CHAPTER 022

232 19 1
                                    

"Macam mana boleh hilang?" Tanya Inspektor Choi sambil 'bermain' dengan cawan plastik yang dipegang di tangan kiri.

"Josh, kau ceritalah!" Arah Jin memberi laluan kepada lelaki itu membuka cerita.

"Tadi Taehyung bagitahu kat saya yang dia nak ke tandas. Saya tunggulah kat tepi pokok tapi dia tak muncul-muncul," jelas Joshua.

"Dah berapa lama dia hilang?" Tanya Inspektor Choi dengan wajah garangnya persis seorang anggota polis.

"Dalam 20 minit yang lepas," sampuk Jin, laju.

"Korang dah cari kat semua tandas? Mungkin dia sakit perut ke," tanya Inspektor Choi tidak mahu membuat andaian walaupun dia sendiri berasa tidak sedap hati.

"Dah. But we can't find him," jawab J-Hope pulak.

Inspektor Choi mula berfikir jauh. Bila difikirkan tandas di blok sekolah bukannya sedikit. Boleh jadi lelaki itu pergi tandas di blok Cemerlang sepertimana perjumpaan mereka yang sebelum ini.

"Sebelum Taehyung hilang, kau ada nampak perkara yang mencurigakan?" Tanya Inspektor Choi setelah lama berfikir.

Joshua cuba mengorek memori bersama dengan Taehyung beberapa minit yang lepas. Sikap terburu lelaki itu ketika memohon ke tandas kembali bermain di minda.

"Dia nampak macam terburu- buru," ayat Joshua itu membuatkan Inspektor Choi kembali tenggelam dalam fikiran.

Bukankah itu perkara biasa sekiranya mahu ke tandas? Jadi kemanakah Taehyung pergi?

"Saya baru ingat," kata Joshua tiba-tiba mengembalikan Inspektor Choi ke alam nyata.

"Dia ada ketawa masa berbual dengan aku. But then, he stopped. Dia macam tengok kat something sebelum minta izin ke tandas," sambung Joshua tanpa menunggu pertanyaan dari Inspektor Choi atau orang lain.

Inspektor Choi mula risau tatkala mendengar penerangan dari lelaki itu. Kemanakah Taehyung menghilang? Dan apakah yang dilihat lelaki itu?

"Kau nampak macam penyiasat pulak," tegur Sir N yang dari tadi hanya memerhati di sebelah. Lelaki itu menepuk-nepuk belakang badan Inspektor Choi sambil ketawa kecil.

🔎

Luhan kembali berjalan di sekitar Taehyung sebelum berhenti betul-betul di hadapan lelaki itu. "Aku buat semua ni bukan sebab dendam."

"Jadi, apa motif sebenar kau?" Tanya Taehyung, ingin tahu punca pembunuhan itu dilakukan.

Luhan tidak membalas. Dia terus merapatkan mulutnya dengan telinga Taehyung lalu berbisik perlahan.

"Kau tak perlu tahu sebab tak lama lagi nyawa kau pun akan melayang."

Tanpa berlengah lagi, lelaki itu terus menikam perut Taehyung menggunakan pisau yang disorokkannya tadi. Darah membuak-buak keluar dari tusukan yang agak dalam itu.

Luhan menarik pisau itu dari perut Taehyung. Kaki Taehyung mula terasa lemah sebelum dia jatuh bersandar ke dinding. Wajahnya seakan meminta jawapan dari lelaki itu.

"Kalau kau nak selamat, tutup mulut kau dan blah dari sekolah ni," katanya sambil mencangkung di hadapan Taehyung yang menahan perutnya dari mengeluarkan darah dengan banyak.

"Oh, aku lupa yang nyawa kau akan melayang sebentar nanti," kata Luhan, sinis.

"Dan aku rasa mungkin kau takkan selamat kot," lelaki itu bangun daripada mencangkung sambil bermain-main dengan pisaunya.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now