Mingyu mencapai botol air mineral berdekatan dengan beg galas di sudut khemah. Dia membuka penutup botol lalu meneguk minuman dengan rakus. Air yang terjatuh sedikit di bibir diseka.
Peristiwa di tandas tadi menggamit memorinya. Jantung yang berdegup kencang semakin perlahan.
Dia baru sahaja selesai membuang hajat di tandas berdekatan dengan blok A. Tandas tersebut juga terletak tidak jauh dari blok Cemerlang. Jadi, lelaki itu akan nampak susur jalan menuju ke blok Cemerlang.
Dia bergerak menuju ke sinki. Dia membuka paip lalu membasahkan tangan. Seketika, dia mengelap tangannya yang basah pada kain bajunya.
Setelah itu, dia mula melangkah menuju ke pintu tandas yang tadinya ditutup. Dia juga tidak tahu kenapa pintu itu ditutup.
Tombol dipulas dan dia membuka pintu sedikit. Wajahnya tergamam apabila ternampak sebuah kelibat yang memakai baju sweater berwarna gelap berjalan deras menuju ke blok Cemerlang. Lelaki itu langsung tidak menoleh ke belakang. Tubuh yang tinggi lampai itu cukup dikenalinya.
"Taehyung?" suaranya berbisik perlahan kepada diri sendiri.
Tidak lama selepas itu, ada lagi sebuah kelibat memakai baju serba hitam mengekori langkah deras lelaki tadi. Jalannya penuh hati-hati. Sesekali mata lelaki itu memandang ke arah sekeliling - mencari-cari kelibat yang mengintai dirinya.
Mingyu terus menyorokkan badan tatkala lelaki itu berpaling ke arah pintu tandas yang terbuka sedikit. Dia menanti dengan penuh debaran di dada. Adakah kelibatnya sudah kelihatan?
Lama dia bersandar pada belakang pintu. Jantungnya terasa bagaikan mahu tercabut sahaja dengan pandangan yang tiba-tiba hinggap di tempat dia berdiri sebentar tadi. Lama dia menunggu namun, tiada apa-apa yang berlaku.
Mingyu memberanikan diri untuk mengintai di luar. Kosong. Tiada sesiapa yang berada di situ. Dia menghembus nafas lega apabila lelaki serba hitam itu tidak berada di situ - menunggu mangsa keluar dari tempat persembunyian.
Dia menuju ke tapak perkhemahan dengan langkah yang deras. Dia mahu cepat-cepat balik supaya kelibatnya tidak dijumpai oleh kelibat lelaki serba hitam tadi.
Patutkah dia bertemu dengan Cikgu Hyuk?
Atau hanya biarkan Taehyung berhadapan lelaki itu seorang diri?
Fikirannya bercelaru. Apabila sudah penat berfikir, akhirnya dia mengambil keputusan untuk bawakan hal itu kepada guru yang bertugas pada keesokkan hari. Dia juga berdoa agar Taehyung mampu menghadapinya seorang diri.
🔍
Jin menggeliatkan badannya. Otot-otot direnggangkan. Dia membuka pintu khemah sebelum melangkah keluar. Dia berdiri betul-betul di hadapan khemah - menyambung merenggang otot-otot badannya.
"Hey, dah bangun?" tegur satu suara mengejutkan Jin. Dia terus memandang ke arah pemilik suara itu.
"Taehyung? Awal kau bangun," balas Jin. Taehyung mengukirkan senyuman buat kawannya itu.
"Pergilah bersiap. Nanti tolong aku siapkan breakfast," kata Taehyung lalu melangkah pergi.
Lelaki itu meninggalkan Jin di hadapan pintu khemah. Dia sedang membawa sebuah cerek yang telah dipenuhi air panas.
Taehyung menghampiri pula Wooshin yang sedang mengacau sardin di dalam kuali. Wap berkepul-kepul keluar dari masakan di atas dapur.
"Weh, aku nak ke toilet kejap. Nanti kau suruh Jin buatkan air, ye," Wooshin menganggukkan kepala tanpa memandang Taehyung yang sudah pergi meninggalkannya.
Setelah selesai membuang hajat, Taehyung kembali ke dapur yang berada berdekatan dengan khemah. Dia mahu membantu kawan-kawannya dalam menyediakan hidangan untuk bersarapan.
"Tae," S.Coups menghampiri Taehyung apabila dia melihat lelaki itu bergerak menuju ke arah kumpulannya.
"Boleh kita bercakap sekejap? " tanya S.Coups.
"Ada apa?"
"Aku tak rasa kat sini tempat yang sesuai. Jom ikut aku," ajaknya.
Mereka berdua berlalu menuju ke suatu tempat yang agak tersorok dari orang ramai. S.Coups tidak mahu ada orang yang menganggu dia dan Taehyung kerana perkara yang mahu disampaikan tersangat penting.
"Nah!" S.Coups menghulurkan sekeping kertas yang bersampul kecil kepada Taehyung.
"Apa ni?" tanya lelaki itu apabila kertas itu sudah diambilnya.
"Kau kata kau nak jadi penyiasat, kan? Aku cuma boleh bantu dengan ni je," Taehyung terkejut mendengar bicara S.Coups.
Dia tidak menjangka S.Coups akan memberikannya bukti. Tapi bolehkah dia mempercayai S.Coups?
BERSAMBUNG
AUTHOR: Sorry ye. Chapter ni pendek sbb writer's block ganggu. But korang rasa btul ke S.Coups tolong Taehyung? Cam mana klau S.Coups tu pembunuh? Sbb dia pun nak bunuh Luhan. Hurm
YOU ARE READING
Jack The Ripper Clone (✔)
Mystery / ThrillerPembunuhan yang menggemparkan dunia telah kembali. Meskipun tidak berlaku di negara yang sama, namun pembunuhan itu masih menakutkan warga kota. Pembunuhan ala-ala kaedah Jack The Ripper telah berlaku di sebuah sekolah di tengah-tengah bandar Seoul...