"Tak tahu pulak meeting dia sebosan ini." Arabella bermonolog sendiri. Dia kini duduk di atas sofa diluar tempat perjumpaan Zayn dan kliennya setelah berulang alik melihat templet yang tersedia di situ. Kalau dia tahu mesyuat yang Zayn hadiri sebosan ini, lebih baik dirinya duduk rumah makan kacang sambil menonton televisyen sahaja.
"Hye cik, maaf tanya. Cik siapa ya?" Tanya Wawa selaku pembantu peribadi Zayn apabila menyedari gadis di hadapannya itu sering terjenguk-jenguk mengintai tempat di mana Zayn sedang bermesyuarat berbincang tentang projek syarikat mereka.
"Oh hye, you Wawa right?" Arabella bangun apabila disapa dan tunduk sedikit tanda hormat. Dia semestinya mengenali wanita cantik berlesung pipit itu. Well, Zayn kan kekasihnya takkanlah PA kekasihnya pun dia tidak kenal.
"Yes I am. And you?" Wawa memandang Arabella atas bawah. Senyuman masih lagi disertakan biarkan kelakuan Arabella agak pelik dari matanya. Melihatkan Arabella yang tersenyum mesra itu, Wawamenaikkan keningnya.
"Saya wife bos awak." Arabella tersenyum selamba sambil mata masih tepat ke mata milik wanita cantik di hadapannya itu. Wawa memandangnya dengan pandangan pelik. Takkanlah bos dia dah kahwin dia tidak diberitahu? Wawa mengerutkan keningnya dan menggeleng perlahan.
"Awak assistant dia takkan tak tahu?" Arabella bertanya lagi. Dia hanya ingin tahu jika Zayn pernah bercerita tentang dirinya kepada sesiapa. Atau mungkin Zayn pernah mengelamun semasa bermesyuarat kerana dalam kepala sibuk mengenang mukanya kerana rindu yang menebal. Ouchh!
"Cik ni Sofea ya?" Wawa kemudian baru teringat tentang bosnya yang pernah bercakap tentang Sofea. Mungkin perempuan di hadapannya kini adalah Sofea? Tetapi nampak lain. Wawa juga kian lupa memandangkan hanya sekali dia sempat berpeluang bertemu cinta hati bosnya itu. Lagipun itu sudah lama.
"Sofea?" Arabella mengerutkan wajah. Jangan kata Zayn pernah bercerita tentang Sofea kepada PA nya sedangkan Zayn langsung tidak menyebut hal ehwal dirinya.
"Haah. Zayn pernah bercerita yang teman wanitanya bernama Sofea. Baru-baru ini juga dia cakap dia nak melamar Sofea sebagai permaisuri hidup dia. Kalau tak sweet tak sah dah dia tu." Ujar Wawa senyuman diukir lebar dan sedikit menggeletis mengenangkan bosnya yang berpakej itu.
Arabella mati kata. Hatinya membara teringat apa yang dibicarakan oleh pembantu peribadi milik Zayn itu. Benarkah dia akan melamar Sofea? Habistu bagaimana dengan diri dia? Mata dipejamkan. Bibir yang tadinya dikemam tanda amarah dileraikan semula dan senyuman dihadiahkan buat Wawa.
"Untuk pengetahuan awak, saya bukan Sofea yang awak sebut tadi and one more thing, Sofea yang awak cakap tadi sebenarnya tak wujud pun." Arabella menjeling seraya kaki melangkah tanpa hala tuju.
Wawa menelan liur. Dia kemudian menggeleng kepalanya sendiri.
***
Muka sendiri ditenung dalam refleksi cermin di dalam tandas itu. Ditenungnya selama yang mungkin bagi mengamati diri sendiri. Mengapa susah sangat Zayn mahu menerima dirinya? Susah sangatkah dia mahu terima bahawa Sofea yang dikenali itu tidaklah sebaik yang dia sangka? Mata dipejam rapat dan mulut dikemam lagi.
Dia kemudian keluar dari tandas setelah setengah jam mereput.
***
"Kat sini pun kau. Kau pergi mana? Aku cari kau merata tau. Nasib tak tinggal lagi." Kata Zayn bengis melihat Arabella yang selamba badak berjalan di hadapannya tanpa perasaan bersalah kerana telah membuat dirinya melilau-lilau mencari gadis itu.
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romance[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...