"Taehyung, bangun!"
Taehyung yang masih mamai itu menarik selimutnya menutup keseluruhan badannya. Sebaik sahaja selimut menutup keseluruhan dirinya, ada satu tangan yang menarik selimut tersebut daripada menutup wajah penyiasat itu.
"Jimin, aku mengantuklah!" kata Taehyung sambil tangannya cuba menggapai selimut yang berada di tangan lelaki itu.
"Jimin? Siapa Jimin?" Tatkala mendengarkan soalan itu, Taehyung terus membuka matanya, luas.
Wajah di hadapannya diperhatikan dengan pandangan terkejut. Dia menyerabaikan rambutnya yang kusut menjadi lebih kusut. Bagaimana dia boleh tidak perasan yang dia masih menjalankan tugas?
"Dah jam berapa ni?" tanya Taehyung. Soalan tadi dibiar sepi.
"Dah nak dekat pukul 6 pagi. Kita kena berkumpul kat dewan Starlight tepat-tepat pukul 6. Kalau tak, markah kumpulan kita ditolak," balas Jin.
Lelaki itu terus mencapai bajunya yang bersepah di atas lantai khemah lalu dimasukkan ke dalam beg sandang yang dibawanya. Nasib baik, beg sandang itu besar. Jadi, pakaian kotor boleh dimuatkan ke dalam beg tersebut tanpa bercampur dengan pakaian bersih.
"S.Coups dan J-Hope mana?" tanya Taehyung apabila matanya menangkap hanya kelibat Jin yang berada bersama-sama dengannya di dalam khemah itu.
"Oh, diorang pergi siapkan makanan pagi."
"Berdua?"
"Taklah. Gyujin, Wooshin semua ada kat sana jugak," balas Jin, ketawa kecil.
"Oh, okey. Aku pergi bersiap dululah," kata Taehyung terus keluar daripada khemah. Dia mereggangkan oto-otot di luar khemah. Suasana di luar khemah dia perhati. Ramai pelajar sedang menyiapkan sarapan pagi untuk ahli kumpulan mereka.
Kelibat ahli kumpulannya juga berada di 'dapur' berdekatan dengan khemah mereka. Keadaan ketika itu nampak sedikit kecoh. Laungan demi laungan meminta itu dan ini kedengaran menyebabkan suasana jadi hingar-bingar.
"Eo? Taehyung?" suara seseorang menyapa penyiasat itu.
Taehyung memandang ke arah gerangan yang memanggil. Kelihatan Wooshin memandangnya sambil tangannya membawa cerek air bersama dengannya.
"Baru bangun ke?"
Taehyung hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan.
"Pergilah bersiap cepat. Nanti kita makan sama-sama."
"Sekarang ni, pukul berapa?"
"Baru pukul 5 pagi," balas Wooshin besertakan senyuman manis di bibir.
Sekali lagi, Taehyung menganggukkan kepalanya. Dia teringat kembali apa yang Jin katakan kepadanya sebelum bersuara, "Tapi tadi Jin kata sekarang ni dah pukul 6 pagi?"
Wooshin tergelak kecil.
"Kenapa?" tanya Taehyung, terasa seperti dipermainkan.
"Kau susah bangunlah tu. Kalau bagitahu pukul 5, kau tidur balik! Lebih baik kata pukul 6," terang Wooshin.
"Dahlah, aku pergi dulu. Nak pergi ambil air kat water cooler," kata Wooshin seraya menepuk bahu Taehyung beberapa kali sebelum meninggalkan Taehyung bersendirian di situ.
🔍
"Cepatlah! Kita dah lewat ni!" gesa J-Hope kepada Joshua yang baru sahaja menyarungkan kasut sukan yang berjenama Nike ke kaki kanannya.
"Kejap, aku nak siap dah ni!" kata Joshua. Dia mengemaskan kasutnya setelah selesai menyarungkan kasut tersebut di kedua-dua belah kakinya.
"Dah, jom!" kata J-Hope mencapai tangan Joshua lalu beredar dari situ.
YOU ARE READING
Jack The Ripper Clone (✔)
Mystery / ThrillerPembunuhan yang menggemparkan dunia telah kembali. Meskipun tidak berlaku di negara yang sama, namun pembunuhan itu masih menakutkan warga kota. Pembunuhan ala-ala kaedah Jack The Ripper telah berlaku di sebuah sekolah di tengah-tengah bandar Seoul...