Taehyung masih tidak berganjak dari situ walaupun kelibat S.Coups sudah lama berlalu pergi. Dia masih terfikir akan kata-kata lelaki itu. Adakah patut dia mempercayainya?
"Aku tak kisah kalau kau tak nak percaya. Tapi fikirlah betul-betul. Kau pun tahu kan apa akan jadi kalau pembunuh tu masih terlepas."
Kata-kata S.Coups masih terngiang-ngiang di pendengarannya. Mindanya menjadi serabut memikirkan kemungkinan yang dikatakan lelaki itu sebentar tadi.
Taehyung membuka sampul kecil itu lalu mengeluarkan isi kertas yang dilipat dua. Dia membuka kertas itu lalu membaca isi kandungan.
Biodata Seventeen?
Taehyung membaca setiap bait ayat yang ditulis dalam kertas itu. Dia membelek-belek beberapa kertas yang dicantumkan dengan stapler.
Kertas itu menunjukkan biodata lengkap setiap ahli kumpulan seventeen yang menjadi mangsa kepada pembunuhan baru-baru ini. Bermula dengan ketua kumpulan itu.
Semua maklumat yang ditulis sama. Mereka melakukan pembulian terhadap pelajar dan merosakkan harta benda sekolah serta memecahkan cermin kereta cikgu.
Banyak maklumat tentang mangsa pembunuhan ni tetapi kekurangan bukti. Malah bukti juga tidak tersenarai dalam biodata lengkap mereka. Taehyung mengeluh sedikit.
Kertas-kertas itu kembali dimasukkan ke dalam sampul tersebut. Dia kemudian mengatur langkah menuju ke khemah. Pasti mereka sudah lama menanti kehadirannya di situ.
"Kau pergi mana tadi? Baru je kitorang nak cari tadi!" suara J-Hope kedengaran agak risau sebaik sahaja dia sampai ke tempat perkhemahan mereka.
"S.Coups tak bagitahu ke aku pergi mana?" tanya Taehyung, cuba mencari kelibat S.Coups dalam kalangan mereka.
"Masalahnya sekarang S.Coups dengan Joshua pun hilang entah ke mana," jelas Jin yang tiba-tiba menyampuk dari tikar: tempat kami makan.
"Aku rasa diorang pergi jumpa Mingyu kot. Yalah, mereka kan tak boleh berpisah," sampuk Wooshin pula.
"Mungkin juga," gumam J-Hope.
"Dah, jomlah makan. Kami dah siap masak dan hidangkan makanan," ajak Jin seraya menyenduk nasi goreng kimchi ke dalam pinggan.
"Tak nak tunggu diorang ke?" tanya Taehyung merujuk kepada S.Coups dan Joshua.
"Tak payahlah. Nanti pandai-pandailah diorang makan," kata J-Hope sudah mencapai sudu dari dalam mangkuk kecil.
"Korang ni! Takde semangat setia kawan langsung, " balas Taehyung sedikit geram dengan sikap mereka.
J-Hope yang baru sahaja ingin menyuapkan nasi ke dalam mulut terus terhenti apabila mendengar balasan Taehyung. Tersentak hatinya!
"Kami bukan tak nak tunggu tapi diorang selalu lambat pulang ke sini. Kalau dah bertemu dengan kawan rapat, kau faham-faham jelah Taehyung," jelas Jin akan alasan mereka mahu menikmati hidangan tanpa menunggu Joshua dan S.Coups.
Taehyung terdiam. Betul juga kata lelaki itu. Dia juga begitu sekiranya bertemu dengan Jimin. Langsung tidak perasan waktu sudah lama berlalu.
🔍
Para pelajar diminta untuk berkumpul di dewan Starlight bagi acara perasmian aktiviti perkhemahan pada malam itu. Taehyung yang baru sahaja pulang dari tandas segera menyarungkan kasut adidas miliknya. Entah kenapa, kasut yang dia pakai pada mula dia datang ke perkhemahan itu tidak dijumpai.Dia keluar dari kawasan perkhemahan menuju ke dewan Starlight yang terletak betul-betul di tepi padang. Ketika itu hanya dia sahaja yang tinggal, yang belum berkumpul di dewan.
Pintu masuk dewan Starlight ditolak dari luar. Berderu angin aircond menuju ke arahnya: menyambut kedatangannya ke situ. Pelajar-pelajar lain sudah pun beratur di dalam barisan dan fokus mendengar apa yang cikgu sampaikan di atas pentas.
Taehyung segera menuju ke barisan lelaki dan beratur bersama-sama dengan mereka. Matanya meliar mencari kelibat Inspektor Choi namun kelibat lelaki itu tiada di situ.
Serta-merta jantungnya berdegup kencang. Terbit rasa risau apabila memikirkan keselamatan lelaki itu. Dia bimbang sekiranya pembunuh itu dapat tahu bahawa Inspektor Choi hanya menyamar sebagai penceramah.
"Malam ini merupakan malam terakhir kita di sini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian semua kerana telah beri kerjasama kepada kami untuk melaksanakan aktiviti perkhemahan ini. Di sini kita dapat belajar sesuatu yang tidak dipelajari di sekolah mahupun akademik iaitu amalan bekerjasama. Saya harap selepas ini anda semua dapat praktikkan amalan baik ini di luar mahupun di dalam sekolah. Dengan ini saya menjemput Tuan Wong selaku pegawai jabatan pelajaran untuk merasmikan program perkhemahan ini."
Suara Cikgu Hyuk dari atas pentas kedengaran melalui pembesar suara yang tergantung di atas dinding. Mata Taehyung yang tadi meliar terus memandang ke arah Cikgu Hyuk.
Sebaik sahaja matanya memandang ke arah Cikgu Hyuk yang berdiri di atas pentas, jantungnya bagaikan disentap keluar. Lelaki itu memakai topi yang mempunyai huruf W di atasnya. Topi yang sama dengan topi yang dipakai oleh lelaki misteri pada malam sebelum ini. Warnanya juga sama.
Siapa Cikgu Hyuk yang sebenarnya?
Matanya melihat guru-guru yang lain: yang berada di sebelah dewan. Mereka semua juga memakai topi yang sama dengan yang dipakai Cikgu Hyuk. Taehyung mengukirkan kerutan di keningnya.
Jadi benarlah pembunuh tu juga berada dalam kalangan guru?
BERSAMBUNG
AUTHOR: Ni sambungannya. Enjoy! And sorry for late update. Ni pun I try hard untuk korek idea. Hope you like it! And for those yang setia dgn cerita ni, thank you so much.
YOU ARE READING
Jack The Ripper Clone (✔)
Mystery / ThrillerPembunuhan yang menggemparkan dunia telah kembali. Meskipun tidak berlaku di negara yang sama, namun pembunuhan itu masih menakutkan warga kota. Pembunuhan ala-ala kaedah Jack The Ripper telah berlaku di sebuah sekolah di tengah-tengah bandar Seoul...