Siaran televisyen langsung tidak menarik perhatian Luhan. Mindanya menerawang jauh ke dunia lain. Kakinya digoyangkan apabila keresahan melanda dirinya. Pembunuhan yang melibatkan orang tidak bersalah menghantui dirinya.
Ding Dong~
Bunyi loceng ditekan beberapa kali mengejutkan lelaki itu. Dengan rasa malas, dia bangun dari sofa menuju ke pintu hadapan. Cermin bulat kecil yang menembus keluar di tengah-tengah pintu diintainya terlebih dahulu.
Serta-merta, jantungnya berdegup kencang. Kelihatan dua orang anggota polis sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Luhan menapak setapak ke belakang.
Kenapa polis berada di sini? Buat apa mereka datang kemari?
Dia cuba berfikir secara positif. Mungkin mahu bertanyakan sesuatu yang berlaku di kawasan tempat tinggal. Walaupun, dia yakin tiada jenayah yang berlaku di kawasan sekitar.
Mustahil juga dua anggota polis itu diarahkan untuk menangkap pelaku pembunuhan beramai-ramai di Estin Highschool. Lagipun, Taehyung sendiri hilang ingatan, membuktikan lelaki itu tidak mungkin membuat laporan polis.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus keluar. Tombol pintu dipulas. Dia cuba memaniskan wajahnya dengan sebuah senyuman. Lebih tepat lagi menyorok wajah jahatnya dengan wajah persis malaikat.
"Adakah ini rumah Encik Xi Luhan?" Tanya salah seorang anggota polis berkenaan yang berbadan tegap, berdiri di sebelah kanan hadapannya.
"Ye saya," balas Luhan, jujur.
"Kami terpaksa menahan kamu atas cubaan membunuh seorang lelaki," jelas seorang lagi lelaki yang kurus dan tinggi lampai di sebelah kiri hadapan.
Luhan terkejut, namun cuba beriak biasa. "Maaf. Saya tak faham."
"Ikut kami ke balai untuk memberi keterangan lanjut," kata lelaki itu sebelum bergerak menghampiri Luhan.
Luhan menjauhkan dirinya. Dia tidak mahu ditangkap buat masa sekarang ini. Jika ditangkap, siapa yang akan menjaga maknya di hospital.
"Encik tak boleh buat macam ni. Encik sendiri takde bukti nak tangkap saya," balas Luhan, cuba bersopan.
"Akulah bukti tu, Luhan," entah datang dari mana, Taehyung muncul dari belakang dua orang anggota polis tadi.
Luhan terkejut. Matanya membulat melihat wajah serius Taehyung yang belum pernah dia nampak sebelum ini. Taehyung memandang Luhan dengan pandangan yang menyimpan seribu makna.
"Kau cuba bunuh aku, Luhan. Tuan, bawa dia ke balai!" Arah Taehyung, tegas.
Dua orang anggota polis itu menganggukkan kepala, serentak. Lantas mereka menghampiri Luhan yang kaku berdiri di hadapan pintu. Tangan lelaki itu terus digari dari belakang. Mata Luhan masih tidak berganjak dari menatap wajah Taehyung.
Dia tidak percaya begitu cepat ingatan lelaki itu pulih. Baru pagi tadi, mereka berbual sesama sendiri di hadapan loker. Taehyung pula pandai menjayakan watak itu tanpa menunjukkan sebarang kecurigaan kepada Luhan. Langsung tidak ada dendam di mata lelaki itu.
"Bawa dia ke balai segera," arah Taehyung lagi setelah Luhan digari.
Lelaki itu langsung tidak meronta apabila ditangkap. Perkara itu sedikit sebanyak melegakan Taehyung. Dia tidak perlu bertumbuk sana sini semata-mata untuk tangkap lelaki itu.
"Baik, Tuan!" Segera dua orang anggota polis mengiringi Luhan ke balai polis.
Manakala, Taehyung ditinggalkan di hadapan pintu rumah Luhan yang terbuka luas. Lelaki itu mengeluh kecil. Akhirnya, Luhan ditangkap jugak!
YOU ARE READING
Jack The Ripper Clone (✔)
Mystery / ThrillerPembunuhan yang menggemparkan dunia telah kembali. Meskipun tidak berlaku di negara yang sama, namun pembunuhan itu masih menakutkan warga kota. Pembunuhan ala-ala kaedah Jack The Ripper telah berlaku di sebuah sekolah di tengah-tengah bandar Seoul...