C 40

2.5K 95 4
                                    

Setelah seminggu menunggu jawapan daripada Dr. Say kini dia bersyukur kerana telah jejakkan kaki di bumi Australia dengan selamatnya. Sedua menjak ini, dia kerap bermimpi Sofea entah apa sebabnya. Terbit serba sedikit rasa risau dalam diri terhadap gadis itu. Dia harap gadis itu tidak apa-apa.

Esok Arabella akan menghadiri sesi suai kenal di Restoren Halal yang bakal menjadi tempatnya mencari rezeki. Dia harap tiadalah manusia yang berperangai Adora di sana kelak. Hati melonjak riang tidak sabar untuk mula memasak semula.

Dia dan Rahel baru sahaja sampai dan telah siap kemas rumah sewa mereka itu. Walaupun tiadalah besarnya jika mahu dibandingkan dengan rumah yang mereka duduki sebelum ini, tetapi mereka tetap bersyukur.

Rumah lama mereka telah diberikan kepada rakan Rahel sebagai penjaga sementara. Maklumlah, Rahel bukanlah selama-lamanya di sini, setelah habis kontraknya bersama Arabella, dia akan kembali ke Turki bagi meneruskan pekerjaannya.

Arabella berjalan keluar ke taman di hadapan rumah. Rumah yang mereka duduki itu hanya satu tingkat dan mempunyai tiga buah bilik dan kelengkapan penting yang lain seperti dapur, tandas, ruang tamu dan lain-lainnya. Rumah ini juga berdekatan dengan tempat kerja Arabella.

Arabella duduk di atas kerusi batu bersama bintang di langit terang menemani dirinya. Dia melihat bintang dan memberitahu siratan hatinya betapa gembira jiwanya. Orang kata, jika kita terlalu gembira, nanti kita akan menangis. Namun Arabella hanya biarkan. Dia mahu menikmati rasa ini.

***

Rahel mengejutkan Arabella yang masih dalam lena. Nyenyak benar gadis itu tidur sehingga terlupa hari ini dia akan menghadiri temu duga bersama mentor chef di sana.

"Ermm- dah pagi?" Arabella mengosok-gosok matanya dan mata sepet sedikit apabila bebola mata menyapa cahaya lampu. Dia melihat Rahel yang tersenyum kepadanya.

"Haah, Bella. Empuk sangat ke tilam tu?" Rahel sakarstik berkata. Arabella termalu seketika dan bangun untuk memulakan hari yang baru. Hari yang dirinya nanti nantikan.

Arabella mula menggepal erat kedua-dua tapak tangannya yang sudah mula berpeluh. Debaran hebat menghentak dada apabila mata dijamu dengan retoren itu. Dia fikir, restoren itu hanya restoren biasa namun, tidak. Bangunannya yang gah dan singboard besar dengan cahaya emas yang tampak elegan.

"Rahel, tak jadi lah. Saya nak balik." Arabella berkata perlahan. Seram betul apabila mata ternampak manusia yang begitu ramai. Mungkin begitu terhad restoren halal di sini, sebab itulah orang yang beragama islam datang dan menikmati makanan mereka di sini.

Rahel ketawa kuat mendengar Arabella yang tiba-tiba cuba menukar fikiran. Bukan main susah lagi mahu mendapat kebenaran Dr. Say sampai Arabella merayu pada dirinya, tetapi kini sudah sampai, sesenang sahaja mahu tarik diri.

"Hahaha. Bella, apani? You've begged all this. Takkan tiba-tiba taknak pulak. Dah takyah nak mengarut, jom." Rahel menariknya memasuki restoren yang serba lawa itu. Arabella melepasi pintu utama itu dengan perasan kecut dan teruja bercampur baur. Mata membutang dengan kecantikan rekaan dalaman itu.

Arabella duduk diam di atas sofa di tingkat empat bangunan itu. Kata Dinda, ini adalah tempat di mana dia akan ditemu dugakan. Dalam hati berdoa agar segala urusannya pada hari ini berjalan dengan lancar hendaknya.

Rahel pula melepak berseorangan diri di tingkat bawah bersama dengan pelanggan yang lain sementara menunggu Arabella melengkapkan sesi temuduganya.

***

"So, how?" Rahel bertanya sebaik sahaja mereka keluar dari kedai itu. Muka yang masih terpalit debaran yang tersisa itu Rahel pandang. Senyuman dikoyak. Arabella masih berasa tidak selamat dengan keadaan sekeliling.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now