"Hello, Bell!" Keterujaannya terserlah apabila penggilan daripada manusia yang dicintainya terpapar di skrin telefon. Senyuman tidak dapat dibendung dek wajahnya. Zayn mencapai kusyen di sebelahnya dan memeluknya erat dengan senyuman lebar.
"Well, I've changed my mind." Kata Arabella di hujung talian. Zayn sudah berkerut wajah. Apa yang perempuan itu telah bertukar fikiran? Dia bertanya dengan tanda tanya yang berlegar di minda.
"What do you mean?"
"Emm--" Nafas Arabella kedengaran ditarik kuat dan dihembus kembali. Zayn masih setia mendengarnya dengan sabar.
"Emm- I've agreed we're dating now. Okay, saya ngantuk nak tidur." Arabella segera memutuskan talian mereka setelah mengatakan hasratnya menelefon lelaki itu malam-malam buta itu. Arabella kemudiannya menutup telefonnya dan dia kini selubung di salam selimutnya dengan debaran hebat.
"What? Ah- Bell? Bell?" Zayn melihat skrin telefonnya sekilas. Beberapa saat kemudian dia mengingati kembali kata-kata Arabella sebentar tadi. Dia menggigit kuat bawah bibirnya. Senyumannya semakin lebar dan matanya rapat dipejam. Dia kemudian tergolek jatuh dari sofa yang tadi didudukinya dek kerana keterujaan yang terlampau.
Namun sakit di belakang badannya tidak dapat diatasi dengan rama-rama yang mula terbang di dalam perutnya. Mukanya ditutup dengan kedua-dua tapak tangannya. Dia kemudian bangun dan menatap telefonnya dengan senyuman.
Tangannya memegang kembali telefonnya dan mendail nombor telefon Arabella. Nama kenalan yang disimpan disunting kembali daripada 'Arabella' ditukarkan menjadi 'My Bell' bersama emoji mesra. Dia tersenyum. Baginya panggilan 'Bell' itu sangat comel.
Dulu, hanya dia yang memanggil panggilan itu kepada Arabella. Tetapi kini, ramai pula yang memanggil 'Bell'.
Jarinya ditekan dan menelefon kembali Arabella. Dengan senyuman.
Arabella meloloskan dirinya dari dalam selimut apabila telefonnya berdering kuat. Terbit kerutan di wajahnya apabila melihat nama Zayn terpapar di skrin. Jelingan dihadiahkan sebelum dia menjawab.
"Awak nak apa?" Tanya Arabella kedengaran angkuh.
"Lah, kitakan pasangan bercinta." Jawab Zayn pula dengan nada yang berbunga.
"So?"
"So, kita kena on the phone la setiap malam." Katanya dengan bersemangat. Rindu dirinya mahu bergayut bersama Arabella di malam hari seperti percintaan mereka di zaman sekolah dulu.
Mereka bercerita tentang hari mereka, berkongsi perasaan. Suasana yang sangat di rindui mereka namun kini segalanya tidak sama. Mereka sudah dewasa. Cinta yang disulam juga jelas rasanya amat berbeza.
"What? Tak ada life ke nak on the phone setiap malam? Dah la saya penat tau kerja. Saya nak tidur la." Zayn mengeluh sedikit. Namun dia masih bersangka baik dan mengangguk cuma.
"Okay lah kalau macam itu. Saya ambil awak esok ya?" Pelawa Zayn lagi.
"Takpayah, Dinda akan ambil saya. Saya pergi dengan dia lagipun kami kerja tempat sama kan." Arabella berkata lagi dan memutuskan talian segera. Dia kemudiannya bersedia untuk tidur. Risau pula dia akan lambat ke tempat kerja esoknya.
"I lo-" Baru sahaja Zayn mahu mengucapkan selamat malam dan kata-kata indah buat kekasihnya itu, Arabella sudah hilang dari talian. Zayn hanya meliaht skrin dan bersangka baik. Mungkin Arabella penat dan perlukan rehat. Dia masih perlu bangun awal untuk ke tempat kerja.
***
"Awak." Sofea memanggil Hadi yang baru sahaja keluar dari keretanya. Hadi barusan pulang dari tempat kerjanya. Bermacam tanda tanya di dalam benak fikiran Sofea tika ini.
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romance[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...