Fine, tayar kereta pancit.
Haish di manalah aku nak minta bantuan lepasni? Dahlah sangkut dekat sini tengah-tengah malam ni. Takde orang pula tu.
Aduh, stres tau tak? Stres!
Aku mencekakkan pinggang sambil menelefon Minseok, rakanku. Tetapi malangnya dia tidak mengangkat telefonku.
"Argh!"aku menyerabaikan rambutku sambil menghentakkan kaki di tanah.
Apabila diperiksa, rupanya tidak ada signal di sini.
Habis, habis.
"Macam manalah nak call orang lepasni? Takkanlah aku nak stay di sini sampai pagi? Ke sampai mampos? Aduhmak..."aku duduk mencangkung kemudian.
Lama-kelamaan, aku duduk menangis sendiri bagaikan budak kecil. Aku meraung sekuat hati sambil menghentak-hentakkan kakiku di atas tanah.
"Hidup ni tak adil! Hidup ni tak adil! Huwaa!"
Aku meracau seorang diri sambil menghentak-hentakkan tangan di atas jalan yang bertar itu.
Sambil aku menangis mengenangkan nasib yang begitu malang ini, aku terdengar bunyi enjin sebuah kereta.
Aku mendongak lalu melihat sebuah van kombi berjenama Volkswagen berwarna biru sedang datang menuju ke arahku. Aku segera berdiri dan terus memerhatikan van itu yang semakin datang menghampiriku.
Apabila van kombi itu berhenti tepat di hadapanku, seorang lelaki yang bertelinga capang menegurku dengan senyuman.
"Hai adik manis! Kenapa nangis-nangis ni?"
Aku takut untuk membalas kerana melihat sahaja perwatakan lelaki itu sudah cukup membuatkan yang aku dapat mengagak bahawa lelaki ini mungkin berbahaya.
"K-kau siapa?"tanyaku sambil menjauhkan diri dari mereka.
Lelaki bertelinga capang itupun tertawa.
"Nama aku Chanyeol. Aku ni ahli skuad meronta di sini,"katanya.
"Tugas kami ialah sebagai orang yang membantu orang lain ketika memerlukan. Yalah, kitorang tengok cik adik pun macam nak nangis je ni. Ni mesti tayar pancit kan?"tanya Chanyeol lagi.
"Ha'ah...tayar pancit,"balasku.
"By the way, siapa nama kau? Bolehlah kita berkenalan,"kata seorang lelaki yang berkulit pucat kepadaku.
"(y/n)."
Chanyeol dan lelaki berkulit pucat itupun melopong faham. Kemudian, Chanyeol memberhentikan van itu lalu turun bersama rakannya.
"Aku Oh Sehun. Ni Park Chanyeol,"kata lelaki yang bernama Sehun itu.
"Oh...okay,"aku tersenyum.
Chanyeol terus memeriksa keadaan tayar itu lalu memanggil Sehun.
Apabila mereka sudah mendapat tahu masalah kereta tersebut, Sehun terus berjalan ke arahku lalu memberitahu apa yang terjadi.
"Tayar kereta kau pancit gara-gara paku ni. Mesti kau tak perasan kan?"tanya Sehun kepadaku lalu memberikan paku tersebut.
"Y-yalah,"aku membeleknya.
Kemudian, aku memberikan paku tersebut kepadanya lalu dibuang oleh lelaki itu ke kawasan semak. Setelah itu, mereka terus mengambil segala keperluan lalu mengepam semula tayar kereta yang pancit itu.
Aku hanya terus memerhatikan mereka sambil berpeluk tubuh.
Setelah selesai, mereka menyimpan semula barangan itu ke dalam van kombi. Aku mengucapkan terima kasih sambil bersalaman dengan mereka.
"Terima kasih korang berdua. Kalau korang tak ada tadi, dah tentu aku menangis merana dekat sini,"kataku dengan wajah yang terharu.
Sehun dan Chanyeol hanya tersenyum lalu melambai ke arah kami.
Aku sangat terhutang budi kepada mereka berdua. Aku harap akan ada lebih ramai masyarakat yang menghargai manusia seperti mereka berdua.
YOU ARE READING
oneshots <3
Fanfiction[First Book:Malay Ver.] Just some oneshots because I'm bored. Some are fluffy, some are too romantic, some are a little bit mature and some are too funny as heck. EXO imagines ❤ Fluff and Romance.Hope you guys like it! ❤ (discontinued)