CHAPTER 005

369 41 2
                                    

Today, 22 June, 12:35 p.m : ChimChim

Weh, Tae! Esok kau free tak? ;)

Mesej daripada Jimin dibaca sepintas lalu sebelum dia menghempas kembali telefonnya ke atas katil. Keluhan berat dilepaskan tatkala terbayang wajah S.Coups yang menahan marah. Kejadian pada waktu pulang sekolah itu membuatkan Taehyung berasa sedikit kesal.

Wajah S.Coups yang menahan marah benar-benar merunsingkan hatinya. Belum pernah wajahnya nampak tegang sebegitu seperti dia memang sudah berdendam lama dengan Luhan. Akibat fikirannya serabut, dia terus mencapai kembali telefon bimbitnya sebelum membuka kembali pesanan Jimin.

Today, 22 June, 02:45 p.m : Taetive

Esok aku sekolah tapi malam ni aku free ><

Pesanannya ditaip laju sebelum menekan butang send. Tidak sampai beberapa saat, mesejnya sudah dibalas oleh Jimin.

Today, 22 June, 02:46 p.m : ChimChim

Weh, lambat siot kau balas.. ok, malam ni kita jumpa <3

Taehyung tersenyum nipis membaca pesanan ringkas yang dibalas Jimin. Kemudian, dia menaip dengan laju bagi membalas mesej daripada kawannya. Lalu butang send ditekan.

Today, 22 June, 02:46 p.m :Taetive

Ok, set.. kita jumpa kat tempat biasa :-)

Kali ni, pesanannya hanya dibluetickkan. Jimin tidak membalas pesanannya. Telefon bimbitnya kembali diletakkan ke atas katil manakala dia terus berdiri bagi menyalin pakaian dan membersihkan diri memandangkan dia baru sahaja sampai ke rumah.

🔎

"Coups, tu bukan Taehyung ke?" tanya Joshua apabila dia terpandang satu kelibat yang seperti Taehyung. S.Coups yang sedang menyedut minuman terus memandang ke arah tempat yang ditunjukkan Joshua begitu juga dengan Mingyu.

Kelihatan seorang lelaki memakai kacamata hitam beserta dengan topi berwarna hitam ala-ala penyiasat serta memakai sweater yang berwarna koko cerah sedang berjalan menuju ke suatu tempat yang agak tersorok daripada orang ramai. Gayanya kelihatan kasual sahaja. Wajah pemuda yang ingin dijumpai tidak kelihatan dengan lebih jelas kerana terlindung di sebalik dinding sebelah kanan yang menutup sebahagian kedai.

"Siapa orang yang nak dia jumpa tu?" tanya Mingyu. Pandangannya masih tidak beralih daripada memerhati Taehyung beserta seorang lagi lelaki.

"Aku rasa aku nak buat surprise kat si budak baru yang berlagak tu," kata S.Coups beserta senyuman sinisnya.

"Kau nak buat apa?" tanya Joshua teruja. S.Coups tidak membalas malah hanya bibirnya yang terukir dengan sebuah senyuman misteri.

🔎

Pintu kafe yang selalu dikunjunginya ditolak dari dalam dan terhasillah bunyi loceng berlaga sesama sendiri. Taehyung berhenti di hadapan pintu sekejap bagi mengenal pasti kedudukkan Jimin yang berjanji mahu bertemunya di sini. Apabila dia ternampak lambaian tangan daripada Jimin, barulah senyuman terukir di bibirnya. Dia terus berlalu ke meja yang agak tersorok daripada pandangan pelanggan lain.

"Weh, sorry sebab lambat. Biasalah jem," ujar Taehyung sebaik sahaja sampai di hadapan Jimin yang duduk berhadapan dengan laptop berjenama Lenovo-nya.

"Takpe. Aku pun baru sampai. Ha! Ni apa cerita? Mana laptop kau? Jangan kata nak kongsi dengan aku," kata Jimin, bergurau. Tangannya pantas memegang erat laptopnya seolah-olah tidak mahu dilepaskan laptop miliknya.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now