C 4

2.4K 87 0
                                    

"Zayn, here you are. Saya cari awak tau. Ini pun Mika cakap yang awak datang hospital sebab ade kemalangan. Awak okay ke?" Zayn terlopong melihat Sofea di hadapnnya. Kepala ligat mencari alasan jika Sofea bertanyakan statusnya bersama si pesakit.

"It's not me yang sakit." Zayn memandang Arabella di atas katil memberi bahasa isyarat kepada Sofea.

"Who is she?"

"Who is she?"

Serentak kedua-dua gadis itu bertanya antara satu sama lain. Zayn melihat silih berganti. Dia hanya berdiam membisukan diri.

"Who are you? May I know?" Sofea bertanya sambil dirinya berjalan menghampiri katil wad itu. Beg tangannya diletakkan di meja kecil bersebelahan.

"Im his wife." Jawab Arabella selamba badaknya sambil mulutnya mengherotkan senyuman sinis. Tangan Arabella menggagau lengan sasa Zayn dan dipeluknya kemas.

"Huh?" Sofea terbutang mata. Dia melihat tangan gadis hadapanya dan lengan Zayn yang saling menyentuh. Siapa perempuan ini sebenarnya? Dia bingung.

"We're married. You tak tahu?" Arabella meneruskan rentak permainannya. Tidak kiralah siapapun perempuan di hadapannya itu, dia tetap mahu berkelahi. Sesiapa sahaja yang mendapat perhatian Zayn bakal menjadi musuh kekatnya. Zayn sedaya upaya melepaskan tangannya di dalam genggaman lengan Arabella.

"Apa you cakap ni perempuan?" Sofea masih tidak dapat menerima jawapan berani mati dari mulut gadis itu. Mahu sahaja dirinya melempang tetapi harap Zayn masih di ditu. Dia hormat.

"Hey, I.."

"Stop it Bell." Zayn memotong percakapan Arabella. Dia berjaya meleraikan lengannya di dalam pelukan tangan Arabella dan memberi tumpuan kepada Sofea.

Arabella berpeluk tubuh. Muncungnya dipanjangkan sedepa. Namun, Zayn langsung tidak kisah akan rajukan gadis comel itu.

"She's my mate." Zayn membuat pengakuannya. Matanya memandang Sofea sepenuhnya mengharapkan Sofea percaya akan kata-katanya.

"Are you kidding me? Mate?" Arabella betanya tidak puas hati. matanya dikecilkan memandang Zayn yang cuba berdalih. Zayn mendangnya sekilas dan melihat wajah Sofea kembali.

"Em- old mate."

Pengakuan Zayn buat kali ke berapa entah itu menerbitkan jelingan maut daripada Arabella.

'Its okay Zayn, from that f*cking old mate, I'll make you be mine.' Kata hati kecilnya gewram (😂). Mahu sahaja dia menceritakan apa sebenarnya status dirinya bersama Zayn kepada perempuan itu. Namun dia bimbang Zayn tidak selesa dan bertambah membencinya lagi.

"Err Sofea, awak tunggu kat luar dulu. Nanti kita breakfast sama-sama." Zayn senyum memandang Sofea walaupun Sofea kelihatan agak curiga dengan sikapnya.

"Awak nak suruh saya tinggalkan awak bersama perempuan ini?" Sofea bertanya angkuh. Dia tidak pasti perempuan ini adalah perempuan yang sama memeluk teman lelakinya di majlis kahwin Alysa tempoh hari. Matanya dikecilkan melihat Arabella.

"Btw, nama I Arabella, not 'perempuan'." Arabella menghadiahkan senyuman paksa kepada Sofea di hadapan Zayn.

"Arabella? Oh! that mean you la yang peluk Zayn di majlis Alysa dan Mika? Exactly!" Gotcha! Sofea tahu kerana Mikael ada menceritakan perkara yang terjadi di majlisnya dan dia ada menyebut nama Arabella.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now