BEBERAPA BULAN BERLALU
"Kau balik Istanbul ke cuti new year nanti?" Dinda bertanya Arabella yang yang baru mahu bersarapan pagi itu.
"Tak sure. Tapi aku rasa tak kut." Arabella menjawab ringkas dengan mulut penuh. Dinda hanya mengangguk tanda faham.
Kini Arabella sudah tinggal berseorangan. Sebab itulah kadang-kadang sarapan juga tidak sempat untuk menjamu di rumah. Kadang-kadang memasak juga tidak sempat dan dia terpaksa tapau makanan tidak pun dia hanya membiarkan perut kosong dan menunggu hingga waktu makan tengah hari tiba dengan hanya meminum air.
Rahel? Dia baru sahaja pulang ke Turki bagi meneruskan kehidupan kerjanya di sana selepas kontraknya dan Arabella habis. Arabella kini sudah sembuh dari gangguan mental yang dialaminya dan berharap sinar kehidupan barunya juga tiba kelak. Dia tidak mahu sakit lagi.
Dapat sahaja gaji keduanya sebulan lepas, dia terus membuat keputusan untuk membeli telefon baharu. Payah benar dirinya ingin hidup tanpa gadjet. Laptopnya dulu ditinggalkan di Turki, nanti dia balik sana dia akan mengambilnya dan bawanya tinggal di bumi Australia ini.
Gaji pertamanya disimpan bagi membiayai apa yang patut sebagai persediaan ketiadaan Rahel. Syukur segalanya masih berjalan dengan lancar setakat hari ini. Amna juga sudah dapat dihubung melalui akaun Instagram dan mula mendapatkan kembali nombor telefon gadis itu.
Amna ada bercerita tentang hajat besar Akeem terhadapnya. Arabella sendiri dapat melihat senyuman kebahagiaan yang terpancar dek muka Amna. Dia juga tumpang bahagia. Tentang perosak hidupnya langsung dia tidak mengambil tahu sejak empat bulan dia bernyawa di Sydney, Australia ini.
"Kalau kau tak balik Turki, inform kat aku tau." Suara lembut Dinda mengejutkan Arabella dari lamunan lamabnya itu. Dengan melihat wajah Dinda sahaja, rindunya terhadap Amna bisa berkurang oleh sebab personaliti gadis itu memang tidak ubah seperti Amna. Dengan rambutnya yang memang sebijik. Arabella tersenyum.
"Ada apa-apa ke?" Arabella bertanya lagi. Pinggan yang tertinggal suku masih menjadi tatapan dan menyua makanan ke dalam mulut.
"Actually, I wanna take you to the city to celebrate new year, If you don't mind la." Dinda berkata lagi sambil tangannya menongkat dagu melihat Arabella yang baru bersarapan. Dia bukan tidak mahu serumah dengan gadis itu, dia teringin sangat tetapi Australia ini memang tempatnya, dia tinggal bersama keluarganya.
"Wahhh! Sounds fantastic! Nak ikut!" Arabella membutang sedikit mata apabila mendengarkan tawaran hebat daripada Dinda. Senyuman comel dihadiahkan buat gadis yang tua setahun dengannya itu. Dinda hanya tersenyum dan mengangguk.
***
Sesudah sahaja pelanggan semua pulang pada malam itu, Mr. Goerge Preston iaitu pemilik resteron itu ada meminta seluruh kaki tangan restoren itu untuk bermesyuarat pada kesokan harinya. Arabella hanya mengangguk lemah. Sepatutnya esok adalah hari cuti, baru sahaja dirinya ingin bangkit lambat pagi esok. Mesyuarat itu tidaklah mengambil masa yang lama pun.
Dinda menghantar Arabella pulang dengan selamat malam itu. Ini sudah menjadi rutin mereka untuk pulang bersama. Setelah mengucapkan selamat tinggal, Dinda memusing stereng dan pulang ke rumah keluarganya.
Esok harinya, Arabella bangun awal pagi itu bersiap dengan pakaian formal untuk bermesyuarat. Bukan selalu juga mereka akan mengadakan perjumpaan seperti ini, untuk berjumpa dengan pengarah itu juga bukanlah senang. Maklumlah, orang bekerjaya.
Seperti biasa, Dinda akan mengambilnya untuk ke restoren dan mereka akan bersama-sama tiba.
Setelah setengah jam menunggu ketibaan yang terhormat, Mr. Preston akhirnya tiba. Mereka menunduk hormat kepada ketua mereka dan Mr. Preston kemudian meminta mereka untuk duduk di kerusi masing-masing.
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romance[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...