CHAPTER 021

186 17 0
                                    

Selesai aktiviti di dewan, perasmi dijemput untuk menikmati hidangan di bilik vvip manakala para pelajar diminta untuk mengambil makanan di padang. Semua pelajar bergerak dengan pantas untuk menjamu selera kerana masing-masing sudah kelaparan.

Taehyung bergerak menuju ke khemah sementara menunggu keadaan di sana yang kecoh dengan perebutan para pelajar kembali reda. Kelibat Inspektor Choi masih dicari namun seperti tadi, dia masih belum bertemu dengan kelibat lelaki itu.

"Kemana pula lelaki itu pergi?" tanyanya kepada diri sendiri sambil menyepak rumput-rumput kecil di tanah.

"Uit! Cari siapa tu?" suara dari arah belakang Taehyung yang tiba-tiba menegur itu mengejutkan lelaki itu.

Taehyung segera berpaling ke belakang. Satu sosok tubuh kelihatan sedang mengukirkan satu sengihan seraya jari kananya membuat tanda 'peace'.

"Terkejut aku! Kau buat apa kat sini?" tanya Taehyung tatkala wajah Joshua berada di hadapan matanya.

"Hehehe... Aku nampak kau tadi. Tu yang aku tegur," jelas Joshua.

"Kau pula ngomel apa tadi?" tanya Joshua pula.

Terkedu Taehyung apabila lelaki itu berkata demikian. Dia bimbang sekiranya identiti dirinya terbongkar di hadapan lelaki itu.

"Takpelah, Taehyung. Makanan banyak lagi. Kau ngomel kat sini bukannya dapat apa-apa. Lebih baik kau beratur sana," sambung Joshua sedikit sebanyak membuat dia berasa lega.

Sangkanya identitinya sudah terbongkar. Taehyung mengukirkan senyuman paksa sebelum menganggukkan kepalanya.

"Kau tak pergi ambil makanan ke?" tanya Taehyung apabila perasan Joshua turut meliar sepertinya.

"Tak. Aku ingatkan nak tunggu orang berkurang dulu baru pergi ambil," jelasnya.

"Sama lah. Tapi macam makin ramai je," di akhir ayat, Taehyung tergelak kecil.

Ketika dia ketawa, matanya secara tiba-tiba ternampak satu kelibat yang mencurigakan. Kelibat tersebut memakai baju serba hitam besertakan topi hitam di atas kepalanya. Topi tersebut tidak mempunyai tanda W seperti topi kepunyaan semua guru yang terlibat dalam perkhemahan.

"Josh, aku nak pergi tandas sekejap!" kata Taehyung lalu berlari anak mengejar lelaki misteri tadi.

"Hey, Tae!" Josh hanya mampu menjerit tanpa sempat menghalang lelaki itu pergi lebih jauh. Dia hanya melihat kelibat lelaki itu beransur hilang dari pandangan mata.

Taehyung bergerak perlahan, mengikut jejak langkah lelaki di hadapannya yang seperti tidak perasan penyiasat itu mengekori dari belakang. Lelaki itu berjalan santai menuju ke destinasi yang hanya dia tahu.

Mereka melalui koridor panjang yang meletakkan beberapa loker pelajar di kiri-kanan laluan tersebut. Mata Taehyung memandang terus sambil memerhati setiap pergerakan lelaki misteri itu. Dia bimbang sekiranya lelaki itu perasan dirinya diekori.

Tiba-tiba, lelaki itu menghentikan langkahnya di tengah-tengah koridor. Taehyung yang terkejut itu pantas mencari tempat berlindung. Dia terus menyorokkan diri di tepi loker. Lelaki itu kelihatan seperti memerhati keadaan sekeliling sebelum kembali memulakan perjalanan.

Setelah beberapa minit berjalan, mereka berdua tiba di sebuah stor sukan yang luas. Lelaki itu masuk ke dalam stor tersebut. Taehyung bergerak melalui dinding sebelum mengintai ke dalam ruang stor berkenaan.

Lelaki misteri itu berdiri betul-betul di tengah stor sukan. Cahaya bulan menyirami stor sukan dari tingkap di hadapan lelaki itu. Samar-samar kelihatan kelibat lelaki itu yang masih berdiri tegak. Taehyung memulakan langkah menuju ke pintu masuk. Dia bergerak perlahan, mahu mendekati lelaki itu.

