C 28

2.1K 90 6
                                    

Sofea termenung ke luar jendela dengan tangannya yang masih memegang envelop dan gambar yang bersaiz A7 itu. Air mata keluar membasahi pipi melihat gambar tunang yang bercumbu dengan wanita lain. Bukan hanya itu, adegan mesra bertepuk tampar di cafe yang turut ditangkap gambar oleh Adora.

Kemarahannya terhadap Arabella bukan kepalang. Bercampur dengan sakit dikhianati Zayn. Tetapi dia mahu memastikan jika gambar itu benar atau palsu. Dia masih belum mengenali Adora jadi agar sukar ingin mempercayainya bulat-bulat.

Namun air mata memang langsung tidak mampu menutup hiba di hati. Mengapa Zayn? Dia tidak boleh terus begini, risau pula matanya bengkak. Esok dia bekerja seperti biasa. Tapi bagaimana harus dia berlagak biasa kalau macam ini yang jadi?

Sofea menarik nafas dengan matanya dipejam rapat. Dipujuk hati sendiri agar buang rasa ini jauh-jauh. Zayn memang sudah gila. Bagaimana pula Zayn boleh hanyut dengan gadis itu? Apa yang gadis itu telah buat hingga Zayn menjadi seperti itu. Dalam kepala Sofea tidak habis-habis menyalahkan Arabella yang dianggap pesalah.

Sofea membuka matanya. Esok selepas kerja, dia bakal menemui Adora untuk mendapat kesahihan khabar angin itu dan kemudiannya barulah dia akan bertindak. Dia harap segalanya adalah helah Adora dan sebenarnya perkara itu langsung tidak pernah terjadi. Dia tidak mampu untuk menanggung rasa ini lagi.

Kringg~~

Iphone miliknya berdering kuat mengejutkannya dari lamunan itu seterusnya menghilangkan wajah buruk Adora dari dalam kepala. Dia bergerak mendekati deringan itu. Melihat sahaja terpapar nama di skrin, air matanya lebat membasahi kulit pipinya. Dia tidak mampu menanggung sakit ini. Sungguhpun.

Talian terputus dan dia teresak di bucu katil. Nafas diambil dan dihembusnya kuat bagi menghentikan air mata yang terus-menerus mengalir. Iphonennya kembali berdering. tangan menggapai Iphone yang berada di sisi katil. Nafas diatur biasa.

"Hey, Fia. Saya risau la, saya mesej tak balas, call pun tak jawab, nasib awak jawab kali ini kalau tak saya dah pergi cari awak kat rumah tau." Kedengaran kalut Zayn di hujung taluan. mengapa jejaka itu harus berpura-pura tiada apa yang berlaku. Dasar jantan tak guna!

Sofea menjeling seraya senyuman sinis diukir meskipun Zayn tidak nampak. Baru sahaja mulut dibuka ingin menjawab, air mata mengalir lagi. Sofea hanya menyeka dan terus membalas tanpa ragu.

"Tak payah sibuk lah Zayn. I am nothing to you pun kan?" Sofea menjawab. Air hidung mengalir tetapi sedutan tidak kedengaran kerana di mengesatnya menggunakan tisu suapaya Zayn tidak tahu hakikat hatinya yang lara berhujan.

"Hey, asal ni? Are you okay dear?" Keluhan kuat Sofea selepas pertanyaan Zayn itu. Zayn berkerut dahi mendengar keluhan kuat yang keluar dari bibir mungil tunangnya di talian itu. Hatinya berdebar jika Sofea ada mengetahui apa-apa yang tidak patut dia ketahui.

"Fia tell me. There's something wrong?" Zayn bertanya lagi. Namun, esakan Sofea di talian yang menjawab soalannya. Hati Zayn benar-benar tidak sedap. Dia tidak berputus asa dan bertanya bertalu-talu jika ada benda yang membuatkan Sofea begitu sedih.

"No. there's nothing going on. Just leave me alone." Ungkapan yang tak terduga dek akalnya menguatkan lagi esakan. Mengapa mulutnya payah benar ingin bertanya jika benar Zayn dan Arabella bercumbu di belakangnya?

"Please Zayn. Jangan sia-siakan saya. Awak dah berjanji untuk mencintai saya. Awak janji untuk jadikan saya milik awak sampai bila-bila. Jangan buat saya menyesal pulihkan awak dari bekas kekasih awak yang dulu." Talian diletak serta-merta. Mata Zayn membulat mendengar penjelasan ringkas dan agak sarat dengan siratannya itu.

Zayn seperti sudah dapat mengagak apa yang Sofea sampaikan. Arabella memang nak kena. Mengapa dia harus membongkarkan rahsia itu! Zayn meraup wajahnya kasar. Tangan menggapai wallet dan kunci keretanya. Dia ingin bersemuka dengan pemusnah hidupnya itu.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now