"I want nobody! Nobody! But you!"
*clap* *clap*
"I want nobody! Nobody! But you!"
*clap* *clap*
Aku terdengar lagu Wonder Girls dimainkan dari dalam dapur itu.
Aku cuba untuk mengintai lalu memandang Tao yang sedang menari sambil menyanyi lagu Kpop lama yang masih segar di ingatan.
Mentang-mentanglah peminat Kpop,dia ingat aku tak tercabar ke time dia cakap yang dia minat Lisa Blackpink?
Tapi dia sendiri jeles bila aku cakap aku minat Chanyeol EXO *lol*.
Aku terus masuk ke dalam dapur lalu mematikan radio itu.
Dengan serta-merta,Tao terus berhenti menari lalu memandang ke arahku.
"Why stop?"katanya.
"Nanti ikan tu hangus,"kataku sambil menuding ke arah kuali yang diletakkan di atas dapur gas moden itu.
"Oh,lupa pula gege goreng ikan..hahhahahahah!"ketawanya yang kadangkala annoying itu menyakitkan telingaku.
"Jangan nak membongak sudah,"kataku.
Tao membuat puppy eyesnya kepadaku sambil meneruskan kerja menggoreng ikannya itu.
"Goreng goreng lalala~"sempat lagi si panda ni nyanyi.
Aku sempat memandang ke arah Tao lalu tersenyum sambil berjalan ke arah ruang tamu.
Aku menyapu sedikit kawasan lantai yang sedikit berhabuk itu lalu memandang Candy,anjing peliharaan Tao yang sibuk bermain dengan permainannya.
Aku tersenyum girang kerana terhibur dengan gelagat anjing itu lalu terus menyapu lantai tersebut sehinggalah bersih.
"Mari makan!"laung Tao yang selesai menyiapkan kerjanya itu.
Aku terus meletakkan penyapu pada tempat simpanan penyapu tersebut lalu berjalan menuju ke ruang makan yang berada di ruang tamu.
Tao menghidangkan ikan goreng yang dimasak istimewa bersama dengan telur seribu tahun dan sayur rebus.
Aku memandang telur seribu tahun itu dengan pandangan yang mencurigakan.
"Are you alright?"tanya Tao.
Aku mengangguk."Err..sedap tak telur tu?"
"Sedap!"Tao mengangguk laju.
"O-okay..."kataku lalu duduk dan mengambil telur tersebut.
Aku menggigit sedikit sahaja bahagian telur itu.Dengan serta-merta,aku hampir termuntah.
"Are you okay?"kata Tao sambil menghulurkan tisu kepadaku.
Aku hanya mampu mengangguk.
"Kalau awak tak suka,tak payahlah makan telur tu,"kata Tao."Makan je ikan tu."
"Okay.."kataku sambil menjauhkan telur itu kerana terlalu mual.
Baru sahaja aku hendak mengambil garfu untuk menceraikan isi ikan tersebut,Tao terus merampas garfu itu.
"Tao tao!"aku merengek manja.
Tao ketawa lalu mengambil isi tersebut dan menyuapkannya kepadaku.
Aku membulatkan mataku.Seolah-olah aku tidak percaya dengan apa yang dilakukan olehnya itu tadi.
"Biar gege suap,"kata Tao kepadaku.
Aku tersenyum lalu membiarkan Tao menyuapkan isi ikan tersebut ke dalam mulutku.
Tiba-tiba,aku tersendawa.
Aku membeliakkan mataku sekali lagi sambil memandang Tao yang juga merenung tepat ke arahku.
"Err..sorry.."kataku.
Tao tersenyum.
"Nevermind!"katanya.
Aku tersenyum.Tao terus menyuapkanku sehinggalah selesai.Sekali sekala dia memakan makanan tersebut sebelum menyuapkan makanan yang lain kepadaku.
Aku berasa cair sekali apabila melihat sifat romantik Tao yang begitu menarik perhatianku.
YOU ARE READING
oneshots <3
Fanfiction[First Book:Malay Ver.] Just some oneshots because I'm bored. Some are fluffy, some are too romantic, some are a little bit mature and some are too funny as heck. EXO imagines ❤ Fluff and Romance.Hope you guys like it! ❤ (discontinued)