C 54

3K 94 4
                                    

Pejam celik pejam celik, laju terasa masa berlalu. Usia perkahwinan mereka sudah berganjak dua bulan lebih bersama lelaki yang telah dulunya membawa lari secebis hatinya. Kini, keseluruhan hatinya milik jejaka itu. Beruntung diri apabila dijodohkan dengan lelaki sebaik Hadi.

Kini, mereka sudah berpindah ke Kuala Lumpur kerana Hadi baru memulakan projek baharunya di salah satu Kompleks Beli Belah di Kuala Lumpur. Pasarayanya dulu yang hanya bertempat di lorong besar di bahu jalan kini bakal dibuka cawangan baru di tempat yang lebih strategik. Memandangkan Kuala Lumpur adalah ibu negara dan juga semestinya tempat orang ramai, dia sebulat suara ingin membuka cawangan di sana.

Sejak dia sudah dikembalikan ingatannya, hatinya dipagut rasa rindu. Teringin terasa hati ingin berjumpa dengan manusia di masa lampaunya. Zayyan. Ya, Zayyan yang telah menghantui hidupnya dulu. Dia tidak,berapa ingat dengan wajah milik jejaka itu namun, dia dipandang sekilas rasanya dia perasan saja.

"Sayang, termenung apa yang jauh sangat tu? Dah pilih baju?" Bahu Sofea terhinjut sedikit dengan sapaan suaminya itu. Gaun berwarna biru laut yang sedari tadi dipegang itu dilihat.

"Ouh, saya nak tanya awak dulu, cantik tak yang ni?"

"Awak pakai apa pun cantik sayang." Sofea tersipu malu. Hadi dan mulut disumbat madunya tiada habisnya. Dia tidak pernah berasa dihargai dan disayangi seperti ini apabila dirinya bersama Zayyan dulu. Mungkin tuhan ketika itu sedaya upaya memberi syarat bahawa jodohnya bukanlah Zayyan.

"Kalau awak nak yang itu, ambil saja. Lagipun kita tiada tema. Kawan-kawan rapat dan keluarga saya saja yang ada nanti." Sofea hanya mengangguk. Mereka kini berada di butik untuk membeli beberapa persiapan di majlis pembukaan pasaraya itu nanti. Majlis hanyalah kecil-kecilan untuk perniagaan yang baru mahu tumbuh subur seperti itu.

Usai sahaja membuat pembayaran, Sofea dan Hadi membuat keputusan untuk makan di luar sebelum pulang ke rumah mereka.

***

Malam menjelma, Zayn keluar dari bilik airnya sambil bersiul girang. Dia sudah merencanakan segala yang berlaku malam ini dan berharap apa yang telah dipersiapkan berjalan dengan lancar. dengan rambut yang basah dan hujungnya sedikit terjuntai ke dahi, dia mendekatkan dirinya dengan cermin.

"Zayyan yang tak pernah tak handsome."Katanya memuji diri sendiri dan berakhir dengan tawaan kecil. Senyuman ditarik lebar menyerlahkan kemacoan dirinya. Dia kemudian melangkah ke walk-in-closet di mana semua koleksi pakainnya dari rambut hingga hujung kaki berada.

Dengan nafas yang ditarik dan dilepas gementar, dia keluar dari walk-in closet itu dengan penampilan yang segak. Baju berkolar berwarna putih dan black skinny jeans dikenakan. Rambut rapi dan senyuman manis juga tidak lupa.

"Two steps closer. I am all ready." Katanya berbisik dan nafas ditarik.

Kereta mewahnya berhenti di rumah kediaman Arabella dan Amna itu. Dia ada membuat temu janji bersama gadis itu. Suka benar gadis itu apabila Zayn berkata dia bakal ke pesta yang berdekatan bandar itu untuk Sambutan Hari Malaysia. Pesta itu telah berjalan dua hari yang lalu dan malam ini bakal menjadi malam terakhir bagi pesta itu.

Zayn memang suka ke pesta pada hari terakhir. Mungkin kerana auranya bakal menjadi lebih meriah. Arabella yang baru keluar dengan blaus light grey yang dipakai dan black skinny jeans itu dipandang. Senyuman dilemparkan dan gadis itu membalasnya.

"Saya tak tahu pun ada pesta dekat-dekat sini. Dah last day baru pergi." Kata Arabella sebaik sahaja punggungnya mendarat di atas seat. Zayn yang mendengarnya hanya tersenyum.

"Last day lah best."

Arabella tersenyum seraya mengangguk bersetuju.

Beberapa minit mereka sampai, mereka berkunjung ke satu per satu kanopi yang besar. Arabella membelek-belek kain yang terukir batik itu dengan senyuman. Zayn dipanggil.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now