"Jumpa lagi,"kata Kai kepadaku sebaik sahaja aku keluar dari keretanya.
Ketika aku hendak berjalan melalui koridor, tanganku ditarik oleh seseorang. Aku terjerit kecil sehingga aku hampir terjatuh ke bawah.
"Ikut aku,"kata Tao kepadaku.
Kami terus membelok ke dalam koridor bangunan kelas lalu bersembunyi di situ. Tao terus menghalang pergerakanku untuk keluar dengan meletakkan tangan pada dinding.
"Jangan. Lari."dia menekan satu-persatu perkataan sambil menjegilkan matanya ke arahku.
Sungguh menakutkan. Tapi masih hensem. Tiber.
"Apa yang kau nak?"tanyaku kepadanya.
"Aku tak nak kau rapat sangat dengan Kai. Even lelaki lain sekalipun, aku tak nak kau rapat sangat,"kata Tao dalam nada yang kedengaran agak mengugut.
Aku menggulingkan mataku sambil mencebirkan bibir. Kedua tangan disilangkan pada dada sambil mataku merenung tajam pada matanya.
Tao membalas dengan renungan yang lagi tajam membuatkan aku terkaku.
"Kenapa kau larang aku untuk dekat dengan Kai? Kau ni gay ke? Kau pun minat dekat Kai? Aku taulah Kai tu hensem. Tapi-"
Belum sempat aku menghabiskan ayatku, bibirku dicium olehnya.
Seluruh tubuhku kaku sehingga aku membatukan diri. Tao menjauhkan sedikit bibirnya lalu mengusap belakang tengkuknya sambil tersengih.
"Maaf kalau kau tak selesa,"katanya.
Wajahku merona merah. Tak sangka Tao akan buat begini terhadap aku.
"Aku buat semua tu sebab...aku sayangkan kau."
Aku.
Sayangkan.
Kau.
"Is this a joke?"tanyaku.
"No, I'm serious."
Kali ini, pandangannya bertukar malu kepadaku.
"Tapi satu saja yang aku minta. Jangan terlalu dekat dengan lelaki lain, a-aku cemburu."
Aku memandangnya dengan senyuman yang terukir di bibir.
YOU ARE READING
oneshots <3
Fanfiction[First Book:Malay Ver.] Just some oneshots because I'm bored. Some are fluffy, some are too romantic, some are a little bit mature and some are too funny as heck. EXO imagines ❤ Fluff and Romance.Hope you guys like it! ❤ (discontinued)