita tidak tahu apakah pengakhirannya yang sudah tertulis dalam suratan takdir.

"Jongin..."(y/n) melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuni oleh suaminya sambil membawa sejambak bunga.

Jongin menelengkan sedikit kepalanya lalu mengukirkan senyuman di sebalik topeng pernafasan yang menutupi sebahagian wajahnya.

Wajah (y/n) yang begitu ayu itu ditatap lama dengan pandangan yang redup.

Mungkin inilah detik-detik terakhir dia akan melihat wajah wanita kesayangannya sebelum dia pergi.

"J-Jongin...(y/n) ni. (y/n) bawakan bunga kegemaran Jongin..."(y/n) meletakkan sejambak bunga mawar merah itu di atas meja yang terletak di sisi katil Jongin.

Jongin terus mempamerkan riak senyumannya sambil mengelus halus tangan isterinya yang hangat itu.

"Terima kasih..."gumam Jongin perlahan.

"Jongin...(y/n) tak nak Jongin pergi dulu...Jongin ingat lagi kan yang Jongin takkan sesekali tinggalkan (y/n) seorang diri..."(y/n) menggenggam erat tangan Jongin yang sudah dingin lalu dibawa ke wajah.

Tangan yang kasar itu dibawa mengelus pipinya yang sudah basah dengan air mata. Seraya gadis itu menangis teresak-esak apabila melihat Jongin yang semakin tenat di hadapan matanya.

"Jongin...jangan tinggalkan (y/n) Jongin..."lirihnya.

Jongin masih mempamerkan senyumannya tatkala tangannya tetap membelai lembut rambut isterinya itu.

Bagi Jongin, inilah sentuhan terakhirnya.

"(y/n)..."panggil Jongin sambil memandang (y/n) dengan mata yang semakin kuyu.

(y/n) memandang suaminya dengan mata yang basah.

"M-maafkan aku, (y/n)...m-maafkan aku k-kalau a-aku a-ada b-buat salah t-terhadap k-kau...a-aku...aku sayangkan kau..."kata Jongin dengan perlahan.

(y/n) menggenggam erat tangan Jongin dengan lebih erat lagi.

"Tapi...Tuhan lebih sayangkan a-aku (y/n)...a-aku ha-harap k-kau a-akan d-dapat cari pengganti yang lebih baik...daripada aku..."tutur Jongin lagi.

Mata (y/n) membulat. Kata-kata yang keluar daripada mulut Jongin itu tadi membuatkan jantungnya hampir tercabut.

"A-apa m-maksud a-awak? S-saya t-tak f-faham..."kata (y/n) yang masih menahan esakannya.

Jongin menghela nafasnya yang semakin semput sehingga dadanya mula meninggi. Tubuhnya yang semakin mengurus itu membuatkan kesedihan (y/n) semakin menggila.

Mahu sahaja (y/n) meroyan di hadapan suaminya yang sudah nazak di situ.

"Su-sudah tiba masanya...a-aku akan pergi (y/n). Jagalah diri kau...jaga anak-anak kita...aku harap...k-kau akan b-bahagia...saranghae (y/n)..."kata Jongin dengan nada semputnya yang semakin kuat.

Tiba-tiba, mesin detak jantung itu berbunyi dengan laju.

(y/n) mula panik. Matanya semakin membesar seolah-olah bebola matanya hampir keluar daripada soket sendiri.

"Jongin? Jongin! JONGIN!"

Garisan pada mesin itu sudah menunjukkan garis lurus. Bunyi mesin itu juga semakin nyaring sehingga membingitkan telinga.

"JONGINN!!!!!"jerit (y/n) dengan kuat sambil mendakap kuat tubuh suaminya yang sudah kaku.

"JONGIN JANGAN TINGGALKAN (Y/N) JONGIN!!!!"

(y/n) terus membenamkan wajahnya pada dada Jongin yang sudah tidak bernyawa lagi. Mengharapkan supaya Jongin bangun semula walaupun semua itu tidak akan terjadi lagi untuk selama-lamanya.












my mood rn: listening to 'lovely but you're slowly dying in hospital' made me wanna to write another sad oneshot again.

or it doesn't make sense for yall. sorry folks-- 🖐😔

oneshots <3Where stories live. Discover now