2 | robbery-Sehun

311 15 6
                                    

Aku berlari sekuat hati apabila seseorang mengejarku.

Orang itu ialah seorang perompak yang mahukan wang dan barang-barang berharga daripadaku.

Walaupun aku hanya memakai beg galas sahaja,namun aku hairan mengapa penjenayah sebegitu masih tetap mahu sasarkan golongan sepertiku?

Aku bukannya orang kaya yang memiliki beg berjenama seperti Gucci ataupun LV.Aku hanyalah orang biasa.

"Dunia dah terbalik agaknya..."desis hatiku.

Aku terus berlari dengan sekuat hati mengalahkan jaguh pecut dunia,Usain Bolt itu sehinggalah aku hampir terjatuh.

"Aduh!"

Ternyata aku jatuh terjelepuk ke tanah.

"Sh*t!"sempat lagi aku mencarut.

Mana tidaknya lututku sudah bercalar.Seluar legging berwarna hitam yang aku pakai juga sudah terkoyak pada bahagian lutut.

Alamatnya menangis tak berlagulah aku sekarang ni.Huhu.

"Excuse me?"satu suara datang menegurku.

Aku menoleh lalu memandang hanya sepasang kaki sahaja.

Kaki? Eh,jap..jap.

Aku mendongak lalu memandang seorang lelaki yang begitu kacak sekali walaupun hanya memakai topeng muka sahaja.

"You just hit me,"kata lelaki itu.

Tiba-tiba,mukaku blushing dengan teruk sekali.

Mana tidaknya,dahlah aku terlanggar orang...kacak pula tu.

Aku menundukkan kepalaku lalu berusaha untuk berdiri.Walaupun lututku begitu sakit sekali.

"Awak boleh bangun tak?"tanya lelaki itu lagi.

Lah,boleh cakap Melayu ke? Aku ingatkan mat salleh tadi.

Aku mengangguk lalu terus berusaha untuk bangun.

Akhirnya,aku berjaya berdiri walaupun luka pada lutuku masih lagi sakit.

Tiba-tiba....

"WOI MANA NAK LARI HAH?!"jerkahan perompak itu betul-betul mengejutkan aku.

Aku mula panik lalu memandang lelaki yang kacak itu.Wajahnya langsung tidak berubah(sebab dia pakai topenglah cik oi).

"Pergi ke belakang saya,"kata lelaki itu.

Aku terus menyembunyikan diriku di belakang lelaki itu lalu mencuri pandang perompak yang bertopeng itu.

Dengan serta-merta,lelaki itu terus mengeluarkan jurus taekwondonya sehingga menyebabkan aku hampir terkena flying-kicknya.

"Tak guna,"monolog ku sendiri.

Lelaki itu terus menendang perompak yang cuba menyerangku bertubi-tubi lalu menumbuknya sehinggalah perompak itu takut terhadapnya.

Perompak itu terus lari dengan perasaan yang takut teramat sangat terhadap lelaki itu.

Aku membulatkan mataku kerana terlalu kagum lalu menepuk tanganku sekuat hati.

"Woah! Hebatlah!"kataku.

Lelaki itu terus membuka topinya lalu merapikan rambut hitamnya yang begitu fluffy dan touchable itu.

Kemudian,dia membuka topeng mukanya.

Lalu ter'expose'lah wajahnya yang begitu tampan itu.

Aku merasakan jantungku berdegup dengan kencang.

Adakah ini cinta?

"Anyway,my name is Sehun...Oh Sehun,"lelaki yang bernama Sehun itu terus menghulurkan tangan kepadaku.

Aku menyambut tangannya dengan keadaan yang teragak-agak.Aku merasakan tanganku berpeluh.

"Hi..m-my name is (y/full/n)...but you can call me (y/n),hehe,"kataku sambil menahan malu.

Sehun memandangku lalu tersenyum manis.Senyumannya yang begitu manis itu membuatkan jantungku semakin berdegup dengan lebih kencang.

Sehun melepaskan tangannya lalu memandangku sekali lagi.

"Saya nak gerak dulu,"kata Sehun."Jap."

Sehun mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Dia mengeluarkan sekeping kertas lalu menulis sesuatu di atasnya dengan pen yang sering dibawanya.

Uish,rajin juga budak ni.

Kemudian,dia memberikanku lipatan kertas tersebut.Aku membuka lipatan kertas itu.

Kertas tersebut bertulis nombor telefonnya.

Entah,mengapa hatiku berbunga walaupun aku tidak menunjukkan sebarang reaksi secara luaran.

Aku memandang Sehun.Sehun terus mengenyitkan matanya ke arahku lalu melambai ke arahku.

"Bye...bye Sehun sayang,"gumamku sambil melambai ke arahnya.

What a coincidence...

oneshots <3Where stories live. Discover now