C 29

2K 87 9
                                    

Sofea melihat pasangan itu dari sudut yang jauh. Walaupun dia tidak tahu topik yang dibicarakan namun hatinya tetap panas. Siapa saja yang tak panas melihat tunangan mereka berjumpa dengan manusia yang sama meragut bibir tunangnya itu. Membara hati apabila diingatkan kembali hal tersebut.

"Weh, asaltu?" Adora menarik tangan Sofea apabila melihat Arabella yang mula hilang imbangan dan pengsan di tempat kejadian. Apa yang sudah jadi? Apa sebenarnya mereka bincangkan sehingga gadis itu pengsan seperti itu? Sofea hanya menurut langkah Adora.

"Fia? A-awak buat apa di sini?" Zayn membutang mata melihat Sofea yang tiba-tiba sahaja datang ke hotel itu. Tangannya yang sedang merangkul kepala Arabella itu dipandang Sofea lama. Kemudian aenyuman sinia diukir.

"Get off her." Sofea berkata perlahan namun masih dapat didengar oleh semua manusia yang ada di situ. Jantung Zayn berdetak laju. Takut juga Sofea marah tetapi entah mengapa dirinya seperti tidak kisah. Tangan naik mengangkat badan kurus Arabella dan Sofea hanya dilirik di hujung mata.

Sofea terlopong seketika dan keluhan dilepaskan bersama jelingan. Adora membuat muka terkejut walhal dalam hati hanya mengejek Sofea yang dianggap 'loser'. Adora memegang bahu Sofea kononnya berbuat baik kepada kawan barunya itu.

"See? Arabella more important than you, dear." Adora mengusap belakang badan Sofea perlahan namun kata-kata yang keluar dari mulutnya itu kedengaran sinis dan mengejek. Sofea memandang wajah itu kemudian jelingan disedekahkan. Kenapalah dia dikelilingi dengan manusia yang tak guna.

"Dah lah. Aku nak pergi." Sofea merentap tangan Adora yang masih dibahunya. Sling bag dibetulkan dan kakinya mengorak langkah menjauhi Adora. Adora berkerut wajah dan dia mengejar Sofea mendapatkan gadis itu kembali.

"Kau nak gi mana?" Pertanyaan ringkas itu menghentikan Sofea dari meneruskan langkahnya.

"Follow Zayn lah." Sofea mengerutkan keningnya dengan diiringi muka tertekan.

"You know what Adora. I will never ever give up with Zayn. Aku takkan biarkan Arabella menang macam itu saja. Mungkin dia fikir Zayn sudah jatuh ke tangannya tapi...

Selagi aku wujud, aku akan pertahankan hak aku. Aku bukan lemah seperti dia. Setakat wasiat palsu pun boleh tinggalkan lelaki yang menyayanginya separuh mati."

Sofea menembak. Adora yang setia mendengar mencebik bibirnya seraya kening diangkat. Dalam hatinya ketawa kuat dan mengejek Sofea yang kelihatan bodoh ingin melawan dengan manusia yang sudah terang-terang Zayn sukar untuk lupakan.

"Kau tak ubah macam orang bodoh yang baru kenal erti cinta." Adora berkata jelas. Sofea berpusing menatap muka itu dengan kerutan di wajah. Adora ketawa kuat dengan mulut yang dibuka besar.

"Gila." Sofea melangkah pergi begitu sahaja meninggalkan manusia gila itu.

***

"I'm sorry, Fia." Zayn berkata perlahan sebaik sahaja dirinya melangkah keluar dari pintu wad itu. Terkejut juga dirinya melihat Sofea yang tiba-tiba terpancul mukanya di hadapan pintu. Hatinya agak kurang senang tetapi dia masih berlagak biasa.

"Sorry? For what? Sebab dah menggatal dengan perempuan itu?" Jelingan dihadiahkan bersama muka bengis.

"Atau... Sorry sebab dah termengandungkan perempuan itu?" Sambung Sofea lagi. Dia meluahkan ketidak sedapan hatinya yang mengganggu jiwanya tanpa berlapis. Zayn di hadapan melopong mulutnya dengan muka bengis. Mata disepetkan.

"Awak merepek apa ni Fia? Mulut tu jaga sikit. Saya tak buat lah benda macam itu." Zayn menggeleng kepalanya sedikit. Kecewa dengan apa yang telah keluar daripada mulut Sofea itu. Dia sedaya upaya untuk tidak menjerkah di situ memandangkan dia tidak mahu buat onar di hospital itu pula.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now