CHAPTER 033

73 11 0
                                    

Para pelajar mula berkumpul di dewan Starlight. Taehyung pula berjalan lambat-lambat ke sana. Dia mahu singgah ke bilik guru terlebih dahulu bagi mengetahui identiti pemilik kereta putih yang telah dirosakkan oleh kumpulan Seventeen beberapa bulan lepas.

Setelah tiba di hadapan bilik guru, Taehyung sedikit terkejut dengan pemandangan yang dilihatnya. Ternyata kelibat guru yang sepatutnya bertugas di dalam pejabat tidak kelihatan. Lelaki itu cuba mengintai melalui tingkap – mencari-cari kelibat yang mungkin berada di hujung bilik.

Sedang matanya mencari, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi sayup-sayup kedengaran dari arah bertentangan sedang melontarkan suara menggunakan mikrofon. Barulah dia sedar bahawa suara itu datang dari arah bilik mesyuarat yang terletak bersebelahan dengan pejabat.

Nampaknya, pembunuh itu dapat menghidu rancangannya yang mahu mengetahui identiti pemilik kereta putih itu. Dia mengeluh kecil. Musnahlah harapannya untuk menangkap pembunuh itu yang lebih cekap darinya.

Kata-kata Jimin mula bermain di minda,

"Jangan sesekali putus asa. Dia mungkin bijak tapi kau lagi bijak. Apa yang dia fikir hanyalah untuk menutup segala perbuatan yang dia lakukan," pujuk Jimin sekali gus meniup semangat kepada sahabatnya.

"Macam mana kalau dia kekal misteri? Macam yang kau tanya aku sebelum ni?" Tanya Taehyung, risau jika perancangannya tidak berhasil.

"Jangan cakap macam tu. Kau kena percaya diri kau. Dia pasti akan tertangkap juga," kata Jimin sambil menepuk belakang kawannya beberapa kali bagi menyalurkan kekuatan supaya lelaki itu tidak rasa berputus asa.

"Kenapa kau yakin sangat?" Dengan perasaan ingin tahu, Taehyung menunggu jawapan dari Jimin.

Lelaki itu mengukirkan senyuman, manis. "Sebab dia bukan seorang yang suka lari. Dia masih ada kat sekolah tu. Buktinya, bila dia bunuh Dong Hyuk. Adakah dia lari? Tak, kan? Dia bukan seorang yang suka dilihat lemah. Dia akan munculkan diri di hadapan kau dengan sendiri."

Mengingatkan ayat Jimin melegakan hatinya. Taehyung berusaha meniupkan kembali semangat yang hilang. Dia yakin pembunuh itu akan ditangkap menggunakan tangannya sendiri.

"Taehyung, kan? Buat apa kat sini?" Suara seseorang mengembalikan Taehyung ke dunia realiti.

Dia terus memandang ke arah pemilik kepada suara tersebut. Kelihatan Sir N sedang berdiri di hadapannya sambil mengukirkan senyuman, manis.

Mata Taehyung meliar ke koridor bangunan di bilik mesyuarat yang berada di blok bertentangan. Dia mahu melihat jika semua guru sudah habis bermesyuarat, namun tidak ada mana-mana guru pun keluar dari bilik yang terletak bersebelahan dengan pejabat itu.

"Sir tak join mesyuarat ke?" Dengan seribu pertanyaan di wajahnya, dia mengembalikan semula soalan kepada lelaki itu.

"Tak. Saya ada kerja kat bilik guru. Nak ikut?" Jelas Sir N sekali gus mempelawa lelaki itu masuk ke dalam kubikel miliknya.

"Takpelah. Saya dah nak pergi dewan ni," tolak Taehyung, lembut.

"Betul ni? You look like you want to ask something," tanya Sir N sambil memeluk tubuhnya. Dia melihat Taehyung dari atas ke bawah.

Serta-merta, Taehyung teringat sesuatu. Kereta putih itu! Dia datang ke situ untuk mengetahui pemilik kepada kereta putih itu. Hal ini supaya dia dapat menangkap pembunuh itu. Mungkin Sir N mengetahui pemilik kereta itu.

"Sebenarnya, saya nak tanya tentang...," belum sempat Taehyung menghabiskan ayatnya, suara seseorang menghentikannya dari bertutur.

"Kat sini pun kau. Aku cari dari tadi tak jumpa," S.Coups muncul secara tiba-tiba di sebelah mereka berdua sambil tercungap-cungap, keletihan.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now