"How are you?" Shamier bertanya sebaik sahaja mereka mendaratkan punggung di atas kerusi dalam secret recipe itu. Matanya memandang Arabella yang tiada riak menatap iphonenya di hadapan. Kek red velvet di depannya masih tidak dijamah.
Arabella mengangkat wajah dari terus bermain Iphonenya dan memandang Shamier yang menegurnya itu.
"Saya okay. Perut saya dah tak sakit dah. Lepas ni cuma kena makan on time la." Arabella mengangkat kening dan tersenyum sedikit. Shamier asyik risau tentang dirinya. Kenapa dia terlalu ambil berat tentang Arabella? Perkara ini yang buat Arabella agak kurang selesa dengan jejaka itu.
"Ouh. Okay lah kalau macam itu." Kata Shamier ringkas. Jawapan yang agak kurang tepat itu dibiarkan di bawa angin. Dia mahu bertanya tentang hal Zayn, Arabella dan Sofea. Manalah tahu jika Arabella ada benda mahu diperkatakan. Shamier memandang gadis itu lama sebelum dia mula berkata.
"Ara." Panggil Shamier perlahan.
"Hm." Arabella hanya membalas ringkas sementara tangan sibuk menguis kek kegemarannya. Tak pernah dia puas dengan kek itu.
"Saya tahu saya bukan siapa-siapa untuk nasihatkan awak pasal benda ini tapi
Please, just let them be." Arabella mengangkat wajah. Tahulah dirinya gerangan yang Shamier cuba bercakap tentang. Dia menjeling tanpa Shamier sedar.
"Saya tak nak awak sakitkan hati awak, awak bazirkan air mata awak, awak bazirkan masa awak chasing someone who don't deserve your heart."
Arabella diam berteleku menatap lantai. Meamang ada betulnya apa yang Shamier cakapkan dan tidak salah jejaka itu mahu memberi nasihat itu tetapi dirinya? Dirinya memang payah benar ingin memadamkan nama Zayn di dalam hati.
"Maybe one fine day." Arabella mengangkat wajah dan tersenyum comel kepada Shamier. Shamier menggeleng perlahan dan senyuman terpalit juga dibibir. Entah bilalah 'one fine day' Arabella bakal tiba.
"Esok saya dah nak kerja tau." Arabella berkata sebaik sahaja menghirup airnya. Topik ditukar ke hal kerja pula.
"Laa, awak sepatutnya MC lagi." Shamier berkerut wajah. Arabella ditatap lagi. Cantik benar perempuan di hadapannya ini sehingga matanya sendiri tidak bisa mengalihkan pandangan.
"Tuan Shamier, saya malulah. Sudah banyak kali saya ambil cuti. Lagipun saya dah sihat la. Dah boleh kerja." Gadis itu berkata ringkas bersama senyuman di bibir. Benar, dia malu sebenarnya mahu hadap muka tuannya itu. Sudah banyak kali dia mengambil cuti padahal dia dianggap chef muda, haruslah menunjukkan disiplin yang baik.
"Ikut awaklah. Kalau nak kerja boleh datang saja esok. Saya pun tak pergi hotel esok. Saya terbang pergi China esok. Ada kerja." Kata Shamier kepada Arabella. Mereka mula bersembang hal mereka sambil gelak ketawa.
***
Sudah hampir sebulan sejak dia dan Zayn bergaduh kerana kemusykilan dirinya ketika Arabella dimasukkan ke wad atas sebab gastrik. Bagaimana hubungan dia dan Zayn? Hm, begitulah. Baru-baru ini, dia dan Zayn hampir putus tunang akibat kecemburuan melampau dirinya. Entah mengapa sejak peristiwa yang telah jadi, perasan curiga terhadap Zayn selalu sahaja muncul.
Bagaimanalah dia harus menempuhi fasa ini selama tiga bulan. Tempoh pertunangan jika diikutkan perancangan adalah tiga bulan. Dulu, Zayn minta untuk tempoh sebulan sahaja, namun drinya degil ingin berlama-lamaan dalam tempoh serba payah ini.
Jika diikutkan hasrat Zayn mungkin sekarang dia telah membuat persiapan bagi menempuh hari paling bahagia di dalam hidup. Tapi malangnya segalanya telah diaturkan dek akalnya. Kini dia juga yang menyesal dengan pilihan sendiri.
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romance[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...