C 2

2.6K 101 4
                                    

Malam yang penuh syahdu ini mengingatkan Arabella kepada situasi yang berlaku baru-baru ini yang membolehkan dirinya pulang kembali ke Malaysia dan setkan targetnya. Dia termenung. Melihat bintang dan bulan terang menerangi gelap malam dari balkoni biliknya.

FLASHBACK

"Mak ngah bukan sengaja mahu menipu Ara, tapi Mak ngah betul-betul mahu jadikan Ara sebagai menantu." Kata Mak ngah Suraya dengan muka kecutnya kerana sudah kantoi.

"Suraya, awak memang tak pernah berubah. Fikiran awak hanya pentingkan diri awak sahaja. Awak langsung tak kisah tentang perasaan orang lain. Saya kecewa dengan sikap awak ini lah." Firman meluahkan rasa kekesewaan dalam hati. Sungguh dia tidak sangka begitu hitam hati milik isterinya itu.

"Abang.." Suraya tersentap. Dia tidak sangka perbuatan jahatnya ini juga telah memberi kesan kepada suaminya. Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka. Sumpah.

"Kalau itu yang Mak ngah impikan, Ara akan kahwin dengan Iqbaal." Ujar Arabella merendah diri. Dia sedih. Dia tidak mahu berkahwin dengan Iqbaal namun apakan daya jika itu dimahukan Mak ngah. Dia tidak sanggup untuk berkata tidak.

"Betulkah Ara?" Mata Mak ngah Suraya terbutang bersinar mendengarkan kata-kata yang Arabella lontarkan.

"If you don't want just say so. Tak perlu fikir pasal orang lain." Iqbaal bersuara sambil matanya memandang tajam ibunya itu.

"Huh?" Arabella memandang Iqbaal yang berada di belakangnya.

"Ara, I've told you to stop lying. You're too naive sampai orang pijak kepada you." Mata Iqbaal dialih memandang gadis yang dicintainya pula.

Biarlah, Arabella layak mendapat cinta yang lebih hebat darinya. Jika Arabella tidak mencintainya, buat apa dia mahu paksa. Sebab cinta memang tidak bisa dipaksa-paksa. Walau hati akan terluka, dia tidak akan mewarisi perangai buruk ibunya itu.

"Betul itu Ara. Kalau Ara nak cancelkan wedding ini pun tidak mengapa. Pak ngah tak marah." Firman menyuarakan perdapatnya yang sudah terang-terang menyokong buah fikiran anaknya.

Arabella diam membatu.

Ada juga terdetik rasa bersalah dalam hati menolak kembali pinangan itu. Namun, dia tidak mahu berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Hanya Zayn dalam hatinya. There's no one can replace him.

3 tahun dirinya ditipu. Fikirnya memang benar akan wasiat yang ditulis oleh ibu dan bapanya untuk diijab qabulkan bersama Iqbaal. Rupanya semua hanya helah Suraya. Dia kecewa dengan dirinya yang senang-senang sahaja ditipu oleh orang lain. Dia memejam matanya rapat.

Sekali sekala terbit rasa benci kepada Mak ngah tetapi ditepis rasa itu segera. Dia harus bersyukur, tanpa Suraya, siapa lagi mahu menjaganya ketika dia kehilangan keluarganya dahulu akibat kemalangan tanah runtuh di Genting Highland.

Mindanya berputar ligat menukar fikiran. Fikirannya kini dipenuhi wajah bekas kekasih hati. Dia yakin Zayn pasti sudah teramat benci akan dirinya kini. Bukan ini yang dirinya mahu untuk dijadikan pengakiran cerita cinta mereka. Sedih dan kecewa akan dirinya.

"Bell, malam ni kita gi shopping tau. Esok malam nak gi wedding Alysa kan." Jerit Amna sebaik sahaja menapak di bilik tidur Arabella.

"Eh, kau okay tak ni?" Tanya Amna melihatkan Arabella yang tampak seperti serabut.

"Aku okay, aku cuma rindukan papa dan mama aku. Kalau mereka tidak kemalangan hari itu, aku dan Zayn takkan berpisah." Ujar Arabella perlahan.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now