Koridor yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar dilalui Taehyung dengan gaya yang selamba. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Beg sandangnya yang berwarna biru laut itu dibetulkan supaya kedudukannya tidak menyebabkan dia terjatuh nanti. Daripada bising dengan suara yang bercakap-cakap, kini koridor yang dilaluinya dipenuhi dengan bisikan. Mata-mata yang berada di situ juga memandangnya. Namun, Taehyung hanya berlagak biasa.
"Budak baru ke?" tanya seorang pelajar lelaki yang tiba-tiba sahaja menghalang jalan Taehyung menyebabkan dia terpaksa menghentikan langkahnya.
"Taklah. Budak lama," balas Taehyung dengan selamba menyebabkan pelajar lelaki itu menarik muka masam.
"Kau budak baru kat sini, jangan nak berlagak pandai," kata pelajar lelaki itu dengan nada yang nampak sangat geram dengan sikap Taehyung.
"Baiklah, baiklah," Taehyung mengangkat kedua-dua belah tangannya bagaikan menyerah kalah kepada pihak lawan. "Aku pelajar baru kat sini. Nama aku Kim Taehyung. Kau boleh panggil aku Taehyung atau Tae," ujarnya memperkenalkan diri.
"Kim Taehyung? Sedap nama kau. By the way, my name is Choi Seung Cheol. But, kau boleh panggil aku S.Coups. And, and and, aku ketua pembuli kat sekolah niso, watch out!" balas pelajar lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai S.Coups dengan senyuman menyindir.
"Aku pulak, Kim Mingyu. Orang panggil aku as Mingyu," sampuk satu suara yang datang entah dari mana. Taehyung beralih ke arah pemilik suara itu yang kini berada di sebelah kanan S.Coups.
"And, aku pulak Jisoo Hong. Panggil je aku Joshua because aku lebih suka panggilan tu," sampuk satu lagi suara yang entah datang dari mana. Taehyung mengalihkan pandangan ke arah suara itu pula dan pemilik kepada suara itu berhenti di sebelah kiri S.Coups yang masih dengan senyuman sindirnya.
"Oh, kalau macam tu, tolong beri laluan kepada aku sebab aku nak pergi mendaftar as pelajar baru di sekolah ni," kata Taehyung kepada mereka bertiga yang memang betul-betul menghalang laluannya kini.
"Lah, kami halang laluan kau ke? Mianhae," ucap S.Coups lebih kepada menyindir. Taehyung hanya mampu bersabar.
"Taklah. Kau bagi laluan kat aku sekarang ni," balas Taehyung dengan riak selambanya. Disebabkan hal itu, sengihan sindir S.Coups pudar digantikan dengan muka masam.
"Kau! Memang, kan? Aku dah kata jangan nak berlagak pandai kat sini, budak baru!" tempik S.Coups. Nadanya tinggi menyebabkan semua orang yang berada di situ terkejut kecuali Mingyu dan Joshua.
"Kau nak aku report polis tentang kegiatan membuli kau?" tanya Taehyung dengan lagak penyiasatnya.
Gelak tawa S.Coups, Mingyu dan Joshua terlerai dan mula memenuhi ruang koridor yang sunyi sepi itu. Pelajar lain yang turut berada di situ hanya mampu memandang tanpa masuk campur akan hal S.Coups dan gengnya. Semua orang takut akan kumpulan itu kerana mereka merupakan samseng sekolah.
'Sakitnya hati aku! Kalaulah mereka bertiga ni tahu aku ni penyiasat, pasti mereka akan melutut kat depan aku supaya maafkan mereka kerana tak nak dimasukkan ke dalam penjara. Sabar jelah, Taehyung! Matlamat kau kat sini adalah siasat kes pembunuhan beramai-ramai tu bukan melayan budak yang belum matang' pujuknya dalam hati kecilnya.
"Kau siapa? Pelajar baru je kot. Nak report polis konon. Entah-entah, polis pun tak layan kau," ujar S.Coups selepas tawanya reda.
"Dahlah, malas aku nak layan budak mentah macam korang bertiga ni," kata Taehyung dan mula menolak bahu S.Coups ke tepi supaya dia dapat berjalan menuju ke pejabat sekolah.
"Hey! Aku budak mentah? Kau tulah yang budak mentah!" terjerit-jerit si S.Coups apabila Taehyung berjalan meninggalkan mereka bertiga dan tidak mengendahkan mereka lagi.
YOU ARE READING
Jack The Ripper Clone (✔)
Mystery / ThrillerPembunuhan yang menggemparkan dunia telah kembali. Meskipun tidak berlaku di negara yang sama, namun pembunuhan itu masih menakutkan warga kota. Pembunuhan ala-ala kaedah Jack The Ripper telah berlaku di sebuah sekolah di tengah-tengah bandar Seoul...