CHAPTER 030

79 10 0
                                    

Taehyung berdiri membelakangi lokernya sambil bersandar pada pintu loker yang terbuka luas. Matanya liar memerhati beberapa pelajar lalu-lalang di setiap koridor. Ada beberapa pelajar yang berbual sesama semdiri di penjuru loker, ada juga yang sekadar melintasi laluan koridor dan ada juga para jejaka yang sedang cuba memikat para gadis.

"Hey, kau buat apa kat sini?" Bunyi keriukan pintu loker dibuka beserta suara seseorang yang dikenalinya bertanya.

Taehyung sedikit tersentak. Dia memandang ke arah pemilik suara itu, sekilas. "Luhan?"

Tindakan lelaki itu terhenti. "Eh, maaf! Aku lupa nak perkenalkan diri."

"Eh, tak payah! Aku tahu nama kau," balas Taehyung sambil menggawang-gawangkan tangannya sebagai isyarat dia tidak kisah.

"Oh ya. Cikgu Hyuk ada sebut nama aku," balas Luhan dengan wajah yang terukir sengihan di bibir.

"Nama cikgu tu Hyuk, eh?" Tanya Taehyung berpura-pura tidak mengingati lelaki tua itu.

"Ha ah. Dia cikgu kelas kita. By the way, kau tengok apa tadi. Nampak macam fikir panjang je," tegur Luhan.

Nampaknya Luhan asyik memerhatinya sejak tadi. Dia sengaja tidak mahu menegur lelaki itu lebih awal agar dia boleh melihat jika benar lelaki itu sudah mendapat ingatannya kembali. Ternyata penantiannya sia-sia. Disebabkan itu, dia menegur Taehyung sebentar tadi.

"Takde apa. Cuma tadi aku terdengar desas-desus yang mengatakan dekat sekolah ni pernah terjadi pembunuhan beramai-ramai. Betul ke?" Pertanyaan dari Taehyung itu berjaya menyentakkan Luhan.

"Kau dengar dari siapa?" Tanya Luhan, meneguk liur.

"Entah. Orang lalu-lalang kat sini. Aku tanya kau pun sebab kau mesti pernah dengar semua ni," balas Taehyung masih dalam lakonan.

Dia mahu lihat sendiri samada lelaki itu akan berkata benar atau sebaliknya. Malah, dia juga hadir ke sekolah ini untuk mencari tahu tentang identiti pembunuh kedua. Dia yakin Luhan tidak bekerja seorang diri. Walaupun dia tidak pasti kaitan antara Luhan dengan S.Coups.

Luhan berdiam diri. Dia cuba menyusun ayat agar lelaki itu tidak menghidu apa-apa darinya. Jika perkara itu berlaku, nyawa lelaki itu bakal berada dalam bahaya.

"Actually memang pernah ada kes tu. Tapi pihak polis biarkan je kes tu sebab takde saksi dan juga suspek," jelas Luhan. Taehyung tahu lelaki itu menipu demi menutup identiti diri.

"Seriously? Takkan pihak polis tak buat apa-apa? Kau pun tahu pembunuh tu masih terlepas. Macam mana kalau dia bunuh orang lain lagi?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Taehyung.

"Entah. Aku tak tahu."

"Siapa pembunuh tu?" Tanya Taehyung, lagak seperti seorang penyiasat.

Sebelum dia memberkas Luhan, dia mahu tahu siapa suspek kedua kes pembunuhan itu. Dia mahu mengetahui dalang sebenar dalam kes ini. Dia yakin ada seorang lagi suspek yang merupakan pembunuh sebenar dalam kes ini.

🔍

"Taehyung? Boleh tolong saya?" Taehyung yang baru sahaja mahu keluar dari bilik guru terus menghentikan langkahnya. Dia berpaling ke arah Cikgu Yoo yang sedang berdiri dari tempat duduknya.

"Ye, cikgu! Nak minta tolong apa, ye?" Tanya Taehyung dengan penuh kesopanan.

"Datang sini jap," sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Taehyung.

Pemuda itu terus bergerak menuju ke meja Cikgu Yoo yang berada jauh di belakang. Dia melalui beberapa orang guru termasuklah Sir N dan juga Cikgu Hyuk.

"Boleh kamu tolong angkatkan buku-buku ni untuk dimasukkan ke dalam kereta?" Tanya Cikgu Yoo seraya buku-buku itu diangkatnya. Bersiap-sedia untuk memberi kepada Taehyung.

Tanpa banyak soal, Taehyung terus menadah tangan, menerima buku-buku itu untuk diletakkan ke dalam kereta.

"Kereta cikgu tak kunci. Kamu letak je di seat belakang. Oh, by the way, kereta cikgu warna putih. Plat kereta WAD," jelas Cikgu Yoo secara terperinci.

"Baik, cikgu," seraya menundukkan kepalanya kepada paras 30°.

Taehyung terus berlalu keluar dari bilik guru. Dia membetulkan buku-buku yang berat itu supaya tidak terjatuh.

Setelah itu, dia meneruskan perjalanan menuju ke parking kereta yang terletak berhampiran dengan padang sekolah.

Sebaik sahaja sampai di parkir kereta, dia terus menghentikan langkahnya. Beberapa buah kereta berwarna putih menghiasi pandangan. Hanya dua buah kereta sahaja berwarna hitam.

Kereta yang berplat WAD dicari. Kereta itu terletak berhampiran dengan sebuah lagi kereta putih namun, kereta tersebut kelihatan seperti dicalar oleh sesuatu. Tanpa menghiraukan keadaan kereta satu lagi, Taehyung terus menyelesaikan arahan Cikgu Yoo.

Pintu belakang kereta sebelah kiri dibuka. Buku- buku itu diletakkan dengan kemas di atas seat penumpang. Setelah itu, pintu ditutup rapat dengan penuh cermat.

Dia sempat mengerling ke arah kereta kepunyaan cikgu di sekolah itu yang calar-balar dengan kesan torehan. Malah, kesan cat juga jelas kelihatan. Cuma contengan cat itu masih jelas walaupun telah cuba untuk dipadam.

Siapalah yang berdendam dengan pemilik kereta itu sehingga sanggup meninggalkan kesan yang tidak boleh hilang?

BERSAMBUNG
Okay, guys. Hambar, right? I know. Sorry. Anyway, happy reading!



Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now