19 | The Night When The Wind Blows-Chanyeol

32 3 1
                                    

Sudah dua tahun suaminya tidak pulang, hatinya bertambah sayu sekali.

Setiap kali matanya melihat adegan keluarga bahagia sedang berjalan bersama-sama pasangan dan anak masing-masing, terbit rasa cemburu yang merelung dalam jiwa gadis muda itu.

"Chanyeol...dah dua tahun kau tak pulang...kau di mana? Kenapa kau menghilang selama ni?"soal si isteri sambil menatap sayu gambar suaminya yang tampak segak dalam uniform juruterbangnya itu.

"Chanyeol...aku rindukan kau..."air mata mula bertakung di sudut matanya.

Dia rindu akan suaminya. Khabar berita yang mengatakan bahawa pesawat yang dibawa oleh lelaki itu kononnya terhempas langsung tidak dipedulikannya.

"Walaupun mereka kata...tidak ada seorang pun yang terselamat, aku yakin dan percaya...kau masih selamat,"kata (Y/n). "Kenapa mereka tak boleh jumpa mayat kau dalam masa dua tahun ni?"

(Y/n) menunduk sayu.

"Sebab...kau masih hidup lagi. Tapi kau bersembunyi di luar sana,"kata gadis itu lalu menyelit anak rambutnya ke belakang telinga.

Angin yang bertiup tenang itu menambahkan lagi kesayuan dalam diri seorang isteri kepada lelaki yang sudah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita itu.

~~~

(Y/n)'s P.O.V

Malam itu, masih sunyi lagi. Hanya angin sahaja yang menemaniku.

Gugusan bintang yang berkelipan di langit malam menjadi halwa mata setiap kali rasa sepi itu menyapa jiwa yang duka ini.

Walaupun kejadian hitam itu sudah lama berlalu, namun dalam hati ini masih ada cahaya yang penuh pengharapan.

Berharap agar sang suami pulang ke pangkuan isteri yang tercinta.

Aku rindukan kau Chanyeol.

Suara kau, senyuman kau, bahkan setiap sentuhan dan kucupan penuh kasih yang kau berikan kepadaku dulu.

Aku amat merindukannya.

Usia perkahwinan kita hampir mencecah dua tahun. Kenapa kau masih belum pulang Chanyeol?

Pulanglah.

"Pulanglah..."tundukku sambil menahan tangis.

Butir mutiara jernih semakin membasahi pipi yang halus ini.

"Pulanglah Yeol...pulanglah..."gumamku sambil menggigit jari sendiri.

Dalam hati ini, mahu sahaja aku menyalahkan takdir.

Dalam jiwa ini, mahu sahaja aku menyalahkan diri sendiri. Kenapa aku tidak menghalangnya ketika lelaki itu mahu keluar untuk membawa pesawat tersebut?

Mengapa?

Kau bodoh, (y/n). Kau bodoh.

"Kau memang bodoh...(y/n)...kau sengsara kerana diri kau sendiri...keluarga kau dan dia sudah lama menahan rasa seksa disebabkan kau sendiri..."aku menapak perlahan untuk masuk semula ke dalam bilik kami berdua.

Sliding door bilik tersebut ditutup perlahan.

"Aku memang tak guna...aku sepatutnya halang kau pergi masa hari tu Yeol,"gumamku lalu menyingkap langsir pada pintu balkoni itu.

oneshots <3Where stories live. Discover now