C 38

2.3K 102 10
                                    

Genaplah dua minggu Arabella menjalankan rawatan psokoterapinya bersama Rahel. Dia kini menetap di kediaman Rahel. Dahulu juga begitu, dia dan Rahel akan tinggal sebumbung bagi memantau keberkesanan daripada setiap aktiviti psikologi yang dibuat.

Hari ini, Iqbaal akan diijab qabulkan bersama Elise Khan, pasangannya. Cantik dan ayu orangnya sangat sesuai dengan Iqbaal yang baik dan kacak. Cemburu di hati melihat mereka yang bercinta dan perkahwinan impian menjadi kenyataan. Tapi cepat-cepat diusir perasaan itu. Dia juga mengerti hakikat di mana dirinya bakal solo selamanya kerana cinta dengan dirinya tidak sesuai.

Dia bangun pagi itu dengan perasaan biasa. Rasa gementarnya kadang-kadang hadir dan itu yang membuat dirinya terasa tidak normal. Peluh-peluh kecil mula keluar apabila kegelisahan menyapa diri. Kepala mula berfikir semula tentang majlis malam ini. Dia tumpang gembira dengan pasangan mempelai malam ini. Senyuman diukir dan tuala dicapai untuk bersiram pagi itu.

Apa yang Arabella risaukan adalah tentang majlis. Setiap kali majlis seperti ini diadakan, hatinya sering dipagut rasa risau. Telah banyak pengalamannya terhadap majlis besar-besar di hotel.

Dulunya, ketika majlis perkahwinan Alysa dan Mikael yang menemukan dirinya dan Zayn dan dia akhirnya menangis kerana Zayn langsung tidak ingat akan dirinya. Majlis keduanya adalah majlis pertunangan Zayn dan Sofea yang mematahkan hatinya. Dan seterusnya majlis yang barusan sahaja berlaku dan masih segar bugar dalam kotak ingatannya. Tidak lain tidak bukan majlis ulang tahun ibunda Shamier atau lebih tepat lagi majlis yang menghancurkan dirinya iaitu majlis pertunangan jejaka itu dengan pilihan keluarga.

Pili air hujan dibuka dan dia berada betul-betul dibawah pancuran air itu. Dia termenung dan menyudahkan mandiannya.

***

Petang itu Arabella hanya mereput di rumah milik Rahel. Rahel pula keluar sebentar. Semalam, Rahel ada meminta dirinya untuk menceritakan tentang apa yang sudah terjadi di Malaysia yang menyebabkan dirinya sebegitu hancur.

Arabella langsung bercerita tentang Sofea namun mulutnya tidak mahu membuka cerita tentang Shamier malahan Tuan Carlo juga. Entah mengapa hatinya terasa kecil sekali apabila ingin memulakan kisah tentang dirinya dan Shamier. Mata pula asyik mahu bertakung teringat betapa bersungguh Shamier menyatakan cintanya dahulu. Rahel bertanya juga tentang majlis siapa yang dia hadiri namun dia hanya diam menunggu masa yang sesuai untuk membahas tentang hal tersebut.

Dia termenung memikirkan cara mahu bercerita tentang jejaka kacak bernama Shamier yang merangkap majikannya dahulu dan juga bapanya iaitu Tuan Carlo. Hatinya masih sakit mengingatkan wajah tua itu yang amat sinis.

Fikiran beralih kepada Iqbaal yang akan melayari bahtera cinta apabila mata tertancap pada gaun emasnya. Iqbaal sudah menemui bahagianya dan dia harap lelaki itu akan diselubungi kasih sayang yang berpanjangan bersama pasangannya itu sampai bila-bila.

Ketukan dan kuakan pintu utama kedengaran. Arabella yang ketika itu sedang mengemam kacang menjenguk seketika. Melihatkan wajah cantik yang melepasi pintu, dia tersenyum.

"Makan kacang je?" Rahel tampil bersama plastik yang dijinjing di tangan. Fahamlah Arabella bahawa Rahel ke pasar raya untuk membeli barang-barangan. Rahel tersenyum apabila wajah Arabella menjadi hidangan utama matanya.

Rahel ke dapur untuk menyimpan segala barangan yang di borong tadi kemudian ke ruang tamu untuk bersama dengan Arabella yang sudah menjadi rakan baiknya kini. Dulu juga mereka pernah berkeadaan begini, jadi untuk kali kedua ini perasaan janggal tidaklah terlalu jelas.

Sedang mereka bersembang, seketika mereka diam buat beberapa minit dan Arabella memusingkan badannya menghadap Rahel. Mungkin dia sudah bersedia. Dia mahu Amna dan Alysa bangga dan dia mahu kuat untuk dirinya. Mereka juga telah sedaya upaya usaha terhadapnya untuk melihat senyumannya kembali.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now