C 22

2.2K 92 7
                                    

Pebualan singkat dan pertemuan yang tidak disengajakan menemukan mereka di Restaurant Japanese Heaven pula. Sofea yang dari tadi tidak selesa terus diajak perempuan tadi untuk menemaninya makan sambil mengenali antara satu sama lain. Sofea hanya menurut walau hati agak kurang senang.

"Eh, Sofea. Order lah apa yang you nak. It's on me." Adora senyum manis mempelawa rakan barunya itu. Dia hanya mahu berkawan. Lagipun Adora langsung tidak pernah mempunyai kawan sepanjang 29 tahun dia hidup di muka bumi ini. Sofea adalah orang pertama yang sudi keluar makan bersama dengannya. Dan yang paling penting, Sofea salah seorang targetnya.

"Oh, It's okay. Saya baru saja makan tadi. Dah kenyang dah." Sofea menolak pelawaan mesra gadis di hadapannya itu sambil senyuman juga diukir. Dia hanya meminta pelayan untuk memberinya orange juice untuk meneguk cuma jika perlu.

"Okay then." Jawab wanita tinggi lampai itu ringkas sambil menyuap sushi Tuna Mayo ke dalam mulut dengan hanya satu mulut. Sofea yang agak terkejut dengan keluasan mulut perempuan itu hanya berlagak biasa dan senyum ringkas.

"Sorry. Aku lapar sangat." Adora tersenyum sambil mulutnya yang penuh. Sofea hanya melihat cuma. Dalam hati tertanya-tanya mengapa perempuan di hadapannya ini terlihat begitu ketara ingin merapatkan dirinya dengan Sofea. Pelik tetapi Sofea hanya membuang perasaan itu. Apa salahnya berkawan kan?

"Well, aku tak pernah ada kawan sebelum ini. Kau adalah orang pertama yang sudi duduk semeja dengan aku seperti ini." Adora mula membuka cerita tentang dirinya. sofea yang tika itu sedang menyedut airnya berhenti dan memandang perempuan itu. Mata direnung.

"Tak ada orang yang nak kawan dengan aku. Diorang cakap aku gila. Apa yang aku mampu buat hanya diam dan menerima cemuhan.." Dia berhenti kejap. Tangan yang tadinya memegang sushi kini diletak dan menyedut airnya. Keluhan kemudian dilepaskan.

Sofea hanya diam mendengar sambil mata tidak lepas dari memandang wajah itu. Kasihan Adora. Wajah Adora diperhati teliti ketika perempuan itu sambung makannya. Kulit sawo matang itu begitu menawan dan menampakkan lagi gadis itu berupa matang.

Dahinya sedikit berkedut dan sempit. Anak rambut hanya beberapa inci dengan keningnya. Hidung yang mancung. Eyebag yang tebal dan berwarna hitam. Anak mata putihnya agak kekuningan. Hidungnya yang ber-blackhead dan pipinya ada kesan calar yang kelihatan telah lama berparut. Bibir nipis dan sedikit gelap walaupun dicalit gincu. Sofea berhenti di situ dan terfikir jika perempuan itu merokok. Ya, ada kemungkinannya.

"Aku tak cantik. Kau tak perlu tenung macam itu." Adora ketawa kecil di hujung kata sambil mengangkat sedkit kening dan bahunya.

"Sorry." Sofea berkata ringkas. Entah mengapa tiba-tiba rasa bersalah merenung Adora seperti itu. Agak kurang sopan sebenarnya merenung orang lain seperti itu. Sofea menundukkan pandangannya menutup rasa janggal.

"Kau kenal Arabella?" Adora tidak betah lagi ingin berlapis. Ada bagusnya juga jika dia teruskan hal sebenar dia teringin sangat jumpa gadis itu. Tetapi kemalangan kecil yang melihatkan dirinya dan Sofea tadi benar-benar tiada dalam rancangannya.

"Arabella?" Sofea mula berasa menyampah. Di mana-mana sahaja pasti muncul juga nama gadis yang dirinya amat anti itu. Muka menyampah ditunjukkan. Jelingan kecil terbit dan dia melepaskan nafas kecil. Mengapa Adora ingin merosakkan moodnya yang sepatutnya bahagia hari ini?

"Ya, Arabella. Or mungkin kau panggil dia Bella? Bell? Ara?" Adora sambung lagi makannya dan masih berlagak biasa. Dia berlakon dengan sebaiknya. Harus!

"Kenal." Sofea menjawab dengan nada bosan. Dia tidak mahu bercakap tentang gadis itu. Sakit hati pula teringatkan perangainya yang suka merampas hak orang. Ramai lagi kumbang di dunia ini mengapa pilihan hatinya adalah Zayn? Heh.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now