14 | Lifesaver-Chanyeol

38 5 3
                                    

"(y/n) bodoh!"

"(y/n) budak skema!"

"(y/n) gila!"

Tendangan demi tendangan diberikan secara bertubi-tubi pada bahagian abdomen sehingga aku hampir memuntahkan air dari mulut.

Pandanganku semakin berbinar di saat tendangan kuat yang diajukan daripada beberapa orang pelajar perempuan di hadapanku ini.

Kaca mata bulat yang dipakai tertanggal sehingga patah akibat dipijak oleh salah seorang pelajar perempuan bertubuh tinggi lampai persis model itu.

Air mataku bergenang. Tidak sangka semua ini akan berlaku.

Mengapa aku diperlakukan sebegini?

BANG!

Satu tumbukan padu tepat mengenai wajahku sehingga lebam. Habis aku dikerjakan sehingga aku menjadi lemah.

"Masuk! Masuk! Masuk!"jerit salah seorang pelajar perempuan yang berambut ponytail tinggi apabila semakin lama semakin ramai pelajar perempuan yang mula mengerumuni aku.

"T-tolong! L-lepaskan saya! T-tolong!"jeritku sekuat hati.

Suasana bertambah riuh lagi apabila ramai yang mula merakam perilaku mereka dengan telefon pintar masing-masing.

Semakin lama kejadian itu berlaku, semakin lemah kudratku untuk melawan mereka.

Sehinggalah-

"STOP IT YOU BITCH!"jeritan kasar seorang lelaki menggegarkan ruangan itu.

Semua mula kecut apabila kelibat seorang lelaki bertubuh tinggi lampai datang bersama geng-gengnya yang lain.

Pada saat itu jugalah semua melarikan diri bersama telefon pintar masing-masing apabila geng tersebut mula memandang mereka dengan tajam.

"C-Chanyeol-"

BUK!

Chanyeol yang berpakaian sekolah itu terus menumbuk muka pembuli itu tadi dengan kuat sehingga dia rebah ke tanah.

"AKU NAK SEMUA BERAMBUS DARI SINI!"jerkah Chanyeol dengan kasar.

Beberapa orang pelajar yang masih berada di situ tergamam dengan tindakan Chanyeol yang menghalau mereka dari situ.

"JANGAN SESEKALI ADA YANG KACAU (Y/N)! SEBAB DIA MILIK AKU!"

Kata-kata Chanyeol itu tadi membuatkan semua terkejut.

"(y/n)?"kata salah seorang pelajar dengan tergagap kepadaku.

"Chau-lah! Chau!"marah Kai pula ke arah mereka tadi.

Semua pelajar terus melarikan diri. Kini tinggal aku dan geng Chanyeol sahaja yang berada di kawasan koridor sepi itu.

Aku memandang Chanyeol dengan lemah sebaik sahaja lelaki itu segera memangkuku.

"Awak okay?"tanya Chanyeol.

Aku mengangguk lemah. Kepalaku diusap lembut olehnya.

"Saya bawa awak ke klinik ya?"kata Chanyeol lagi.

"T-tak apa...s-saya boleh jalan sendiri,"kataku.

Cakap mampu, tapi realitinya tidak.

"Jangan! Awak tak patut macam ni,"kata Chanyeol lagi. "Saya hantarkan awak ya?"

"B-baik..."tuturku lemah.

Sementara itu, geng-gengnya yang lain sudah meninggalkan kami berdua di situ.

"Saya akan sentiasa lindungi awak dan saya akan sentiasa cintakan awak setulus ikhlas hati saya,"kata Chanyeol sambil mengelus rambutku dengan halus.

Aku tersenyum.

"Saya cintakan awak, my lifesaver."

Aku bangun lalu menyandarkan kepala pada dadanya sambil membiarkan hidungnya merayap pada leherku. Mataku terpejam saat bibirnya menyentuh dahiku.

"Saranghae,"bisik Chanyeol kepadaku.

Author Note:
Plot untuk chapter oneshot ini ialah hint bagi new fanfic akan datang di acc pertama author. Idea sahaja sama tapi jalan cerita berbeza. Tarikh publish? Entahlah aku pun tak tau T_T

oneshots <3Where stories live. Discover now