Langit berdentum kuat menandakan bumi Kuala Lumpur bakal dilanda hujan sebentar lagi. Arabella cepat-cepat menutup sliding door serta langsir putih di balkoni biliknya. Arabella kemudian mengangkat kaki dan berjalan perlahan ke atas katil siaz queen miliknya.
Arabella termenung memandang invitation card di atas meja belajar di dalam biliknya itu. Keluhan beberapa kali telah dilepaskan. Hati sakit tetapi air mata kering. Mungkin ini tandanya hatinya mulai keras. Pantas saja masa berlalu, kurang 48 jam lagi, jejaka punjaannya bakal bergelar tunangan orang. Dia hanya tersenyum kecil. Hujan rintik-rintik kedengaran membasahi bumi, Arabella hanya diam tidak berkutik.
Mata seterusnya dialihkan memandang Iphone miliknya. Aplikasi Twitter dibuka dan dibelek satu persatu kisah manusia dan kisah dunia yang muncul di garis masa akaunnya. Terdetik di hati untuk men-tweet-kan sesuatu bagi menggambarkan kesukaran perasaannya kini. Dia mula menaip.
'And suddenly, we were strangers again.'
Butang 'tweet' ditekan dan dia menutup Iphone miliknya. Hatinya kini kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Rasa sakit yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Malah air mata juga tidak dapat tafsir kesakitan yang dilalui. cinta mendalam yang dulu ditanam, pernah layu namun cuba disiram dan dijaga dengan kasih sayang namun ia tidak dapat diselamatkan. Kini, yang tinggal hanya jasadnya sahaja.
TOK, TOK, TOK!
Pintu bilik yang Arabella huni diketuk kejap. Tahulah Arabella tidak lain dan tidak bukan siapa lagi jika buka housemate sehidup sematinya, Amna. Dia meminta Amna untuk masuk sahaja kerana pintu tidak berkunci. Pintu ditolak perlahan dan Amna kini sudah selamat masuk ke dalam bilik anak dara itu. Amna merenung mata Arabella dalam.
"Kau okay?" Soalan pertama yang diaju oleh Amna menerbitkan senyuman tawar di bibir pucat milik Arabella Bowles. Amna langsung tidak memberitahu apa-apa tentang majlis pertunangan itu sebelum ini kerana bimbang Arabella bakal bersedih, tetapi selepas dirinya melihat kad jemputan di dalam bilik Arabella dua hari lepas, risau menerjah dirinya.
"I'm okay, perhaps." Arabella menjawab acuh tak acuh. Senyuman tawar dilukis lagi di wajah. Dia sedaya upaya untuk menyorok dari perasaan hiba yang datang tidak diundang ini. Zayn memang bikin dia jadi gila!
"It's okay. Aku faham. No one said move on is easy." Amna datang memberi dakapan erat. Dia tahu betapa Arabella ingin melupakan kekasih lama itu namun hatinya ego, menghalang dan menguasai diri ketika mata kembali menatap wajah kacak si jejaka.
Arabella merenung mata rakan baiknya itu sedalam yang mungkin. Telah beribu ribu kali perempuan di hadapannya itu menasihatinya supaya tidak jatuh dengan Zayn namun dia degil, mengikut kata hati yang akhirnya memakan diri. Dirinya kejam atas dirinya sendiri. Mengapa ini terjadi?
Mata Arabella akhirnya menerbitkan mutiara kecil. Mengaburkan pandangan dek mutiara yang bertakung hebat. Cinta melumpuhkan jiwa. Sakit kerana harapan.
Sejak dirinya mencuri curi dengar tentang kesahihan pertalian antara Zayn dan Sofea di pejabat lelaki itu sendiri bersama wanita yang dia juga tidak pasti, dia langsung tidak menangis apatah lagi meraung walaupun dia sedia maklum akan pertunangan yang hanya selangkah sahaja lagi bakal mencantumkan mereka selama lamanya. Air mata langsung tidak gugur dari kelopak.
Malahan, selepas dua minggu berlalu dan dua hari lepas di mana adegan dirinya diminta untuk bersemuka dengan Sofea di hotel tempat dia mencari rezeki, setelah disogok kad jemputan di depan mata, selepas diberi amaran untuk jauhkan diri dari mereka, matanya langsung tidak panas dan tubir sedikit pun tidak menunjukkan perasan pilu dan sedih.
Namun kini, dia kalah di hadapan kawan baiknya sendiri lagi-lagi pelukan panas yang disalurkan. Amna, kawan yang terbaik pernah dirinya punyai menyaksikan keretakan hatinya setelah berminggu-minggu ditahan. Air mata tidak berhenti menitiskan mutiara jernih. Sakit. Sakit yang tak nampak. Dan melupakan bukan sesenang padam nama yang kau dah tulis atas kertas.
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romansa[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...