Taehyung memerhati seorang lelaki yang berada dalam kalangan guru-guru di meja yang berbentuk bulatan di atas pentas kecil di hadapan padang. Mereka kelihatan sedang bergurau senda sesama mereka. Sesekali makanan di hadapan dijamu dengan penuh selera. Waktu ini adalah waktu dimana para guru dan pelajar sedang makan tengahari.
Taehyung segera menggelengkan kepala apabila menyedari bahawa dia tidak seharusnya memerhati lelaki itu dengan lebih lama. Hal ini kerana, dia tidak mahu pembunuh itu tahu bahawa dia mempunyai hubungan dengan Inspektor Choi yang menyamar menjadi Kim Suk itu.
"Hey, Taehyung!" Luhan menyapa di sebelah menyebabkan pandangannya terus beralih ke arah jejaka itu. Di tangannya ada sebuah pinggan berisi mihun goreng dan secawan air sirap.
"Eh? Luhan?" terkejut Taehyung dengan kehadiran Luhan yang tiba-tiba itu.
Dia memerhati sekeliling tempat dia berdiri itu. Oh, tidak hairanlah Luhan menegurnya. Dia yang menyuruh lelaki itu mengambil makanan dan dia menunggu di situ. Tadi mereka bersama-sama menuju ke arah meja panjang untuk mengambil makanan. Ketika itu, hanya beberapa orang pelajar sahaja yang berada di situ.
"Kau tak nak makan ke?" tanya Luhan seraya matanya memandang ke arah tangan Taehyung yang kosong.
"Aku belum lapar lagi," balas Taehyung, berbohong.
Sebenarnya, seleranya sudah lama mati sejak kehadiran Inspektor Choi yang menyamar menjadi penceramah itu. Dia masih tidak mengetahui sebab lelaki itu perlu muncul dan menyamar menjadi penceramah di Estin Highschool.
"Aku nak pi ambil air sat. Kau tunggulah dulu kat sini. Nanti kita pergi makan sama-sama," tanpa sempat Luhan membalas, Taehyung terus bergerak menuju ke tempat minuman. Cawan polisterin yang berada di atas meja diambil. Dia menghala mulut cawan itu kepada mulut paip yang terdapat di bekas minuman yang besar itu.
Air sirap memenuhi cawan. Taehyung segera menutup pili itu setelah cawannya dipenuhi dengan air. Dia terus meneguk sedikit demi sedikit. Ah, barulah tekak ini rasa segar!
"Taehyung. Kat sini rupanya kau!" Seorang lelaki terus memeluk Taehyung tanpa sempat dia melihat siapa gerangan yang menegurnya. Hampir sahaja minumannya mahu tertumpah ke atas baju lelaki itu.
Taehyung menolak sedikit tubuh lelaki itu. Lelaki itu terus melepaskan pelukan seraya menggosok perlahan belakang tengkuknya. "Sorry."
"Josh, mana yang lain?" tanya Taehyung apabila menyedari hanya lelaki itu sahaja yang berada di situ. Gengnya yang lain tidak berada di situ bersama-sama dengan Joshua.
Joshua melihat-lihat ke sekitar padang yang dipenuhi para pelajar. Matanya dikecilkan bagi mengesan kedudukan rakan-rakannya.
"Aku pun terpisah juga dengan diorang ni. Nasib ada Mingyu yang temankan aku tadi," balas Joshua kembali memandang wajah Taehyung.
Haish, macam misi lah pula! Ngomel Taehyung di dalam hati.
"Kau dah makan?" tanya Taehyung sambil mencicip sedikit air sirap.
"Aku dah makan dengan Mingyu tadi," sengihan terukir di wajahnya.
"Cuma sekarang ni, diorang je yang aku tak jumpa," cebik Joshua.
"Aku rasa mungkin diorang ada kat khemah kot. Kau pergilah sana dulu. Nanti aku menyusul," kata aku cuba berfikir dengan logik akal.
Padang di Estin Highschool ini luas. Para pelajar bukan sahaja boleh bermain bola tetapi mereka juga boleh bermain bola pada waktu yang sama dengan latihan bola jaring di padang. Betapa luasnya padang mereka.
Di sebelah kiri padang, terletaknya khemah-khemah para pelajar. Sesetengah pelajar menjamu selera di khemah masing-masing. Manakala yang lain menjamu selera di padang yang kosong.
"Okey. Aku ciao dulu," kata Joshua mengejutkan Taehyung yang berada dalam lamunan sekejapnya.
