"Jadi kau gunakan Luhan untuk balas dendam? Cikgu jenis apa kau ni!?" Tanpa sedar, Taehyung meluahkan rasa meluat dengan sikap guru itu. Tugas guru adalah untuk membimbing pelajar menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat dan negara. Bukannya untuk membuat kerja bodoh seperti ini.
"Aku belum selesaikan lagi cerita penuh. Kau dah boleh buat kesimpulan?" Cikgu Hyuk tidak puas hati dengan sikap gelojoh lelaki itu.
"Teruskan. Aku sedia dengar sampai akhir," balas Taehyung cuba menenangkan dirinya.
Cikgu Hyuk kembali membuka cerita perihal dirinya yang tidak ada orang tahu siapa manusia disebalik identitynya sebagai guru sekolah itu.
Petang itu, Cikgu Hyuk menyuruh Luhan menarik perhatian sembilan orang pelajar untuk bertemu dengannya di bilik gym. Mereka datang bersama-sama, menyukarkan kerja Cikgu Hyuk ketika itu. Namun, Luhan berjaya bawa mereka masuk ke dalam bilik gym.
Ketika itu, Cikgu Hyuk menyediakan gas beracun yang membolehkan seseorang itu pengsan apabila menghidunya. Dengan cara itu, Cikgu Hyuk dapat mengikat mereka di atas sembilan buah kerusi yang telah disediakan di dalam bilik tersebut.
Dia membunuh mereka secara bergilir-gilir dengan bantuan Luhan. Walaupun Luhan tidak membunuh, tetapi dia bersubahat dengan membantu Cikgu Hyuk menyediakan barang-barang untuk membunuh mereka.
Tanpa mereka berdua sedar, S.Coups nampak segala-galanya di sebalik lubang dinding bilik gym yang terkopak sedikit. Dia mahu memberitahu pihak sekolah tetapi kerana takut dengan Cikgu Hyuk yang ketika itu nampak menyeramkan terpaksa merahsiakannya.
"Kenapa kau buat semua ni?" tanya S.Coups. Penceritaan lelaki itu berhenti. Dia memandang ke arah S.Coups dengan mata yang tajam.
"Aku yang patut tanya kau. Kenapa kau buat semua ini pada Luhan? Sebab dia lemah? Atau sebab dia miskin?" tanya Cikgu Hyuk, tidak puas hati.
Tanpa sempat S.Coups membalas katanya, guru lelaki itu terus bersuara. "Aku lupa kau anak orang kaya. Kau pandai. Buat kesalahan pun, cikgu takkan buang kau."
S.Coups terdiam. Dia menundukkan wajahnya, rasa bersalah menghimpit dirinya. Adakah semua ini berlaku kerana dia? Inikah hukuman kerana buat orang lain merana?
"Kalau kau berdendam dengan S.Coups, kenapa kau bunuh ahli kumpulannya dan bukan dia?" Taehyung menyampuk dari jauh.
Guru lelaki itu terus ketawa mendengar pertanyaan penyiasat itu. Dia gelak kuat sampai terbatuk-batuk. Botol minuman terus dicapai di atas meja sebelum meneguk hampir separuh minuman dari botol tersebut.
"Kau nak tahu kenapa lelaki ni masih hidup?" Sambil bertanya, jari telunjuknya mengarah ke arah S.Coups yang masih tidak mengangkat wajah.
"Sebab lelaki ni bertuah. Aku tak tahu kenapa Luhan rahsiakan identiti lelaki ini. Dia langsung tak bagitahu aku yang tiga orang yang buli dia masih hidup," terang Cikgu Hyuk. Kini, barulah Taehyung mengetahui sebab lelaki itu masih hidup.
"Jadi, macam mana kau tahu S.Coups salah seorang dari mereka?" tanya Taehyung, ingin tahu.
"Selepas kemasukan kau ke sekolah ni," jelas Cikgu Hyuk, jujur.
Lelaki itu mendapat tahu sebaik sahaja Taehyung masuk ke sekolah itu. Dia mendengar cerita dari Sir N bahawa S.Coups dan Taehyung bertengkar. Sikap S.Coups membuatkan dia mengambil tahu tentang identiti lelaki itu.
"Kenapa kau tak terus bunuh dia selepas kau tahu identiti dia?"
"Banyak pula soalan kau ni," kata Cikgu hyuk, bosan dengan rasa ingin tahu lelaki itu.
Cikgu Hyuk mecapai sebuah kerusi yang terletak berdekatan mejanya sebelum menyeretnya menuju ke arah Taehyung. Dia meletakkan kerusi betul-betul di hadapan Taehyung. Kemudian dia duduk di atas kerusi sambil tangannya disilangkan ke dada bidangnya.
YOU ARE READING
Jack The Ripper Clone (✔)
Mystery / ThrillerPembunuhan yang menggemparkan dunia telah kembali. Meskipun tidak berlaku di negara yang sama, namun pembunuhan itu masih menakutkan warga kota. Pembunuhan ala-ala kaedah Jack The Ripper telah berlaku di sebuah sekolah di tengah-tengah bandar Seoul...