CHAPTER 035

62 9 0
                                    

Cikgu Hyuk's POV

Beberapa bulan selepas Hyuk ditukarkan ke Estin Highschool, dia sudah boleh mengingat wajah anak murid yang berada di kelasnya. Senyuman sentiasa menghiasi wajah lelaki itu apabila bertembung di laluan koridor dengan murid-murid di sekolah.

Malah, Hyuk juga dikenali sebagai guru yang peramah. Cuma apabila tiba waktu pembelajaran, mood ramahnya bertukar kepada mood serius.

"Bak duit kau sekarang!" Jeritan seorang pelajar lelaki dari laluan koridor yang dikelilingi dengan loker di kiri dan kanan menarik perhatian Hyuk.

Dia yang mahu pergi ke bilik guru terus menghentikan langkahnya. Dari jauh, dia ternampak seorang lelaki sedang mencengkam kolar baju seorang pelajar lelaki yang memakai cermin mata bercorakkan rusa.

Dengan tangan terketar-ketar, lelaki berkaca mata itu mengeluarkan beberapa keping not wang dari dalam poket seluar. Lelaki tadi terus mengambil duit tersebut sebelum melepaskan kolar baju, kasar.

"Ini je? Hey, aku nak duit lah!" Terus direntapnya rambut lelaki itu dengan kasar.

"Tu je yang aku ada," lemah sekali suara budak lelaki itu menjawab.

"Jangan memandai nak tipu aku. Aku tahu kau ada duit yang banyak," tanpa banyak soal, lelaki itu terus meraba segala poket yang berada di baju dan seluar lelaki tadi.

Tangannya terus mengeluarkan beberapa lagi keping not wang. Lelaki lemah itu cuba menggapai-gapai wang yang berada di tangan lelaki itu namun, cepat lelaki itu menghalang.

"Ni apa? Kertas?" Sambil menunjukkan beberapa keping not wang ditangannya tepat di hadapan muka Luhan.

"Jangan ambik duit tu. Aku merayu," Luhan terus melutut di hadapan ketua pembuli menyebabkan dia dan konco-konconya ketawa.

"Kalau aku ambik juga, apa yang kau boleh buat?" Tanya ketua pembuli itu dengan senyuman sinis.

"Aku merayu. Please," Luhan masih belum berputus asa untuk mendapatkan kembali wang itu.

Ketua pembuli yang berdiri itu terus meraup rambutnya ke belakang. Dia berasa rimas dengan rayuan lelaki lemah seperti Luhan.

Dia terus mencengkam rahang Luhan supaya menghadap wajahnya. "Aku tak makan rayuan lah!"

Tanpa dijangka, lelaki itu terus menyepak tepat di rusuk kiri milik Luhan. Lelaki itu mengaduh, kesakitan. Namun diendahkan oleh segelintir pelajar di situ.

Tiada seorang pun berani menghentikan perbuatan ketua pembuli itu terhadap Luhan. Habis lunyai Luhan dikerjakan. Darah keluar dari mulutnya.

Hyuk terkejut melihat keadaan Luhan seperti itu. Dia terus memusingkan badannya ke belakang sebelum berjalan pantas menuju ke bilik guru.

Rasa amarah dan dendam membuak-buak di dalam diri. Kesakitan yang dirasakan Luhan turut terasa.

Pulang sahaja ke rumah, Hyuk mula membuka laman web pendaftaran pelajar sekolah di Estin Highschool. Skrin laptop memaparkan beberapa maklumat lengkap pelajar. Nama Luhan ditaip di pencarian.

Dia membaca segala maklumat tentang Luhan. Latar belakangnya juga dilihat. Luhan merupakan seorang anak yatim yang kematian bapa. Dia hanya tinggal bersama dengan ibunya.

