C 55

3.7K 82 2
                                    

2 BULAN SELANJUTNYA

"Sayang, dah siap?" Jeritnya dari luar ruangan bilik.

"Haish apa ni senget-senget samping ni?" Nuweena tergelak kecil sebaik sahaja membuka pintu bilik tidur mereka. Matanya dijamu dengan wajah masam milik Shamier yang kelihatan kusut dek samping yang dipakai.

"Takyah lah gelak, I tengah marah ni tau!" Jawab Shamier menarik muncung sedepa. Nuweena yang jelita tampaknya mengenakan baju kurung moden berwarna peach dan rambutnya ditutupkan sedikit dengan kain sarung berwarna coklat.

Baju Melayu yang kini dipakai Shamier juga sedondon dengannya memperlihatkan hubungan mereka beransur pulih. Semoga ikatan yang dipegang tidak terlerai lagi dengan bekalan pengajaran dari pengalaman yang dilalui mereka sebelum ini.

Senyuman ditarik lebar sebelum Nuweena mendekatkan dirinya dengan suaminya itu.

"Meh dekat sikit saya betulkan." Nuweena memegang hujung samping yang sudah pun dikenakan di badan jejaka itu.

"Dah besar nak jadi bapak orang pun tak pandai pakai samping ke?" Shamier yang asyik memandang wajah indah itu menjeling seketika.

"Biasanya ibu yang pakaikan." Nuweena hanya tersenyum. Kata-kata itu sahaja dapat menggambarkan betapa rapatnya hubungan dua beranak itu.

"Cantiknya ratu hati saya ni." Nuweena mendongak kepalanya sedikit memandang Shamier dengan teguran manisnya. Senyuman manis terukir dibibirnya. Shamier kini asyik bermanis mulut sungguh berbeza jauh sekali dengan Shamier yang dikenalinya di awal waktu perkahwinan mereka.

Shamier menundukkan wajahnya sedikit mendekatkan mukanya dan muka wanita itu. Satu kucupan pantas dihadiahkan di bibir isterinya itu diikuti dengan senyuman kacaknya. Pinggang ramping isterinya dipegang dan dielus penuh cinta.

Nuweena menahan senyum. Mukanya pula sudah mula memerah dengan kelakukan Shamier yang boleh tahan menggetarkan segala organ badannya itu. Dengan spontan, tangannya dinaikkan dan diletakkan di atas bahu lelaki itu. Wangian yang dipakai Shamier sungguh kuat memasuki rongga hidung dek jarak mereka yang sangat rapat.

"Thank you Shamier sebab terima saya jadi isteri awak. Terima kasih sebab berusaha untuk memenangi hati saya balik. Saya sungguh, sungguh tak sangka saya dapat peluang untuk mencintai dan dicintai oleh awak lagi."

"I've been crushing on you almost three years I guess. And this is the best reward I got." Katanya dengan senyuman pahit. Kepahitan yang dirasai mencintai manusia yang langsung tiada hati buatnya. Menyeksa batinnya, mencintai manusia yang sungguh bencikan dirinya. Menyanjungi wanita lain di hadapan isterinya sendiri.

Kepahitan yang mungkin dia bakal tidak lupa buat selama-lamanya. Benar, memaafkan dia masih mampu namun untuk melupakan, jauh sekali.

Tetapi apa-apa pun dia bersyukur dengan kemanisan yang dia peroleh atas nilai kesabaran yang dia lalui. Segala hempedu kini telah bertukar menjadi madu. Mama pernah kata, walau sebenci mana pun dirinya terhadap Shamier, dia tetap suami. Dan bersyukur, dia dapat menempuhi sehingga titik penamat. Manisnya ditemui.

"No, shh dear." Jari panjang telunjuknya menyentuh bibir wanita itu dengan kening yang berkerut.

"The one yang patut berterima kasih is me."

"Saya banyak buat awak sakit. Thank you sebab bagi peluang untuk saya perbaiki segalanya. You got such a good heart. Saya beruntung dapat awak." Nuweena tersenyum mendengar. Jari tadi ditarik kembali oleh Shamier.

"I thank you because you'd treat me like a princess sepanjang saya pantang. I like it." Nuweena tergelak kecil. Sepanjang tempoh pantangnya, Shamier menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Memasak untuknya, memandikan dirinya dan mengambil berat setiap inci tentang dirinya.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now