CHAPTER 010

308 33 1
                                    

“Kenapa kau nak kena kemas baju ni?” tanya Jimin selepas Taehyung mempelawanya untuk masuk ke dalam biliknya yang agak bersepah dengan pakaian. Taehyung tidak membalas malah dia hanya mengambil bajunya yang berselerak di atas katil dan dialihkan ke atas meja kerja yang berada berdekatan dengan katilnya.

“Duduklah dulu. Aku nak pergi buat air sekejap,” jemput Taehyung lalu segera berlalu pergi menuju ke dapur. Jimin tidak sempat menghalang Taehyung pergi.

Disebabkan bosan, Jimin bangun daripada duduk lalu terus menuju ke arah meja kerja yang bersepah dengan baju-baju milik kawannya. Sedang matanya ralit melihat-lihat ruang dalam bilik kawannya, tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kertas yang diselitkan pada beg sandang berwarna biru laut yang digantungkan di kepala katil. Terus dia berjalan ke arah beg tersebut dan dicapainya kertas tersebut. Lalu dibacanya,

Kami menjemput anda selaku pelajar form 5 untuk menghadiri perkhemahan kali ni bagi menghilangkan rasa trauma dan gelisah kalian. Aktiviti perkhemahan akan diadakan pada,

Hari: Khamis (01 July 20XX)
Tempat: Padang Estin Highschool
Pukul: 8:00 pagi sehingga (04 July 20XX) 12:30 tengahari

Dibawah ni akan ada senarai barang yang perlu dibawa:

Baju rasmi sekolahSelipar dan kasut sekolahBarang mandian (syampu, sabun, etc)Barang masakkan (periuk, senduk, etc)Bahan masakkan (bawang dan buah-buahan: yang lain-lain cikgu akan bawa)Alat tulis Buku notaBaju tidur (dalam 3 helai)Baju T-shirt dan baju pj (untuk aktiviti yang dijalankan)

Saya selaku ibubapa/penjaga ______________________________________ kepada _______________________ ting ___ MEMBENARKAN/TIDAK MEMBENARKAN anak jagaan puan untuk menghadari aktiviti perkhemahan pada 01 July sehingga 04 July bersamaan 4 hari 3 malam.

“Kau buat apa kat beg aku?” tanya Taehyung membuatkan Jimin yang membaca surat kebenaran daripada pihak sekolah tersebut terkejut lantas berpaling ke belakang. Wajah Taehyung ketika itu kelihatan serius.

“Err.. ak... aku,” belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya, Taehyung terus menyampuk.

“Kenapa gagap tiba-tiba ni?” tanya Taehyung terus menuju ke meja kerja yang mempunyai sedikit ruang kosong di sebelah kiri lalu diletaknya dulang di atas meja tersebut.

Jimin terdiam apabila Taehyung berkata sedemikian. Kemudian, dia terus menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu beserta sedikit senyuman kekok.

“Maaf. Tadi aku terbaca surat kebenaran kau. Betul ke yang kau akan pergi perkhemahan tu?” tanya Jimin. Wajahnya jelas menampakkan riak kerisauan. Sejujurnya, dia bimbang akan keselamatan kawannya yang seorang itu.

“Yup, aku akan pergi ikut aktiviti perkhemahan. Lagipun, perkhemahan yang cikgu anjurkan ni wajib untuk disertai oleh semua pelajar,” kata Taehyung sudah mula tersenyum.

“Okey. Aku harap kau takkan apa-apa,” balas Jimin dengan nada yang seperti tidak mahu lepaskan Taehyung pergi. Sayu je suaranya.

Taehyung segera mendekati Jimin lalu menepuk lembut bahu kawannya itu. “Hey, kenapa ni? Aku pergi bukannya lama pun. Empat hari tiga malam je pun. Nanti kita boleh jumpa lagi lah,” kata Taehyung. Suaranya lembut sahaja.

“Sebenarnya, aku risaukan keselamatan kau. Entah kenapa, aku dapat rasakan nyawa kau berada dalam bahaya sekarang ni. Tengok kejadian yang baru berlaku sudahlah. Aku tak nak kehilangan kau. Kau kawan baik aku,” balas Jimin dengan nada sebak.

“Min. Aku takkan apa-apa. Kau jangan risau, eh? Pembunuh tu takkan berani nak lawan akulah. Aku kan penyiasat yang handal. Aku boleh lawan dengan diorang macam Ninja tau!” kata Taehyung ingin mengembalikan suasana ceria. Dan, ya! Dia berjaya membuat Jimin ketawa kecil.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now