CHAPTER 016

254 29 1
                                    

Taehyung kembali ke dewan bersama-sama dengan dua buah kotak yang agak berat. Suara pelajar yang bercakap sesama mereka masih kedengaran dari luar dewan. Taehyung tersenyum nipis sebelum melangkah masuk ke dalam dewan Starlight yang sudah dipenuhi oleh pelajar.

Dia berjalan mengharungi lautan manusia untuk menuju ke hadapan dewan. Lautan manusia yang berada dalam keadaan berbaris itu sedikit menyukarkan dia untuk ke hadapan. Nasib mereka membiarkan kosong di tengah-tengah dewan.

Taehyung maju dengan langkah yang laju untuk sampai ke hadapan pentas. Kelihatan beberapa barangan sudah disusun kemas di atas pentas di hadapan dewan. Setelah sampai di hadapan, kotak yang dibawanya terus diletakkan bersama-sama dengan barangan yang ada di hadapan.

"Takde yang tertinggal dah?" suara Cikgu Hyuk yang tiba-tiba bertanya dari arah sebelahnya sedikit mengejutkan dia yang sedang fokus meletakkan kotak dengan betul.

Taehyung berpaling sebelum mengukirkan senyuman. "Takde, cikgu."

"Baguslah. Dah, kamu boleh duduk," kata Cikgu Hyuk sebelum Taehyung menganggukkan kepala dan beredar pergi ke arah barisan pelajar lelaki di sebelah kiri dewan.

Taehyung beratur di belakang sekali. Yelah, dia paling lewat dan dia tak salahkan sesiapa pun. Sebenarnya, dia tak kisah berada di belakang atau di depan. Hal ini kerana, matlamatnya di sini hanya untuk mencari pembunuh dan menangkapnya.

Sedang berada dalam lamunan, tiba-tiba suara Cikgu Yoo menyentak gegendang telinga.

"Baiklah, saya akan menjemput kauselor yang terkenal di seluruh bandar Seoul. Dipersilakan, Encik Kim Suk."

Tepukan tangan para pelajar kedengaran memenuhi dewan Starlight. Taehyung yang berdiri di belakang mengintai kehadiran kaunselor tersebut. Kelihatan sepasang kasut berwarna hitam muncul dari belakang dewan. Kemudian, naik ke badan pemilik sepasang kasut yang memakai t-shirt berwarna hijau dan terus ke wajahnya yang mengukirkan senyuman.

Taehyung terkejut melihat lelaki itu.

Bukankah itu Inspektor Choi? Apa yang dia buat kat sini?

Seketika, imbasan memori ketika dia melintasi Blok A menuju ke dewan Starlight muncul dalam minda. Kenderaan beroda empat berjenama Nissan terlayar di mindanya. Patutlah kenderaan itu seperti dikenalinya sebelum ini. Rupa-rupanya milik Inspektor Choi.

"Selamat pagi, semua," permulaan bicara yang bagus daripada Inspektor Choi.

"Gembira bertemu dengan anda semua. Sudah lama saya tidak berdiri di sini. Di atas pentas. Bagaimanakah perkhemahan anda semua? Adakah ia seronok?" tanya Inspektor Choi penuh berhemah.

"Seronok!" sahut para pelajar tapi tidak Taehyung.

"Oh, saya hampir terlupa! Kamu semua masih belum mengenali saya, bukan? Nama saya Kim Suk. Kamu semua boleh panggil saya Encik Kim. Sepanjang sesi perkhemahan, saya akan memantau aktiviti-aktiviti korang di sini bersama-sama dengan cikgu kalian."

Senyuman manis dihadiahkan kepada para pelajar yang berada di hadapannya. Sesekali matanya cuba mencari kelibat Taehyung. Namun, di dalam khalayak ramai seperti ini agak sukar untuk mencari kelibat lelaki itu.

Dua jam mereka berada di dewan ini semata-mata untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Inspektor Choi a.k.a Kim Suk. Taehyung hanya mendengar tanpa bersuara. Dia langsung tidak bercakap apa-apa dengan orang sebelah mahupun belakang atau depan melainkan memerhati ke arah Inspektor Choi yang sedang menyamar di atas pentas.

