Kelibat S.Coups tidak kunjung tiba menyebabkan Taehyung sedikit susah hati. Dia menghentikan tugasannya. Dipandangnya sekeliling ruang perpustakaan namun kelibat ketua pembuli itu tidak juga muncul.
Dia melihat jam pada pergelangan tangannya. Sah! Dah sepuluh minit dia menghilang. Akhirnya Taehyung mengambil keputusan untuk berhenti melakukan kerjanya dan berlalu pergi mencari S.Coups.
Dikumpulnya beberapa kertas origami yang dicarinya sebentar tadi lalu diletakkan ke dalam poket jaketnya. Langkah kakinya diatur menuju ke luar perpustakaan. Kasut kanvas berwarna biru laut yang tersusun kemas di atas rak kasut dicapai lalu disarungkan ke kedua-dua belah kakinya dalam keadaan tergesa-gesa.
Taehyung berlari anak menuju ke tangga yang terletak di hujung bangunan. Tiba-tiba, sepasang tangan menghalangnya dari sebelah kanan menyebabkan lariannya terhenti. Dipandangnya ke arah siapa yang menghalangnya.
“Nak pergi mana? Nampak macam tergesa-gesa je ni,” tanya Luhan sedar akan kelakuan Taehyung yang nampak kelam-kabut seperti kehilangan anak.
“Aku nak cari S.Coups. Dia... Entah kemana. Aku ciao dulu,” ujar Taehyung tanpa mengendahkan lagi Luhan yang tertinggal seorang diri di situ.
“Taehyung, Taehyung,” gumam Luhan seorang diri seraya menggelengkan kepalanya.
Kelibat S.Coups yang tiba-tiba sahaja muncul di tangga menyebabkan Taehyung sedikit terundur ke belakang. Dia memerhati wajah S.Coups yang nampak sedikit muram. Cara dia muncul pun seperti tidak bermaya.
“Are you okay?” tanya Taehyung, risau.
S.Coups tidak menjawab malah, dia terus berlalu ke perpustakaan meninggalkan Taehyung seorang diri. Wajahnya keruh menandakan ada sesuatu yang disorokkan oleh ketua pembuli itu.
Apa yang berlaku?
S.Coups dan Taehyung sama-sama berjalan pulang ke dewan. Masing-masing mendiamkan diri, tidak bercakap antara satu sama lain. Dunia bagaikan berputar perlahan. Langkah kaki bagaikan perlahan bergerak.
“Aku harap kau boleh jaga diri kau sendiri,” ujar S.Coups, tiba-tiba.
Taehyung terus memandang ke arah S.Coups seraya keningnya bertaut. “Maksud kau?”
“Ikut jelah cakap aku,” nada suara S.Coups sedikit tinggi.
Wajahnya jelas menampakkan ketegangan. Taehyung terus mendiamkan diri tanpa bertanya apa-apa lagi. Dia tidak mahu pergaduhan berlaku sekali lagi walaupun jiwanya memberontak keras untuk terus bertanya itu dan ini.
“Hey, korang dah selesai?” suara Jin yang berada di hadapan pintu dewan mematikan lamunan mereka berdua.
“Ha’ah. Baru je selesai. Korang dah tunggu lama ke?” tanya Taehyung. Matanya sekejap memandang ke arah Jin, sekejap memandang ke arah Joshua.
“Takdelah. Kami baru je sampai. Sekarang ni, kita cuma perlu tunggu J-Hope, Gyujin dan Wooshin je lagi,” kata Jin.
“Kau okey ke ni, Coups?”
Suara Joshua mengalih perhatian Taehyung dan Jin. Terus mereka berkalih ke arah S.Coups yang kini sedang memandang tepat ke arah Joshua.
“Aku okey. Jangan risau,” balas S.Coups memandang ke arah Taehyung dan Jin selepas bereye-contact dengan Joshua.
“Eh, tu bukan J-Hope ke?” kata Joshua tatkala matanya bertembung dengan sosok tubuh seorang lelaki yang dikenalinya sekali gus mengalih topik ke arah lain.
“Ha’ah. Dah, jom kita masuk dalam.”
“Jom!”
