"Wahh! Besar bapak gajah tu!" Jerit Alysa teruja melihat gajah Thailand di depan mata. Jaraknya dan gajah juga yang agak dekat membuatkan dirinya bertambah teruja. Mulutnya lebar mengukirkan senyuman. Mikael di sebelah yang erat memegang tangan isterinya itu hanya tersengih melihat telatah comel Alysa.
"Meh, awak duduk sana, saya tolong snapkan gambar awak dan gajah." Kata Akeem di telinga Amna. Dia mengambil camera berjenama Nikon milik Amna yang berada di dalam tangan gadis itu. Camera bertukar tangan. Amna hanya tersenyum. Oh! My heart!
"One, two three." cekik! bunyi yang dihasilkan apabila merakam gambar daripada camera itu menimbulkan senyuman kacak Akeem. 'comel' getus hatinya. Amna yang semakin selesa membuat pelbagai posting dan mereka ketawa bersama-sama seolah-olah berada di dunia sendiri.
"Okay, korang yang nak naik gajah sila pergi tiket sendiri ya, ha takyah nak berangan aku payung lagi. Dahlah percutian ni aku yang tanggung." Bebel Mikael kepada rakan-rakannya di tengah-tengah khalayak itu.
"Eleh, engkau juga yang ajak kami kan?" Rayyan sambut bebelan Mikael berserta jelingan maut. Takdalah maut sangat sebenarnya, manja-manja saja. wkwk
Mikael menyatukan tangannya dan menanyangkan giginya kepada Rayyan yang kelihatan garang. Samalah seperti Zayn yang asyik dengan muka bengis mixed kacaknya. Tetapi, muka bengis itulah yang membuatkan ramai gadis cair dan jatuh hati dengannya. Untungla.
"Gee, nak naik gajah itu?" Mukanya kembali lembut memandang tunang di sisi. Dipegang tangan lembut gadis itu dan bertanya sopan. Manis senyuman terbit dibibir gadis yang amat dicintainya.
"Nak, kita naik sama-sama!" Lebar senyuman Gee kerana teruja untuk membina satu lagi kenangan bersama tunangnya itu. Di menarik pergelangan tangan Rayyan sambil menanyangkan gigi cantiknya.
"Okay, jom." Rayyan mengikut cinta hatinya yang menarik tangan untuk ke tempat pembelian tiket.
Arabella yang melihat adegan manis daripada 'bakal' adik iparnya dan tunang kesayangan tersenyum cemburu.
"Untung Gee, semoga dia tidak tinggalkan Rayyan macam mana aku buat dulu kepada Zayn." Gumamnya perlahan. Namun, Zayn perasan dan mengerti akan kata-kata Arabella. Zayn berada bersebelahan Arabella, masakan dia tidak dengar.
"Gee tak bodoh macam kau." Zayn berkata di telinga Arabella perlahan. Dia tersenyum sinis saat matanya dan mata Arabella bersatu. Zayn kemudian mengatur langkah untuk pergi dari situ.
Arabella memandang Zayn tajam. Dia mengecilkan matanya geramm! Kemudian dilepaskan keluhan. Mata melihat ke tempat pembelian tiket untuk menunggang gajah dan mendapat pakej memandikan gajah. Di atas kepalanya sudah menghasilkan mentol bernyala. Ya, dia ada idea!
Kaki mengatur langkah ke tempat pembelian tiket. Dilihat Amna dan Akeem sudah membeli tiket dan ke tempat perhimpunan gajah. Dia agak pelik tentang keakraban dua manusia itu, tetapi ini bukan masanya untuk semakkan fikirannya dengan figura lain. Misinya harus dijalankan.
Dia membeli tiket untuk dua orang dan kaki menuju ke tempat Zayn mengelamun iaitu di atas pondok beratapkan bulu-bulu yang tampaknya seperti pelepah. Dia sempat merakam gambar lelaki itu candid sebelum berhenti di hadapan Zayn.
"Nah, for you baby." Arabella menghulurkan tiket berwarna kuning kepada Zayn. Zayn menjeling dengan panggilan baby yang digunakan. Kenapa harus gadis ini memanggilnya sama seperti ibunya? Huh!
"Kenapa diam saja? Ambillah kita naik sama-sama. Tak perlu takut, saya kan ada." Arabella mengangkat tangan besar jejaka kacak di hadapannya itu. Zayn menahan senyum. Ditundukkan mukanya ke pasir halus dibawah.
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romance[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...