Taehyung menganggukkan kepala sebelum kelibat Joshua hilang ditelan lautan manusia.
"Dah selesai?" tanya Luhan yang tiba-tiba muncul di sebelah. Nadanya seperti memerli Taehyung.
Penyiasat itu tersenyum sebelum mengangkat cawan polisterin yang dipegangnya. Luhan menganggukkan kepala sebelum berlalu dari situ diikuti Taehyung.
🔍
Aktiviti di dewan Starlight tadi amat memenatkan. Sebentar tadi, Inspektor Choi ada berjalan melalui kumpulannya namun dia hanya membuat endah tidak endah. Inspektor Choi juga begitu. Bukan tidak mahu bertegur sapa tetapi kerana penyamarannya yang tidak mengizinkan.
Taehyung masuk ke dalam khemah sebelum merebahkan badannya di atas lantai khemah yang dilapik dengan blanket. Bantal di sisi khemah dicapai sebelum meletakkan di bawah kepala. Matanya dipejam.
Belum sempat dia mahu terbang ke alam mimpi, Taehyung terus membuka matanya tatkala teringat sesuatu. Dia mencari-cari beg galasnya yang disusun di antara beg Jin, S.Coups dan J-Hope. Setelah menjumpainya, dia terus mencapai beg tersebut dan membuka zip paling kecil. Tangannya dimasukkan ke dalam zip tersebut.
Dia mencapai sebuah alat yang berbentuk segi empat tepat yang sebesar tapak tangannya. Dikeluarkan alat itu dari dalam beg tersebut. Alat yang dikenali sebagai telefon pintar itu dibelek-belek. Dia membuka lock screen dan terus ke laman chat.
Sebelum itu, dia memerhati ke luar khemah. Gengnya masih berada di luar, sedang bercakap-cakap sesama mereka. Taehyung terus mencari nama Inspektor Choi dalam laman chat itu.
"Jumpa pun," katanya perlahan.
Nama BunnyCat itu ditekan. Dia menaip pantas bagi memberitahu hajatnya kepada lelaki itu.
Today, 6 July, 5:45 p.m : Purplepink
Aku nak berjumpa dengan kau. Malam ni tepat pukul 12 malam. Aku nak berbincang dengan kau dekat tandas hujung blok Cemerlang.
Taehyung meletakkan nama BunnyCat kerana Inspektor Choi terlalu sayang akan kucing dan takut dengan arnab. Dia juga meletakkan nama sebegitu kerana tidak mahu orang lain mengetahui siapa di sebalik nama itu.
Dalam beberapa saat, mesejnya dibalas oleh Inspektor Choi.
Today, 6 July, 5:45 p.m : BunnyCat
Aku baru je nak mesej kau. Okey. Aku bertemu dengan kau malam ni kat sana. Jangan lambat sebab aku takut pembunuh tu tak tidur dan perhatikan kau.
Aku menaip pesanannya dengan laju.
Today, 6 July, 5:46 p.m : Purplepink
Beres, bos. Aku takkan lambat.
Pesanannya hanya dibluetickkan. Dia sudah bersedia untuk bertemu dengan lelaki itu. Tidak sabar mahu berbincang dan bertanya mengapa lelaki itu perlu menyamar menjadi penceramah sedangkan dia boleh melakukan penyiasatan ini sendirian.
Taehyung mempunyai dua telefon pintar. Telefon yang digunakan tadi khas untuk aktiviti penyamaran. Dia tidak mahu identitinya terbongkar apabila pembunuh tersebut menjumpai telefon pintarnya. Hal ini kerana, dia tidak mahu pembunuh itu terlepas dari hukuman yang sepatutnya dia terima.
BERSAMBUNG
AUTHOR: Hye! Dah lama tak update hoho. Sebenarnya takde apa pun yang nak diberitahu. Cuma saya nak bagitahu yang Taehyung ni ada dua telefon. Dekat Chapter 005 tu adalah telefon peribadi manakala dalam chapter ni adalah untuk penyamaran. Takut korang confuse, hehehe.
Selamat membaca semua. And sorry eh sbb my penulisan mcm lain sikit. Maklumlah dah lama tak tulis jadi rasa janggal pula. Okey thanks.
YOU ARE READING
Jack The Ripper Clone (✔)
Mystery / ThrillerPembunuhan yang menggemparkan dunia telah kembali. Meskipun tidak berlaku di negara yang sama, namun pembunuhan itu masih menakutkan warga kota. Pembunuhan ala-ala kaedah Jack The Ripper telah berlaku di sebuah sekolah di tengah-tengah bandar Seoul...