"Meeting, pukul tiga petang nanti." Kata Akak Jamilah ringkas bagi mengingatkan semua anak buahnya. Mesyuarat terbuka sememangnya dibuat pertengahan tahun seperti ini untuk membincangkan apa yang patut. Contohnya apa yang perlu diperbaiki di dapur dan feedback daripada pelanggan akan diolah bersama.
Arabella hanya mengangguk sebagai balasan. Pukul tiga nanti bakal menjadi detik pertama dirinya bersemuka dengan majikannya. Tidak sabar juga kerana kata Resya, bos mereka kacak dan bergaya. Hati kecilnya ketawa gatal.
Namun, ia tidak dapat mengatasi rasanya terhadap cintanya yang satu. Siapa lagi jika bukan Zayyan Yilmaz yang sentiasa menjadi raja di dalam hatinya.
Masuk hari ini, sudah dua minggu dirinya tidak dapat melihat muka kacak milik jejaka yang bernama Zayn itu. Rindu menghinggap di hati. Dia yakin Zayn tidak pulang ke Itali. Habislah dirinya jika Zayn membuat keputusan untuk berjauhan darinya.
***
"Nak lunch sama-sama tak?" Tanya gadis di hujung talian yang kedengaran agak teruja. Kaki kanannya diangkat dan disilangkan di atas kaki kiri selepas punggungnya selamat mendapat di sofa dalam pejabatnya.
"Sorry, saya lunch dengan kawan saya. Next time lah ya?" Zayn menjawab acuh tak acuh. Tali leher dilonggarkan dan tangannya naik menggosok matanya dengan jari telunjuk dan jari hantunya.
"Alaa, betul ke? Hm nampaknya saya lunch sorang-sorang lagi lah ya. Tak apa lah, bye." Sofea memutuskan talian tanpa sempat Zayn membalas ucapan selamat tinggalnya. Zayn menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum bersandar dan menutup matanya rapat.
Hari ini sungguh memenatkan. Dia baru sahaja pulang dari mesyuarat yang membawanya ke oversea. Harini sahaja sudah tiga mesyuarat dihadirinya. Mata, kepala, badan terasa sungguh penat. Kerjanya tertangguh disebabkan dia ada mengambil cuti dua hari semasa dia di hospital menjaga...
Arabella.
Matanya dibuka serta merta tanpa disedari. Wajah comel Arabella mula berlegar di fikiran memaksanya untuk terus mengingati gadis yang kini menjadi masa lalunya. Apa kabar Arabella agaknya? Sudah lama terasa tidak bersua walaupun hakikatnya hanya dua minggu.
Disebabkan perjumpaan mereka semula ini membuatkan hatinya seperti terpaut kembali. Sukar, tapi itu kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi. Layanannya kepada Sofea juga sudah menjadi acuh tak acuh. Dia juga perasan akan perubahan dirinya itu.
Dia mengeluh sendirian kerana kesal sifat tidak pekanya itu. Pasti Sofea sudah terasa hati dengan dirinya. Kepala yang kian pening dipicit. Dia kemudian bangkit dan berjalan ke hujung bilik di mana tempatnya berehat. Tiada sesiapa yang tahu akan kewujudan bilik itu dan tetap akan terus merahsiakannya.
***
"Bos lambat sedikit ya anak-anak, dia stuck dalam traffic tu." Kata Haffaz dengan gayanya yang lembut. Menurut Resya, Haffaz memang lembut orangnya dan sangat ramah. Hal inilah yang membuatkan dia mempunyai ramai kawan.
Haffaz dan Arabella juga rapat walaupun mereka tidak bekerja dalam satu dapur. Setiap kali mereka bersama, Haffaz gemar memegang hujung rambut Arabella. Entah kenapa. Apabila ditanya katanya rambut Arabella cantik dan suka dijamahnya. Arabella hanya membiarkan.
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romance[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...