C 20

2.4K 95 5
                                    

Habis sahaja masa kerja, Arabella terus balik ke rumah kediamannya dan rakan karibnya Amna. Dia baru teringat semalam semasa dia berura-ura mahu melelapkan mata, dia perasan akan patung beruang yang dia dapat dari mesin token anak patung tempoh hari.

Dia berhajat untuk menghadiahkannya kepada Zayn memandangkan dia berjaya mengendalikan mesin itu kerana bayangan Zayn. Dia tersenyum gatal. Rindu pula kepada qajah kacak lelaki itu. Jam dilihat sekilas, baru pukul 4.30 sempat jika dia ke tempat kerja Zayn. Fikir Arabella.

Waktu kerjanya memang habis tepat pukul 4 jadi dia berpeluang untuk ke tempat kerja milik Zayn bagi menanyakan khabar lelaki itu. Dia tahu dan dia yakin, Zayn juga rindu untuk menatap muka comelnya ouchh! Tersyuman gatal diukir lagi.

Dia yang baru sahaja selesai mandi kini membelek baju di dalam almari besar berwarna putih miliknya. Nak jumpa jejaka pujaan hati haruslah tampak cantik dan menggoda ! Dia tersenyum sendiri memikirkan otak yang mengada dan gatal.

Dia mengambil satu persatu pakaian miliknya dan mencubanya. Dibawa diri berhadapan cermin bagi melihat refleksi penampilan diri sendiri. Kini, genap baju ke-8 dicubanya namun tiada yang sesuai. Mengapa dia perlu dress up cantik-cantik? Dia sendiri tidak memahami mengapa dia melakukan sedemikian.

Pakaian ke-9 menerbitkan senyuman di wajah cantiknya itu. Betul lah sesetengah manusia yang berkata, nombor ganjil lebih afdal. Dia tersenyum melihat baju blouse yang dikenakan berwarna rosewood pink berkain cotton berlengan tiga suku dan labuh separa punggung. Skinny jeans berwarna hitam juga turut dipanankan. Hatinya girang.

Tangan mencapai beg plastik di dalam almari miliknya dan mengambil anak patung beruang sebesar dua belah tangannya itu dan dimasukkannya untuk dijadikan hadiah kepada Zayn. Dia kemudian mencapai Iphone miliknya dan bersedia untuk ke destinasi.

***

Arabella berlenggang lenggok menerjah kawasan bangunan syarikat milik Zayyan Yilmaz yang telah diusahakan sehingga berjaya dengan bantuan adiknya, Rayyan Yilmaz. YilmazThings.co. Terlipong mulut Arabella menyaksikan singboard besar yang terpampang di tengah-tengah bangunan. Lopongan bertukar senyuman lebar. Bekas kekasihnya sudah berjaya. Dia pernah bercita-cita ingin membuka restoren sendiri. Dari dulu hingga sekarang itulah impiannya. Bahkan Zayn juga tahu impian besarnya itu.

Tapi kini, Zayn sudah berubah. Mungkin dia juga sudah lupa dengan impian milik Arabella yang masih dalam proses mengusahaan itu. Kini, dia hanya doakan Zayn terus konsisten dengan syarikatnya yang telah menduduki aras persada dunia. Sofea juga nanti bakal terkenal.

Arabella melepaskan keluhan berat mengingatkan Sofea yang bakal menjadi isteri kepada Zayn. Namun, selagi Zayn dan Sofea tidak sah, Zayn bukan sepenuhnya milik gadis itu lagi. Entah mengapa hatinya tiba-tiba dipagut rasa hiba. Perit.

Kaki melangkah masuk. Receptionist meyambut kedatangannya mesra petang itu. Wajah manis milik Arabella menyambutnya. Dia mendekati kaunter dan bertanya jika dia boleh berjumpa dengan Zayn buat masa ini.

Setelah diberi keizinan untuk berjumpa PA milik Zayn, Arabella segera memasuki lift dan menekan punat. Setiap satu tingkat yang dinaiki, ada sahaja manusia yang ingin masuk. Arabella menjeling rimas.

Setelah mendarat di tingkat yang menempatkan pejabat milik Zayn, Arabellameloloskan diri dari manusia-manusi di dalam lift itu. Dia menarik nafas dan berdoa agar Zayn berada dalam mood ceria.

"Hye, ada apa yang boleh saya bantu?" Personal Assistant Zayn, tidak lain tidak bukan iaitu Wawa si lesung pipit menyapa sambil menayangkan kesung pipit dalamnya. Arabella mendekati.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now