"Aku dah agak yang kau akan ikut aku, Taehyung," suara yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya membuatkan langkah Taehyung turut mati. Dia yang berada jauh sedikit dengan pintu masuk sedikit terkejut.

Perlahan-lahan, lelaki itu memusingkan badannya ke arah Taehyung. Dia memandang wajah Taehyung yang mungkin masih belum mengenali siapa orang yang berdiri di hadapannya.

"Luhan," terletus keluar suara Taehyung. Dia memandang wajah lelaki di hadapannya dengan pandangan meminta jawapan.

Lelaki itu tersenyum sinis sebelum membuka topeng yang dipakainya. Cap yang tersarung di atas kepala juga ditanggalkan. Dia mengukirkan senyuman sinis buat penyiasat itu.

"Aku tahu kaulah penyiasat tu. Kau menyamar jadi budak sekolah. Kau datang sini dengan harapan kau dapat tahu pasal aku," jeda lelaki itu.

"Aku tak sebodoh yang kau sangkakan, Kim Taehyung-shi," sambung lelaki itu. Dia berjalan menghampiri Taehyung yang berdiri di hadapannya.

"Macam mana kau boleh tahu semua ni?" tanya Taehyung yang masih berada di ambang kejutan.

Luhan berjalan di sekitar Taehyung. Tangannya diletakkan di belakang badan. "Aku perasan dari awal lagi yang ada benda tak kena pasal kau. Kau masuk sekolah ni sebaik sahaja kematian beramai-ramai tu berlaku."

"So? Not only me who transfer to this school at that time," bantah Taehyung.

"Well, yeah. Aku kaji semua benda, Taehyung. Perkara yang buat aku percaya kau penyiasat adalah ketika kau senyap-senyap pergi tempat pembunuhan Dong Hyuk. Aku nampak tindakan kau waktu tu."

Taehyung terkedu. Ye, tindakan dia sangat menonjol ketika itu.

"Bukti tu saja tak cukup untuk buktikan aku penyiasat," balas Taehyung cuba menenangkan dirinya.

Luhan mengukirkan senyuman. "Satu lagi perkara yang buat aku percaya kau penyiasat adalah ketika kau dengan penceramah kita berjumpa kat tandas Blok Cemerlang. Or should I call him as Inspektor Choi?"

Sekali lagi, Taehyung terkejut.

Adakah Luhan memasang mata-mata ke atas dirinya?

"Kau penyiasat tu, Taehyung. Kau tak boleh nak nafikan sebab identiti kau dah terbongkar," kata Luhan menghentikan langkahnya betul-betul di belakang Taehyung.

"Jadi, benarlah kau pembunuh tu?" tanya Taehyung.

Diam.

"Kenapa kau bunuh diorang? Apa salah diorang sampai kau tergamak buat diorang macam tu?" tanya Taehyung, tegas mahukan pengakuan dari lelaki itu.

"Kau tak kenal mereka," gumam Luhan, perlahan.

"But they don't deserve that. Kalau disebabkan dendam, kau tak boleh buat macam tu. Cara kau salah!"

Luhan kembali berjalan di sekitar Taehyung sebelum berhenti betul-betul di hadapan lelaki itu. "Aku buat semua ni bukan sebab dendam."

🔎

Inspektor Choi tiba di padang sekolah. Dia dapat lihat para pelajar sedang beratur mengambil makanan di bawah kanopi. Dia bergerak menuju ke kanopi yang disediakan untuk para guru. Sambil mengambil makanan, matanya mencari kelibat Taehyung di antara pelajar di bawah kanopi yang tidak jauh darinya.

"Cari siapa?" suara seseorang menyapa dari sebelah. Dia berpaling sebelum mengukirkan senyuman.

"Takde sesiapa. Cuma aku teringat kat anak-anak aku bila tengok mereka semua," jelas Inspektor Choi, berbohong.

"Sir N!" suara seorang pelajar lelaki kedengaran menyampuk perbualan mereka. Jin, Joshua dan J-Hope menyapa pandangannya.

"Kenapa ni?" tanya lelaki yang berbual dengan Inspektor Choi sebentar tadi.

"Taehyung. Dia hilang!" Jelas J-Hope yang kelihatan risau dan panik.

"Apa? Hilang!?" tanya Sir N tidak percaya. Inspektor Choi pula terkejut. 

BERSAMBUNG...
Enjoy! Maaf sbb ambil masa yang lama untuk smbung cerita ni. Dan sorry for broken English.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now