Minda dia menerawang ke hari di mana dia mencari Inspektor Choi di bilik pejabat milik lelaki itu beberapa hari sebelum perkhemahan berlangsung,

"Nina, Inspektor ada?" tanya Taehyung kepada Nina yang menjaga di kaunter hadapan.

"Inspektor keluar lah, Taehyung," balas perempuan itu.

Taehyung mengerutkan keningnya. Setahu dia, Inspektor Choi takkan keluar ke mana-mana sekiranya tiada tujuan penting.

"Dia pergi mana?" tanya Taehyung sekadar ingin mengetahui kehilangan Inspektor Choi.

"Entah. Inspektor tak bagitahulah pulak."

"Okeylah. Aku tunggu dia kat dalam. Dia sampai nanti, kau bagitahu yang aku dah ada kat bilik dia," kata Taehyung.

Nina menganggukkan kepala sebelum menyambung kembali kerjanya. Taehyung pula sudah beredar menuju ke bilik Inspektor Choi.

Pintu bilik dibuka. Barang-barang kemas tersusun di atas meja. Taehyung bergerak ke meja Inspektor Choi lalu membelek-belek barang yang terdapat di atas meja. Sedang tangannya membelek barangan, matanya ternampak sehelai kertas. Kertas poster yang memaparkan tentang seorang penceramah.

Taehyung mengerutkan kening. Ada kes baru ke?

"Dah lama ke kamu tunggu?" suara Inspektor Choi mengejutkan Taehyung. Dia berpaling ke belakang selepas meletakkan semula kertas itu di atas meja.

"Takdelah. Baru lagi," balas Taehyung terus bersalaman dengan Inspektor Choi.

"Ada apa kamu nak berjumpa dengan aku?" tanya Inspektor Choi.

"Aku datang ke sini cuma nak bagitahu yang sekolah akan adakan perkhemahan," kata Taehyung menerangkan tujuannya ke sini.

"Ye, aku tahu!" Taehyung mengerutkan kening. Bagaimana Inspektor Choi boleh mengetahui lebih awal dari dia?

"Okey. So, macam mana?" tanya penyiasat itu mengetepikan rasa kelirunya terhadap Inspektor Choi.

Jari dipetik di hadapan wajah Taehyung menyebabkan dia tersentak daripada lamunan panjangnya. Wajah di hadapan dipandang. Kelihatan Luhan sedang memandangnya dengan wajah yang meminta jawapan.

Taehyung memerhati keadaan sekeliling. Semua manusia sudah kembali ke kawasan perkhemahan di padang. Hanya tinggal dia dan Luhan sahaja di tengah-tengah dewan.

"Apa yang kau menungkan tu?" tanya Luhan, ingin tahu.

"Nothing."

"Kau ada apa-apa masalah ke?" tanya Luhan, prihatin.

"Takde apa-apalah. Jangan risau," kata Taehyung, cuba mengukirkan senyuman manis kepadanya.

"Okeylah," balas Luhan tidak mahu memaksa lelaki di hadapannya.

"Jomlah. Semua orang dah ada kat padang. Kau je yang masih berdiri kat sini," kata Luhan mula membuka langkah, menuju ke padang.

"Luhan," panggil Taehyung.

Luhan menghentikan langkah lalu berpaling semula ke arah Taehyung yang masih belum berganjak itu. Keningnya diangkat: bertanya kepada Taehyung yang memanggilnya itu.

"In... maksud aku, penceramah tu... err dia ada kat padang jugak ke?" tanya Taehyung.

"Ini mesti kes kau banyak mengelamun ni," Luhan ketawa kecil melihat Taehyung yang termangu sendirian.

"Mestilah cik abang oi. Dia kan dah kata tadi yang dia akan ikut sama pantau kita," sambung Luhan.

Taehyung hanya menganggukkan kepala tanda memahami sebelum bergerak menuju ke padang. Luhan mengikut Taehyung seraya jalan beriringan menuju ke padang.

BERSAMBUNG

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now