CHAPTER 004

393 39 2
                                    

KEESOKANNYA,

Telefon Taehyung bergetar tatkala Cikgu Hyuk sedang mengajar di hadapan kelas. Dia terpaksa menyelongkar kocek seluarnya dan mengeluarkan secara senyap tanpa sesiapa pun perasan akan tingkahlakunya yang mahu melihat siapa si pemanggil pada waktu ini. Walaupun pelajar yang berada di sebelahnya.

"Okey, ada apa-apa soalan yang mahu ditanya?" tanya Cikgu Hyuk selepas menerangkan soal pelajaran yang diajarnya iaitu Matematik. Taehyung segera mengangkat tangan kanannya.

"Okey, Taehyung," ujar Cikgu Hyuk memberi ruang kepada Taehyung.

"Err, cikgu! Saya angkat tangan bukan untuk bertanya tetapi untuk meminta izin," balas Taehyung dengan wajah yang serba-salah. Telefonnya yang bergetar buat kali ketiga menyebabkan dia terpaksa juga meminta izin kepada guru lelaki di hadapannya.

"Silakan," balas Cikgu Hyuk.

"Izinkan saya ke tandas sekejap," kata Taehyung dan Cikgu Hyuk hanya menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih, cikgu," ucap Taehyung dengan wajah yang lega. Terus dia bergerak keluar dari kelas dan menuju ke destinasinya iaitu tandas.

S.Coups memandang Taehyung yang berlalu pergi dengan pandangan yang tajam.

🔎

"Yeobeoseyo, Inspektor?" Taehyung terus bersuara tatkala panggilan telefonnya diangkat.

"Taehyung... Aku nak jumpa kau sekarang ni. Ada hal yang mustahak yang perlu aku bagitahu kat kau sekarang ni,"

"Tapi Inspektor..." belum sempat Taehyung membalas kata, suara Inspektor Choi mencelah.

"Hal mustahak! Ini melibatkan nyawa dan keselamatan kau. Jadi, takde tapi-tapi. Aku nak kau jumpa aku sekarang jugak,"

"Tuan, sekarang ni waktu persekolahan. Undang-undang sebagai pelajar tidak memperuntukkan seorang pelajar sekolah ponteng dari waktu pembelajaran," balas Taehyung dengan tegas.

"Ya, aku tahu. Peraturan sekolah memang tidak memperuntukkan pelajar ponteng sekolah tapi nyawa dan keselamatan kau dalam bahaya. Aku tak nak nanti kau jadi macam mangsa yang dibunuh,"

"Aku tahu jaga diri sendiri. Aku akan berhadapan dengan dia kalau hal itu yang boleh buatkan masyarakat hidup aman dan damai," katanya.

"Aku dapat surat ugutan daripada pihak luar. Dalam surat itu menyatakan nyawa kau berada di hujung tanduk. Jika kau tetap mahu teruskan siasatan ni, kau akan menjadi sebahagian daripada mangsa yang dibunuh,"

"Aku akan hadapinya. Bukankah itu moto kita untuk membanteras jenayah?" balas Taehyung. Pada awalnya, dia memang terkejut apabila diberitahu bahawa nyawanya berada di hujung tanduk. Namun, pendiriannya tetap.

"Macam nilah, kita gunakan rancangan lain. Kau balik semula ke sini. Dan dokumen kau sebagai pelajar itu akan aku ambil esok hari,"

"Tak! Aku takkan berganjak dari sini. Kalau aku tak dapat penjenayah tu, aku akan tetap menjadi pelajar di sekolah ni," balas Taehyung. Dia tidak setuju apabila Inspektor Choi berkata sedemikian.

"Kau memang degil. Okey, aku akan berikan masa untuk kau teruskan siasatan. Kalau dua minggu akan datang, kau masih tak jumpa apa-apa, aku terpaksa hentikan siasatan kau. Lagipun, nyawa kau sekarang ni berada di hujung tanduk. Ingat tu!"

Panggilan terus dimatikan oleh Inspektor Choi. Taehyung terkedu lalu perlahan-lahan, dia menurunkan telefonnya dan mula termenung. Kenapa perlu jadi macam ni? Adakah pembunuh tu seseorang yang mengetahui perkembangan semasa tentang penyiasatan?

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now