Mata Hyuk menangkap perkataan sumbangan di akhir biodata lelaki itu. Luhan mendapat sumbangan dari pihak sekolah untuk merawat ibunya yang sedang menghidapi kerosakan buah pinggang. Namun, sumbangan itu hanyalah berjumlah sedikit.

Senyuman penuh makna mula terukir di bibirnya. Dia boleh memberi bantuan kepada Luhan tetapi bersyarat. Dia yakin Luhan tidak akan menolak kerana lelaki itu pasti terdesak, memerlukan duit untuk rawatan ibunya.

🔎

Hyuk menanti kehadiran Luhan di dalam kelas selepas tamat waktu persekolahan. Sementara menanti Luhan, dia membelek-belek buku pelajar di atas meja guru.

"Cikgu?" Suara Luhan kedengaran dari luar kelas.

Hyuk mengukirkan senyuman manis kepada Luhan. Dia terus mengajak Luhan masuk ke dalam bilik darjah itu. Lelaki itu hanya menurut.

"Ada apa cikgu nak jumpa dengan saya?" Tanya Luhan tidak berani menatap mata lelaki itu.

"Aku dengar mak kau sakit. Kan?" Luhan terus menganggukkan kepalanya.

"So, kau perlukan duit?" Mata Luhan terus bersinar apabila mendengar perkataan duit.

Tanpa sempat Luhan menjawab, Hyuk terus mengeluarkan satu sampul berwarna koko yang agak tebal lalu diunjukkan kepada Luhan.

Lelaki itu berasa ragu-ragu untuk mengambilnya. Hyuk hanya membiarkan Luhan untuk menyentuh sampul yang tebal itu. Membiarkan lelaki itu melihat isi dalam sampul itu.

Setelah membelek sampul itu, Luhan terus memandang wajah Hyuk, meminta penjelasan dari lelaki itu. Hyuk terus mendekatkan dirinya dengan meja. Bersedia untuk menyampaikan tujuannya.

"Aku boleh bagi duit tu tapi bersyarat," kata Hyuk sambil melihat sampul yang masih di pegangan Luhan.

Luhan mengerutkan kening. "Bersyarat?"

"Dalam dunia tak ada yang free. Aku boleh bagi dengan syarat kau tolong temukan aku dengan pembuli kau," pinta Hyuk dengan jelas.

"Cikgu nak buat apa berjumpa dengan dia?" Dengan polos, Luhan bertanya.

Hyuk mengukirkan senyuman misteri. Dia bangun dari tempat duduk lalu bergerak ke hadapan Luhan. "Aku nak kau kau bawa aku jumpa dia sebab aku nak bagi hukuman kat mereka. They don't deserve to live."

Luhan terus meletakkan kembali sampul itu ke atas meja. "Maaf, aku tolak duit ni!"

"Wow, biar betul! Banyak ni! 3000 ringgit!" Sengaja Hyuk menyuntikkan rasa ragu-ragu dalam diri Luhan.

"Aku tak boleh terima duit ni. Aku tak nak bersubahat! Aku minta maaf," Jelas Luhan sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Hyuk seorang diri di dalam bilik.

Beberapa hari kemudian, Luhan datang bertemu dengan Hyuk untuk berbincang mengenai duit yang mahu diberikan kepada lelaki itu. Luhan terpaksa berjumpa dengan Hyuk kerana keadaan maknya semakin teruk.

Hyuk bersetuju untuk menolong Luhan tetapi pertolongan itu masih bersyarat. Dalam keadaan ragu-ragu, akhirnya Luhan terpaksa menerima syarat itu.

Dia tidak mahu Hyuk membunuh mereka namun, dia tidak ada pilihan selain terpaksa membutakan matanya demi wang.

Jadi, mereka membuat persetujuan untuk memulakan aktiviti mereka pada hari rabu. Hari yang disukai oleh Hyuk. Luhan pula bersiap-sedia untuk memerangkap mereka ke dalam kancah pembunuhan.

BERSAMBUNG

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now