Maka, mereka berempat pun berlalu ke dalam dewan bersama-sama dengan barang yang diamanahkan oleh fasi.
“Baiklah, aktiviti pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Korang juga bolehlah beransur pulang ke khemah masing-masing,” arah Cikgu Hyuk yang berada di atas pentas. Masing-masing kebingungan sebentar. Taehyung juga begitu.
“Kenapa masih tak bergerak ni?” tanya Cikgu Hyuk tatkala melihatkan 159 orang pelajar masih berdiri kaku tanpa melangkah ke mana-mana.
Seorang pelajar perempuan dengan memberanikan diri, bersuara, “Err... cikgu, emm... cikgu belum bagitahu kitorang kumpulan untuk berada dalam satu khemah.”
“Betul tu!” sahut para pelajar yang lain, menyokong pelajar tadi.
“Sorry, sorry. Cikgu lupa! Dalam kumpulan kamu sekarang ni, ada berapa orang? Setiap khemah mesti ada tiga empat orang,” tanya Cikgu Hyuk.
“Tujuh!” sahut mereka semua lagi.
“Kalau macam tu, akan ada kumpulan yang mempunyai tiga orang. So, pandai-pandailah kamu nak bahagikan ia,” sambung Cikgu Hyuk sebelum beredar turun dari pentas.
Taehyung terus mencari kelibat ahli kumpulannya yang sudah berpecah tadi. Wajah mereka dicari di kiri kanan dewan. Seseorang menepuk bahunya beberapa kali menyebabkan dia sedikit tersentak lalu berkalih ke belakang.
Wajah seorang lelaki yang manis senyumannya terjengul di hadapan matanya. Perlahan-lahan senyuman juga terukir di wajahnya.
“Jumpa pun,” kata lelaki itu tiba-tiba.
“Mana yang lain?” tanya Taehyung seraya mengerling ke serata tempat.
“Entah. Kena carilah jawabnya.”
“Josh! Tae!” suara Jin kedengaran melaung memanggil mereka berdua.
“S.Coups mana?” tanya Joshua apabila hanya kelibat J-Hope, Gyujin dan Wooshin sahaja yang berada berdekatan dengan Jin.
“Entah. Tulah. Aku tengah cari lah ni,” balas Jin dengan wajah yang sememangnya tidak tahu kehilangan ketua pembuli itu.
“Aku ada jelah kat sini,” sahut satu suara yang berada tidak jauh dari belakang Taehyung dan Joshua.
“Kau ni! Suka sangat hilangkan diri tiba-tiba dan muncul tiba-tiba. Nasib tak tergugur jantung ni,” kata Joshua seraya mengurut-urut jantungnya yang berdegup kencang.
“So, dah bahagi ke?” tanya S.Coups, menghiraukan pertanyaan Joshua.
“Belum lagi. Tengah tunggu kaulah,” balas Wooshin dengan nada malasnya.
“Okey.”
“Sebagai ketua, aku dah ada senarai nama yang akan menentukan korang satu khemah dengan siapa,” kata Jin sambil mengibas-ngibaskan kertas yang baru sahaja dikeluarkan dari dalam poket seluarnya.
“Cepat! Cepat baca! Aku tak sabar ni!” sahut J-Hope keterujaan.
“Jap! Aku nak bacalah ni. Okey, nama yang aku baca ni akan berada dalam satu khemah yang sama dengan aku. Bersiap sedia ye, semua,” Jin menghentikan ayatnya. Dia meneguk liur sebelum sambung membaca nama yang tertulis di kertas itu. Sengaja mahu membuat suspen.
“Okey, yang akan sama khemah dengan aku ialah Taehyung, S.Coups dan J-Hope. Manakala yang lain pula, Joshua, Gyujin dan Wooshin. Sekian,” usai sahaja berbicara, Jin terus melipat kertas berkenaan.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
Jack The Ripper Clone (✔)
Mystery / ThrillerPembunuhan yang menggemparkan dunia telah kembali. Meskipun tidak berlaku di negara yang sama, namun pembunuhan itu masih menakutkan warga kota. Pembunuhan ala-ala kaedah Jack The Ripper telah berlaku di sebuah sekolah di tengah-tengah bandar Seoul...