Shamier menghalang Arabella dari membuka pintu kereta. Arabella berpaling wajah memandang Shamier dengan kerutan di wajah. Shamier memejam matanya dapat dan membukanya semula dengan senyuman dilukis buat gadis itu.
"Kenapa Shamier?" Arabella bertanya perlahan. Lengan berlapik yang dipegang ditatapnya beberapa ketika sebelum memandang wajah jejaka itu semula. Arabella mula risau jika Shamier memarahi dirinya kerana telah mempergunakan lelaki itu.
"Er- Sorry Ara. It's nothing." Arbella memandangnya lama mencari kejujuran dalam mata. Namun dia hanya membiarkan Shamier. Mungkin ada sesuatau yang ingin diberitahu tetapi tidak penting. Arabella hanya senyum dan meminta izin untuk keluar.
Shamier hanya diam. Melihat Arabella yang memulakan langkah, dia menghalang gadis itu sekali lagi.
"Ada apa Shamier?" Arabella yang semakin curious geram melihat Shamier yang sedari tadi bermain tarik tali dengannya. Dia menjungkitkan kening lagi.
"I'm so sorry, Ara." Shamier melepaskan tangannya yang memegang lengan Arabella buat kali kedua tadi. Dia meraup wajahnya sendiri dan kelihatan kusut. Arabella setia menunggu Shamier meneruskan kata-katanya.
"Kenapa nak minta maaf? Shamier?" Arabella menggaru tengkuknya apabila Shamier yang hanya diam membisu. Arabella melepaskan nafasnya perlahan.
"Kalau tak ada apa-apa, saya masuk dulu. Tak elok nanti jiran nampak." Arabella berkata perlahan. Shamier mula mengangkat wajah memandang Arabella.
"Saya tahu saya tak patut rasa benda ni. But ..." Shamier memandang stereng keretanya. Malu tiba-tiba sahaja hadir memenuhi ruang jiwa. Dia menarik nafas lagi mencari keberanian untuk berhadapan rasanya terhadap gadis itu kini.
"But?"
"Ara, what if I tell you I like you?" Shamier memusing badan dan terus mengucapkan kata keramat itu. Arabella kejung. Bumi tiba-tiba berhenti berputar. Matanya membutang memandang anak mata Shamier yang membesar menandakan dia benar-benar menyukai Arabella.
Arabella menelan air liurnya. Senyuman janggal dihadiahkan menutup suasana cengkerik ini. Dia menarik nafas dan membasahkan bibirnya. Shamier melarikan pandangan.
"Tapi awak kan dah ada pemaisuri hidup awak?" Arabella bertanya polos. Shamier yang tadinya gementar kini mengoyakkan sedikit senyuman. tiba-tiba dia rasa terhibur dengan soalan Arabella. Senyuman makin lebar.
"Ya, dia permaisuri hidup saya. Dia juga adalah bonda saya." Arabella serta-merta mengalih pandangan. Mukanya mula memerah menahan malu. Mati-mati dirinya fikir permaisuri itu kekasih hati Shamier.
"Kalau saya ada buah hati, untuk apa saya keluar dengan awak? Risau nanti buah hati saya merajuk pulak cemburu. Awak dahlah cantik." Arabella menayangkan giginya menimbus perasaan malu tadi. Dia hanya tersenyum melihat Shamier yang ketawa perlahan.
"Ara saya tahu awak tak akan terima saya. Saya tak harap pun awak balas cinta saya tetapi, saya cuma nak awak tahu perasaan saya yang dah lama terbuku." Shamier senyum. Dia sedar dirinya. Dia juga bersedia untuk ditolak.
"Shamier, sejujurnya hati saya sedikit tercuit dengan layanan awak. Saya tahu saya tak sepatutnya jatuh suka dekat awak. Benda tu memang impossible. Hahaha." Shamier membulat mata tidak percaya. Tak mungkin.
Arabella hanya ingin menyenangkan hatinya. Kenapa pula dia harus jatuh suka dengan Shamier yang memang jauh berbanding Zayn yang mempunyai segala-galanya. Langsung tidak berbaloi jika Arabella meletakkan dirinya sebagai pengganti Zayn. Telah hati Shamier.
"Terserlah awak nak percaya atau tak but deep down, ada secebis hati saya untuk awak Shamier. Crazy, but true.
But we can't continue this feeling. We need to throw it away. Saya taknak perkara jadi lain pula nanti." Arabella menyambung kata-katanya menerbitkan senyuman tawar di wajah Shamier. Benarlah apa yang Arabella katakan. Dia mengiyakan segalanya.
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romance[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...