Terasa seperti baru sahaja semalam jejak di bumi Thailand, pejam celik pejam celik sudah seminggu mereka bercuti di negara itu. Thailand yang kaya dengan adab dan budaya yang unik itu akan mereka tinggalkan pada pagi esok. Hari ini, Mikael serahkan mereka untuk buat aktiviti bebas. Kaum wanita apa lagi? Shopping la jawabnya.
Mereka tiba di bangunan tinggi MBK oleh kerana permintaan dan rayuan dari kaum hawa untuk membeli belah. Terpaksalah kaum adam mengikutinya. Sofea hanya diam ketika menaiki kereta sewa bersama Zayn si jejaka pujaan hati. Arabella pula cuti sehari daripada meneruskan misinya. Dia hanya fokus untuk barang yang akan diborongnya sahaja.
"Dah la tu majok, buruk tau?" Zayn memujuk seikhlas hati. Zayn pelik juga pada mulanya melihatkan Arabella yang langsung tidak menegurnya malah dia langsung tidak nampak seperti berminat dengan lelaki itu lagi. Hatinya dipagut rasa pilu tetapi diusir perasaan itu jauh-jauh. Ada bagusnya juga Arabella sudah tidak mengganggu harinya, dapatlah dia berbaik semula hubungannya bersama Sofea.
"Baru cari saya sekarang? Apasal? Pergi sajalah dengan perempuan itu." Ujar Sofea dingin. Dia memeluk tubuh dan langsung tidak memandang muka kacak Zayn disebelah ketika melontarkan kata-kata. Zayn hanya diam. Matanya masih merenung wanita di sebelahnya itu. Hatinya masih berbelah bahagi. Adakah benar hatinya kini milik wanita itu atau . . .
Entahlah, dia juga malas mahu menyentuh tentang masa lalunya yang pahit itu. Ini semua kerana Arabella yang hadir kembali memanggil hatinya berpatah balik. Zayn harap hatinya tidaklah sebodoh fikiran perempuan itu ketika membuat keputusan untuk meninggalkannya dahulu.
Lamunan Zayn terhenti sebaik sahaja kereta sewa tersebut berhenti betul-betul di hadapan MBK Shopping Centre di Bangkok itu. Kini dia dapat melihat bangunan lapan tingkat itu di hadapannya dengan matanya sendiri. Dia tersenyum.
Amna dan Arabella keluar bersama mulut yang ternganga. Cantik. Bangunan yang dibina kelihatan sangat kukuh dan alegan.
MBK Shopping Centre adalah pusat membeli belah yang sangat terkenal di Bangkok. Sekali pandang, MBK Shopping Centre ini kelihatan lebih kurang seperti Mid Valley di Kuala Lumpur yang tidak pernah sunyi daripada ramai orang. MBK Shopping Centre ini terletak di dalam bangunan lapan tingkat. Pusat membeli belah ini juga menempatkan kira-kira 2,000 lebih buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Contohnya, aksesori, pakaian, beg tangan, produk kulit, perabot, peralatan elektronik dan banyak lagi.
Dalam bangunan yang cukup besar dan tinggi ini juga boleh berkaraoke, menonton movie terbaharu di panggung wayang multi-screen, berseronok di tempat permainan komputer, bermain boling dan banyak lagi selain bershopping semata-mata.
Arabella, Amna dan Alysa mengetuai pasukan apabila buahnya telah sampai. Sofea masih dalam mood rajuknya. Alysa menegurnya juga tadi melihatkan moodnya seperti hilang berterbangan bersama angin kuat di perkarangan resort mereka tadi. Namun, Sofea hanya berkata dia okay cuma biasalah, period week memang a bit leceh katanya. Fahamlah Alysa yang sebenarnya gadis itu bermasalah dengan jejaka pujaan hatinya iaitu Zayn dan dia tidak mahu diganggu.
Sofea berjalan sendirian tanpa mengikuti gadis yang lain. Dia melalui jalan yang berasingan iaitu melencong ke sebelah kiri sementara yang lainnya pergi ke sebelah kanan. Dia langsung tiada mood untuk semua ini. Kenapa Arabella harus mengikuti pelancongan mereka kali ini? Arabella must pay what she'd ruined! Bentaknya dalam hati. Sofea memang seorang yang kuat merajuk daripada mendapatkan sesuatu yang dia mahukan dengan cara paksa. Ya, contohnya, dia biarkan sahaja Zayn dan Arabella bersama tanpa menghalang mereka sementara dia merajuk tiada siapa yang tahu.
Dia benci sifatnya yang satu itu. Namun apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Sofea berjalan tanpa hala tuju. Hatinya hancur mengingatkan adegan di mana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri Zayn dan Arabella berpelukan di atas badan gajah yang dibeli tiket oleh Arabella. Hatinya hancur sehancur-hancurnya. Dengan senyuman ikhlas yang diukir di bibir merah lelaki itu. Malahan, dia sendiri tidak pernah melihat senyuman begitu ikhlas daripada Zayn.
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romance[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...