CHAPTER 028

81 11 4
                                    

Taehyung dibawa ke bilik sakit sekolah. Dia berbaring di salah sebuah katil di dalam bilik sakit itu. S.Coups berdiri di sebelah katil dengan wajah yang penuh dengan kerisauan.

"Jangan risau. He's fine," Suara Doktor Lee yang merawat Taehyung sebentar tadi kedengaran berhampiran dengannya.

"Apa yang berlaku?" Tanya S.Coups inginkan penjelasan jelas tentang situasi yang tiba-tiba berlaku.

Doktor Lee mengukirkan senyuman manis. Dia bergerak menghampiri S.Coups lalu menepuk beberapa kali bahu kanan lelaki itu.

"Maybe ada something yang terlintas di fikiran dia. Biasalah. Proses untuk dapatkan memori dia balik," kata Doktor Lee, mengukirkan senyuman manis sekali gus mahu menghilangkan kegundahan yang melanda hati kecil lelaki itu.

S.Coups sekadar menganggukkan kepala. Wajah lena Taehyung dipandang. Lelaki itu seperti sedang tidur dengan nyenyak di atas katil.

Bunyi pintu dibuka kedengaran, mengalihkan perhatian S.Coups. Dia memandang gerangan yang membuka pintu tersebut. Kelihatan Luhan sedang berdiri di hadapan pintu masuk. Mata mereka bertembung buat seketika sebelum Luhan merapati katil yang diduduki Taehyung.

S.Coups menggenggam penumbuknya. Rasa geram melihat Luhan yang berpura-pura baik di hadapannya. Namun, dia tahu dia tidak boleh menganggu lelaki itu jika mahu selamat.

"Macam mana dengan keadaan Taehyung? Aku dengar dia pengsan," Luhan bertanya kepada S.Coups.

"He's fine. Takde apa yang perlu dirisaukan," balas S.Coups tanpa memandang wajah lelaki di hadapannya.

"Kamu berdua janganlah risau. Dia okey. Cuma dia perlukan rehat yang cukup," kata Doktor Lee sambil berbalas senyuman dengan Luhan. Lalu lelaki itu berlalu pergi dari situ.

"Aku minta maaf," kata Luhan, perlahan.

S.Coups pura-pura tidak mendengar permohonan maaf lelaki itu. Dia sendiri tidak pasti samada lelaki itu benar-benar maksudkannya atau tidak. Dia juga tidak tahu bahawa lelaki itu bercakap dengannya atau tidak.

"Kau pergilah masuk kelas, Coups. Biar aku yang jaga Taehyung," ujar Luhan berjaya mengalihkan perhatian S.Coups dari Taehyung.

"Takpelah. Aku jaga dia," S.Coups tidak mahu menyerahkan tugas itu kepada Luhan kerana bimbang nyawa lelaki yang terlantar di atas katil berada dalam bahaya.

"Jangan risau. Dia akan selamat di bawah jagaan aku. Kau pergilah rehat dulu. Aku takkan buat apa-apa, " Luhan cuba meyakinkan lelaki itu.

Akhirnya, S.Coups setuju untuk menyerahkan waktu penjagaan kepada Luhan. Dia terus berlalu pergi. Namun belum sempat dia melangkah keluar, dia kembali memandang ke arah Luhan.

"Kalau Mingyu atau Joshua datang, kata kat mereka yang aku dah balik kelas," sempat lagi lelaki itu menitipkan pesanan. Dia bimbang jika dua rakannya itu mencarinya.

Luhan sekadar menganggukkan kepala. Setelah itu, pintu bilik sakit ditutup dari luar. Luhan menghampiri Taehyung yang masih tidak sedarkan diri. Wajah polos lelaki itu direnungnya.

"Kenapa kau datang sini balik? Aku tak nak dia bunuh kau," kata Luhan, perlahan.

"Bunuh? Siapa?" Suara seorang lelaki kedengaran diiringi dengan bunyi langsir ditarik berdekatan dengan katil Taehyung.

Lelaki itu amat dikenali Luhan. Lelaki yang merupakan cikgu dan pembunuh. Luhan meneguk liurnya, perlahan. Serentak itu, jantungnya berdegup kencang.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya Luhan dengan nada suara yang kedengaran seperti tersekat di kerongkong.

"My hand. Terluka sebab budak nakal," Seraya itu, dia menunjuk lengan kanannya yang berbalut kemas dengan bandage.

Lelaki itu terus bangun dari duduknya. Dia menghampiri katil Taehyung. Luhan hanya memerhati tingkah laku lelaki itu.

"Nyenyak dia tidur," katanya sambil melihat wajah lena Taehyung. "Jangan risaulah. Aku takkan bunuh dia sekarang."

Sambil memandang ke arah Luhan, dia berbisik perlahan. "Sekarang ni waktu sekolah. Tak sesuai untuk bunuh dia."

Apabila melihat Luhan yang kelihatan gelisah itu, lelaki itu terus menepuk beberapa kali bahu lelaki di hadapannya. "Chill, okay?"

Senyuman yang terukir di bibir lelaki itu kelihatan menyeramkan. Lantas, Luhan menganggukkan kepalanya, perlahan.

"Kalau kau nak tahu, dia datang sini balik sebab dia amnesia. Aku dengar doktor tadi cakap dengan S.Coups," jelas lelaki itu.

Kini, barulah Luhan mengerti kedatangan Taehyung kembali ke sekolah. Wajarlah lelaki itu seperti tidak mengingati apa-apa ketika masuk ke sekolah pagi tadi.

"Tapi tu tak bermakna dia selamat," kata-kata guru lelaki itu kembali menyedarkan Luhan.

Mata mereka bertembung buat seketika. Lelaki itu mengukirkan senyuman yang seakan memerlinya yang tidak boleh menyelamatkan Taehyung walau dengan cara apa sekalipun. Hatinya rasa sakit namun, dia terpaksa pendam.

Dia masih ingat bagaimana lelaki itu membunuh sembilan orang pelajar di bilik gym. Wajahnya langsung tidak mempamerkan riak bersalah. Malah, lelaki itu masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa.

"Selamat berjaya," kata lelaki itu mematikan lamunan pendek Luhan. Lelaki itu sempat membuat tabik hormat sebelum berlalu ke pintu bilik sakit.

Pintu terus dibuka. Kelibat Mingyu di hadapan bilik sakit mengejutkan mereka berdua. Apabila matanya bertembung dengan lelaki itu, dia terus memberi laluan seraya menundukkan kepalanya.

Lelaki itu turut menundukkan kepala sebelum berlalu dari situ. Setelah kelibat itu menjauh, Mingyu terus masuk ke dalam bilik sakit. Matanya meliar mencari kelibat seseorang.

Luhan yang melihat terus menegur lelaki itu. "Kau cari S.Coups ke?"

Terus Mingyu memandang ke arah Luhan. Kepalanya dianggukkan sebagai jawapan.

"Dia dah balik ke kelas," kata Luhan, seperti yang dipesan S.Coups sebentar tadi.

"Oh, terima kasih," balas Mingyu, segera keluar dari bilik itu: mahu pulang ke kelas.

Setelah yakin kelibat Mingyu sudah hilang, Luhan menghempaskan keluhan kecil. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Nampaknya dia tiada pilihan lain selain hanya menurut segala arahan lelaki durjana itu.

BERSAMBUNG
Hope you guys like it.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now