"Huang Zi Tao."
Namanya dipanggil tatkala seorang wanita muda yang berkaca mata itu sibuk menyelak satu-persatu borang pendaftaran bagi setiap pelajar yang baru memasuki tahun pengajian mereka di kolej terkemuka Beijing itu.
Pemuda yang dikenali sebagai Tao terus berdiri lalu melangkah perlahan ke arah kaunter tersebut.
"Kamu ni Huang Zi Tao ke?"tanya wanita berkaca mata itu sambil memandang Tao dengan pandangan tajamnya.
"Y-ya cik,"tunduk Tao, lelaki itu sebenarnya jarang bersosial dengan orang lain.
Disebabkan ini adalah kali pertama dia terdedah dengan dunia luar yang penuh dengan pelbagai ragam manusia, sudah tentu lelaki itu akan merasa takut.
Takut bersosial, takut bercakap, segala jenis takut dia ada sekarang ni.
Screw it up Tao. Meh.
"Permohonan kamu untuk masuk ke Fakulti Kejuruteraan diluluskan. Kamu akan berjumpa dengan felo kamu untuk urusan lain di sana nanti,"kata wanita itu sambil menyerahkan kertas tersebut kepada Tao.
"B-baik cik, t-terima ka-kasih,"kata Tao dengan gagap lalu memegang kertas itu dengan cermat.
"Oi Tao!"
Tao menoleh ke belakang lalu memandang ke arah Yixing yang sedang berlari ke arahnya.
"Hei Tao! Apa khabar?"tanya Yixing lalu menepuk bahu Tao dengan kuat.
"B-baik,"gumam lelaki itu sambil menundukkan kepalanya.
"Hek eleh, malu-malu pula dia ni. Kau tak apa-apa ke?"tanya Yixing sambil memeluk erat bahu Tao.
Yixing memang peramah, walaupun ramai orang panggil dia ‘mamat blur’. Maklumlah otak dia tu kadang-kadang lambat memproses kejadian yang berlaku.
"Kau tanya aku tak apa-apa? Kau tengoklah muka aku ni, pucat kan?"tanya Tao sambil menudingkan jari ke arah wajahnya.
Yixing sibuk menilik wajah sahabatnya itu sambil membulatkan matanya.
"Tak pucat pun. Aku nampak muka kau je,"kata Yixing.
"Kepala hotak mung!"Tao menepuk kepala Yixing.
"Akh! Sakitlah odoe!"Yixing mengusap kepalanya dengan perlahan.
"Hehehehehehehe~ Tau pun sakit. Kalau aku pukul kepala kau lagi, confirm kau tak blur dah,"senyum Tao sambil mengusap kepala Yixing.
"Ada lah yang kena K.O ni kang,"gerutu Yixing sambil mendengus kasar.
Ketika dua sahabat baik itu berjalan di sepanjang koridor kolej tersebut, mereka terserempak dengan seorang gadis yang berperwatakan sederhana sambil membawa bukunya.
"Uish..."kata Yixing sambil ekor matanya ralit memerhatikan gadis yang berjalan melalui mereka itu.
"Kau kenapa?"tanya Tao.
"Kau tengok tu,"Yixing menuding ke arah gadis itu sambil menyuruh Tao untuk melakukan perbuatan yang sama.
Lama dia memerhatikan gadis itu sehingga matanya tidak berkelip langsung.
PAKK!!!
"Weh Tao! Kau okay ke?"tanya Yixing sambil menepuk bahunya.
"Ah! Aku okay...a-aku okay..."percakapan Tao terhenti apabila dia melihat gadis itu sedang memandangnya sekilas.
Matanya begitu shantik syekali~ Terpesona aku terpesona~
"Weh Tao!"suara Yixing yang sedikit nyaring itu membangkitkan Tao daripada lamunannya semula.
"Omak kau!"hampir lagi Tao mencampakkan kertas yang dipegangnya ke lantai.
Tiba-tiba wajah Tao memerah apabila gadis yang ayu itu tergelak kecil. Terhibur dia menyaksikan adegan lucu yang berlaku di antara dua sahabat itu.
"Aku dah agak yang kau sukakan dia. Ehehehe~"kata Yixing sambil tersenyum sinis.
"Eeee..."Tao membuat muka jengkelnya lalu menundukkan kepalanya.
"Kalau kau suka dengan dia, kenapa kau tak nak cuba untuk berkawan dengan dia?"tanya Yixing sambil menyondol bahu Tao.
Tao yang mula rimas terus memukul bahu Yixing.
"Kau diamlah!"jerit Tao lalu memeluk tubuhnya. "Ergh...aku rasa aku patut cakap sesuatu dengan dia."
"That's mah boi! Pergilah!"Yixing menepuk bahu Tao dengan kuat lagi.
Tao hanya mengangguk pasrah lalu berjalan perlahan ke arah gadis itu.
"H-hai?"Tao melambai ke arah gadis itu dengan gaya janggal.
"Hai,"gadis itu menayangkan senyuman manisnya sehingga membuatkan wajah Tao bertambah merah lagi.
"Err...awak...a-awak-wak-err...awak a-apa n-nama?"tanya Tao lalu menampar mulutnya sendiri.
Apa aku cakap ni?
"Nama saya (y/n),"kata gadis itu sambil tersenyum manis.
"Oh...(y-y/n)...s-saya H-Huang Z-Z-Z-azi-Zi T-Tao,"kata Tao sambil menghulurkan tangannya. "S-selamat berkenalan. S-sorry sebab s-saya ni memang malu sangat nak c-cakap dengan orang."
"Oh, tak apa...saya faham. Saya pun sama macam awak juga,"senyum gadis itu.
"Hah? B-betul ke? Tapi awak tak nampak macam pemalu sangat pun,"kata Tao.
"Ya Tao. Saya sama macam awak. Memang kita mula-mula begitu, tapi bila dah lama bersosial dengan orang lain...rasa malu tu akan hilang. Yang penting, kita kena pandai pilih kawan supaya tidak memakan diri sendiri,"kata (y/n) sambil tersenyum manis.
"Wah...awak bercakap macam...orang yang berilmu,"kata Tao sambil membalas senyumannya.
"Janganlah puji saya begitu. Saya malu lah,"kata (y/n) lalu tergelak kecil.
Mereka berdua terus rancak berbual tanpa mempedulikan Yixing yang mula kebosanan menunggu di tiang koridor itu.
"Sampai bilalah diorang ni nak habis bercerita,"rungut Yixing lalu tidur sambil bersandar pada tiang itu.
YOU ARE READING
oneshots <3
Fanfiction[First Book:Malay Ver.] Just some oneshots because I'm bored. Some are fluffy, some are too romantic, some are a little bit mature and some are too funny as heck. EXO imagines ❤ Fluff and Romance.Hope you guys like it! ❤ (discontinued)